
Perasan tak ramai yang meletakkan pewangi kereta di atas dashboard kereta. Sebenarnya ada tempat yang betul dan strategik bagi meletakkan pewangi kereta.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok oleh @stdetailingjb, mereka berkongsi tip mengenai tempat yang sepatutnya pewangi kereta ini diletakkan.
Tempat sebenar bagi meletakkan pewangi kereta ialah di tenpat bawah kaki bahagian penumpang hadapan yang berdekatan dengan aircond kereta.Hal ini telah dibuktikan oleh @stdetailingjb bahawa sebenarnya udara diserap daripada bahagian bawah dan akan dikeluarkan melalui aircond kenderaan.
Untuk membuktikannya, anda boleh melihat video di bawah yang mana udara disedut pada bahagian berkenaan dan dikeluarkan menerusi ruang ‘aircond’ kereta. Dah boleh ubah kedudukan pewangi kereta tu ya!
Sumber: stdetailingjb
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Bila Suami Tak Minat Dengan Hibah, Ni Isteri Kena Buat Dulu!

Tuntutan hidup masa kini memerlukan isteri perlu bertindak bijak tanpa perlu menyerahkan masa depan sepenuhnya ditangan suami.
Ada banyak faktor menyebabkan kita sebagai isteri perlu berdikari, umpamanya jika suami tidak berminat dalam hal hibah.
Ini dijelasjan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad untuk info bersama. Jom semak.
BILA SUAMI TAK MINAT BERHIBAH?
1. Bencana kewangan buat wanita bermula bila suami meninggal, penceraian berlaku, ketua keluarga kemalangan, masalah kesihatan melanda atau ada hati dengan gadis jelita Alya.
2. Jangan bergantung pada suami sepenuhnya hidup ini. Buat simpanan sendiri. Jika suami tiada kesedaran kewangan, jangan kongsi berapa simpanan yang kita ada.
3. Mula belajar beli aset pelaburan seperti emas dan hartanah. Saya adakan kampen ‘Gadis Bistari Ada Rumah Sendiri’. Beli sebuah rumah kecil sahaja dan bermula.
4. Ambil perlindungan diri, jika bencana datang pada diri dan suami ada takaful melindungi.
5. Jadi Gabenor Kewangan Keluarga, urus kewangan keluarga dengan baik. Wujudkan Tabung Simpanan, Tabung Pelaburan dan Tabung Perlindungan.
6. Jangan utamakan tabungan pendidikan anak hingga lupa dana persaraan diri sendiri.
7. Bab duit jangan beremosi, suami nak pinjam duit suruh buat Pinjaman Peribadi mohon hindari diri. Jangan buat hutang kerana Terlalu Sayang!
8. Pujuk suami beli aset pelaburan hartanah, jika dia tak berminat himpun duit sendiri dan belilah sebuah rumah kos rendah.
9. Jangan terlalu lama menyewa, didik suami beli rumah sebelum ada anak pertama.
10. Hidup ini bukan berserah pada takdir, kita yang harus tadbir dengan baik.
Suami gaya Shahrizal yang tak boleh buat keputusan ada dimana mana.
Bersedialah, hidup ini bukan drama.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Lain Cara Guna, Lain Pula Khasiatnya. Itu Keunikan Halia, Mungkin Ramai Tak Tahu!

Menggunakan halia dalam bahan masakan adalah perkara biasa kita lakukan. Jika tidak dihiris halus, halia akan dikisar lumat untuk dijadikan pelengkap ramuan masakan kari, rendang dan sebagainya.
Malah ada juga halia diproses menjadi serbuk untuk memudahkan kita menyediakan air minuman berherba.
Namun tahukah anda, perbezaan cara pengambilan halia ini sebenarnya juga mempengaruhi kandungan khasiatnya. Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari Dr Suri Roowi ini.
KHASIAT HALIA BERBEZA-BEZA MENGIKUT JENIS DAN CARA PENYEDIAANNYA
Kajian saintifik menunjukkan HALIA SEGAR boleh kurangkan demam. Ia disebabkan oleh kehadiran bahan zingiberene yang boleh menghalang jangkitan virus selain bersifat antibakteria dan antitumor. Kajian oleh Amerika Pain Society pada tahun 2010 menunjukkan halia boleh mengurangkan sakit otot akibat ‘exercise’ yang berlebihan.

Selain itu, HALIA SEGAR membantu masalah rheumatoid athritis, menurunkan tekanan darah tinggi dan mengatasi masalah ‘gastric’.
Jika HALIA segar di MASAK, bahan berkhasiat dalam halia segar (yang dikenali sebagai gingerol) akan membentuk bahan berkhasiat lain yang dikenali sebagai zingeron. Zingeron boleh bantu kawal berat badan.
Kandungan gingerol paling tinggi dalam HALIA BARA diikuti HALIA BENTONG dan HALIA MAKAN. Kajian oleh Saintis UPM mendapati halia bentong dan halia bara yang di simpan dalam ‘chliller’ pada suhu 5C masih menunjukkan kuantiti khasiat yang tinggi walaupun telah disimpan selama 4-8 bulan

Apabila dikeringkan dan dikisar jadi HALIA SERBUK, bahan gingerol akan bertukar kepada shogaol.
Shogaol adalah 2 kali lebih pedas berbanding gingerol (bahan dalam halia segar).
Bahan shogaol boleh bertindak sebagai antioksidan dan boleh bertindak sebagai ubat batuk.
Shogaol juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan merencatkan pertumbuhan kanser ovari dan kanser usus besar.

Kajian oleh Saintis India, HALIA SERBUK juga membantu penyerapan zat besi dan bagus untuk masalah anemia
Ambillah halia ikut teknik penyediaan yang betul
Rujukan
a. Ubat Dari Dapur b. The Journal of Pain, Vol 11, No 9 (September), 2010: pp 894-903
c. International Food Research Journal 17: 335-347 (2010)
d. Indian Journal of Traditional Knowledge (2012) 11:78-82
Sumber : Dr Suri Roowi
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Musim Banjir, Sediakan ‘Bug Out Bag’ Ni! Terus Capai Bila Kecemasan

Banjir yang melanda pada tahun lalu sangat membuka mata ramai orang untuk siap bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut.
Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.
Tambah lagi setiap hujung tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.
Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).
Apa itu BOB?
Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.
Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.
Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Antara barang keperluan lain yang boleh dimasukkan dalam senarai BOB ialah
1. Pengecas solar, Back up kepada powerbank sewaktu bencana.
2. Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee. Kalau waktu terdesak sekarang ni, beli sahaja biskut yang lama tarikh luput untuk makan ketika kecemasan.
3. Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, dokumen penting, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.
4. Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.
5. Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.
6. Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau. Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.
7. Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.
8. Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.
9. Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.
Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.
Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9