Rupanya Ada Teknik Nak Rebus Pasta, Barulah Sedap & Sempurna Masakan!

Share

Memasak pasta dengan sempurna dan enak rasanya, sebenarnya ada cara dan tip yang tersendiri. Bukan sekadar direbus hingga lembut namun menurut perkongsian Wan Muhammad Hafiz Satar ada cara yang betul dan jika dipraktikkan hasilnya nanti masakan pasta bukan sahaja sempurna malah lebih enak.

Nak tahu lebih detail ikuti perkongsiannya ini.

CARA YANG BETUL MEREBUS PASTA

Pernah tak terfikir selama ini kita merebus pasta betul atau tidak caranya? Mungkin sesetengah orang beranggapan merebus pasta sekadar didihkan air dalam periuk, masukan pasta…biarkan dalam 20 minit, check pasta dah lembut ke tidak dan kalau lembut blehlah angkat pasta tu kan hehehehe.

Ada yg kreatif lagi time merebus gi letak minyak kononnya taknak bagi pasta melekat time merebus. Hmmm.. kalau itulah caranya yang kita buat selama ini maka tidak betul lah jawabnya… tapi bukan salah cara macam tu cuma kita tak dapat menghasilkan pasta yang sedap lagi enak.. Fuhh tak caya try buat pasni ikut seperti cara di bawah.

Sebenarnya penting untuk kita tahu teknik merebus pasta dengan betul kerana teknik yg betul akan mengekalkan kesedapan pasta yg kita makan. Jom kita baca kat bawah ni teknik yg betul merebus pasta.

1. Gunakan Periuk yang besar untuk merebus pasta.

Kenapa kita kena gunakan periuk yang besar? Sebab yang pertama – pasta perlukan air yang banyak supaya boleh masak dengan sempurna dan sekata. Anggaran penggunaan air lebih kurang 3.8 liter bagi 450 gram pasta. Bila kurang air, air rebusan akan berwarna keruh disebabkan kandungan kanji (starch) yang berlebihan. Ini akan menyebabkan pasta melekit. Starch memang diperlukan dan merupakan special ingredient yang ada dalam sesuatu pasta. Tapi, bila berlebihan boleh menjejaskan pasta.

Sebab kedua – Ruang yang terhad menyebabkan pasta tak cukup masak dan mudah melekat. Dah tentulah keenakkannya juga kurang jika tak direbus dengan betul.

2. Masukkan garam ke dalam air rebusan.
Mungkin kita pun letak garam gak.. tapi kita cuma secubit dua sajalah kan. Cara ni salah sebenarnya. Rupa-rupanya pasta memerlukan garam secukupnya untuk masak dengan sempurna. Jangan suka-suka hati je campakkan garam tu without clear reasons.

Anggaran garam yang diperlukan – 1 sudu teh garam untuk setiap 1 liter air rebusan. Maknanya kalau kita gunakan 3 liter air, kenalah masukkan 3 sudu teh garam. Pastikan kita masukkan garam masa air rebusan dah mendidih. Walaupun kandungan garam agak banyak tapi pasta tak akan rasa masin sebab pasta tak menyerap garam. Infact garam ini akan membuatkan pasta rasa lebih yummy. Barulah finger licking good namanya!

3. Tidak perlu masukkan minyak.
All this while memanglah kita biass masukkan beberapa titik minyak bila rebus pasta. Konon-kononnya tak nak pasta tu melekat. Cara ni pun salah rupa-rupanya! Minyak yang dititiskan tu akan menyebabkan pasta disaluti oleh lapisan minyak dan menyebabkan sos yang kita tuangkan nanti tak lekat pada pasta. Jadi, dah tentulah rasa masakan pun kurang mengancam. Mulai dari saat ini, no minyak bila rebus pasta!

4. Masukkan pasta ke dalam air yang mendidih.
Pasta perlulah dimasak menggunakan air yang mendidih. Ingat ya… jangan masukkan pasta dalam air biasa. Didihkan air dan masukkan pasta ke dalam periuk hanya bila air dah betul-betul menggelegak.

5. Kacau-kacaukan pasta.
Tips yang kelima ni memang penting untuk elakkan pasta dari melekat. Pastikan kita kacau-kacaukan pasta dalam periuk terutama sekali pada minit pertama- kedua selepas dimasukkan ke dalam air yang dah mendidih. Cara ni juga dapat memastikan pasta masak dengan sekata.

6. Masa merebus pasta.
Pasta yang perfectly cooked dipanggil ‘al dente’… kenyal tapi tak liat. Boleh refer masa merebus yang disarankan pada bungkusan untuk pastikan pasta kita tak undercook atau overcook. Pasta yang kurang masak biasanya agak keras. Bila digigit ada rasa sesuatu. Tekstur pasta yang overcooked pulak agak lembik lemah gemalai tak bermaya gitu. Macam spaghetti yang overcooked tu contohnya, kalau dibuat spaghetti goreng tak sedap… kalau nak buat Laksa Johor pun tak sedap. Pendek kata, memang rasa lari lintang-pukang habis!

7. Tidak perlu basuh/bilas pasta yang sudah siap direbus.
Mungkin ramai yang basuh pasta dengan air sejuk/ panas selepas direbus. Cara ini salah ya. Eish, banyak ajaran sesat yang kita buat rupa-rupanya. Pasta yang dimasak sehingga al dente tak perlu dibilas untuk mengelakkan kehilangan starch/ kanji yang ada. Lagipun starch yang ada inilah yang menyebabkan pasta lebih enak kerana sos lebih mudah diserap. Jika dibilas, maka hilangkan starch ini.

8. Toskan Pasta.
Toskan pasta menggunakan penapis (colander) yang sesuai. Masukkan sedikit-sedikit dalam colander, toskan dan *curahkan sos di atasnya. Ini untuk spaghetti bolognese/ carbonara yang berkuah.

Jangan tos dengan mencurahkan terus satu periuk pasta dalam penapis dan dibuang air rebusannya. Ambil sedikit air rebusan yang sudah bercampur dengan starch dan masukkan ke dalam sos untuk memekatkannya dan memberikan extra ummpphh kepada masakan kita.

Selamat mencuba!

Sumber : Wan Muhammad Hafiz Satar