Jika selama ini ibu-ibu hanya buang air basuhan beras, kali ini fikirkan semula. Ada manfaatnya yang mungkin ibu-ibu tak tahu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka bercucuk tanam, tak kisah lah pokok cili ke, Bayam Brazil ke atau pokok limau ke.
Ads
Pokok kurus kering je, buahnya dah berbiji-biji tuai.
Kalau nak pokok-pokok ini tumbuh subur dan berbuat lebat, cubalah petua yang dikongsikan oleh Huda Zainalini. Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.
Ads
Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ads
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak. Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.
Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun. Huda Zainal
Air pun recycle.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Beg tangan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Ia menjadi salah satu aksesori membuatkan penampilan wanita jadi lebih anggun dan berkeyakinan.
Malah ada wanita mempunyai banyak jenis dan warna beg tanga untuk memadankan dengan pakaian agar nampak ‘matching’ untuk digayakan.
Oleh sebab itu ada sesetengah wanita sanggup berhabis membeli beg tangan berjenama dan jenis kulit untuk memastikan ia sempurna apabila digayakan di mana jua.
Namun apa yang menyedihkan, ada beg tangan tidak kekal cantik sebaliknya kulit beg tangan rosak dan warna luntur.
Tentu ia menyedihkan buat pemiliknya setelah berhabis banyak untuk membeli beg tangan berjenama.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, berkongsi dukanya setelah beg kesayangnya rosak, Dalam pada itu, pengajaran apa yang dilaluinya dia menasihati menggunakan beg tangan mewah bukan kulit selalu kerana ia tidak bertahan lama dan mudah rosak.
Tip penjagaan beg tangan
Meninjau di ruangan komen netizen berkongsi pengalaman menggunakan beg jenama mewah itu dan juga yang memberi tip penjagaan beg. Antaranya adalah
“Apa2 beg nak Beli.. siasat dulu material… Even Carlo rino ada y full leathers… charge around 200 ++ Kena pandai cari.”
“Bag coach nak beli ok, tp kena jadikan basahan, hehehe pakai sampai hujung hayat dia,tkt bila xpakai, simpan jd kn collection, pastu dia peeling sakit hati menusuk”
“tq akk sharing..kena pakai sampai lunyai la lps nie ye..”
“Sbb tu beg coach kena selalu pakai.. xboleh simpan lama2.. confirm akan rosak… Sbb apa, sbb suhu keadaan sekeliling… Sy dah pernah kena… Beg butik… Setahun lbh letak dlm dustbag.. bila buka, Hmmmm.. hbs leather dkt dlm terkupak… Moral of the story, rajin2lah pakai beg yg dah d beli dan satu kena rajin hantar polish.. kalau x nanti berkulat.
“Sy pakai coach leather ok plk. Dah msuk tahun ke 4 still ok zip ok leather ok. Yg penting jgn simpan dlm kotak ataupun almari. Kena letak kt tempat terbuka.”
“Kalau nak simpan lama better letak silica gel, letak byk2 dalam beg tu to absorb moisture. Tak kisah laa pu leather ke pvc ke, kalau genuine leather lagi laa letak lebih. Simpan dlm dust beg, avoid direct light storage. Silica gel boleh beli byk2 kat shopee, letak juga silica gel dlm almari baju, kasut..”
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.
Begitulah buat keluarga ini, asalnya mengimpikan untuk memiliki empat cahaya mata apabila mereka mendirikan rumah tangga. Begitulah impian kira-kira enam belas tahun lalu, Wan Nurul Melissa Wan Abdul Malek, 36, dan suami, Mohd Azman Zainal Abidin, 37.
Namun siapa sangka kurniaan rezeki buat keluarga ini apabila memiliki 10 orang anak!
“Kini, selepas tempoh itu, kami dikurniakan 10 anak. Ada rancangan untuk menambah anak kepada 12 sebelum ini.
“Bagaimanapun, kami putuskan untuk ‘berehat’ seketika selepas kehadiran anak kembar (anak keenam dan ketujuh),” kata Wan Nurul Melissa.
Sepuluh anak mereka ialah Muhammad Adib Naufal Mohd Azman, 15, Nur Athilah Aliyah, 12, Nur Alisya Sofia, 10, Muhammad Anas Firman, 9, Muhammad Adam, 7, Muhammad Rahman, 5, Muhammad Rahim, 5, Muhammad Aidan, 3, Nur Ainul Maisarah, 2, dan Muhammad Ammar, enam bulan.
Anak ramai tapi meriah dan gembira
Tidak dinafikan menguruskan anak yang ramai memerlukan pengorbanan yang besar termasuk masa dan tenaga.
Namun dia bersyukur, walaupun penat, urusannya sentiasa dipermudahkan.
“Penat menjaga anak namun semua yang kami lakukan untuk mereka cukup menggembirakan selain memberi pengalaman baharu.
“Syukur kerana memang bukan mudah menjaga 10 anak namun Allah SWT sentiasa permudahkan semua urusan kami,” katanya.
Rezeki makin bertambah
Mengakui setiap anak itu adalah rezeki buat keluarga apabila kehadiran anak-anaknya membuatkan perniagaannya semakin maju.
“Apabila anak bertambah, saya mula membabitkan diri dalam perniagaan pada 2010.
“Bukan itu saja, rezeki kurniaan Allah SWT memang luas kerana perniagaan semakin maju setiap kali saya melahirkan anak. Kini, suami turut membantu perniagaan ini,” katanya.
Ramai terkejut anak ramai
Mengakui apabila membawa anak pergi beriadah ada yang terkejut melihat anaknya yang ramai.
“Bawa anak ramai ini berjalan-jalan memang bukan mudah. Ada yang bertanya sama ada mereka ini ‘anak buah’ saya.
“Apabila dimaklumkan yang semuanya anak saya, ramai yang terkejut. Saya terangkan semuanya dan barulah mereka faham.
“Saya juga tidak kisah kerana sudah biasa dengan pertanyaan berkenaan,” katanya.
Katanya lagi, dia juga melahirkan rasa syukur apabila anak-anak yang besar turut membantu hal menguruskan anak-anak yang masih kecil. Begitu juga dengan suami yang sentiasa saling membantu.
Buat masa ini mereka memilih untuk berehat seketika, namun jika ada rezeki, kami tidak tolak kerana itu semua rezeki daripada Allah SWT.
“Kami memang sukakan kanak-kanak dan walaupun ‘bising’, ia tetap menyeronokkan,” katanya.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Bila lihat ada lebihan nasi pada pagi hari, sayang juga jika tidak dibuat menu sarapan. Selain enak dibuat nasi goreng, apa kata anda mencuba resipi cucuk nasi seperti yang dikongsikan oleh Yatie Eimra ini.
Difahamkan anak-anak dan keluarganya amat menyukai rasa cucur nasi ini. Jadi bolehlah dicuba resipi ini, alang-alang ada lebihan nasi di dapur. Jom semak.
Cucur Nasi Lemak Manis
Hari ni kebetulan ada nasi lebih, saje je buat cucur nasi lemak manis untuk breakfast. Cucur ni saya selalu buat masa Fydh susah makan dulu sebab ni antara kudapan yang mengenyangkan (ada nasi) & 1 famili pun suka makan.
Cucur nasi lemak manis ni walaupun boleh guna air panas je, tapi saya suka guna teknik buat churros.
Sebab kekadang kalau guna air tak betul-betul panas, boleh menyebabkan tepung tak cukup masak. Kalau tepung tak masak, boleh jadi liat cucurnya.. Bila nak goreng lak, macam biasa gak saya selalu gunting-gunting je sebab nak cepat.
Cucur Nasi Lemak Manis
=====================
1 cawan tepung gandum
½ cawan nasi dilenyek
½ cawan air
½ cawan santan
2 sudu makan susu tepung (optional)
5-6 sudu gula
Secubit pink salt
Cara-cara:
1. Lenyek/blend nasi dengan sedikit air (dari ½ cawan air tadi)
2. Campur semua bahan kecuali tepung. Didihkan dalam periuk.
2. Kecilkan api, masukkan tepung. Kacau laju-laju. Tutup api apabila bancuhan agak kering.
3. Kacau bancuhan tepung tadi hingga licin & tak berketul-ketul.
4. Masukkan dalam piping bag/plastik bungkus makanan & gunting-guntingkan.
5. Goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan.
Ekstra tip
*selepas masukkan tepung, bancuhan sepatutnya akan berwarna agak kekuningan sikit (kerana adunan tepung dah masak)
*celup hujung gunting dalam minyak untuk mudahkan proses menggunting
*bagi anak 1-2 tahun, skip garam & boleh gantikan gula dengan madu (lagi sedap)