Untuk menu ikan cencaru sumbat, sebenarnya yang memainkan peranan penting adalah sambal yang diletakkan di belakang badan ikan tersebut. Kalau sambalnya kurang enak, terbantutlah rasanya nak makan!
Lagi satu aspek penting, semestinya ketika menggoreng. Lain orang lain selera, kalau min, min lebih suka ikan yang garing! Makan dengan nasi panas-panas, memang terangkat lah!
Bila sebut pasal goreng ni, pernah tak goreng ikan cencaru, sambalnya terkeluar? Waktu ni frust betullah rasanya! Mana tidaknya, confirm isi tengahnya jadi sikit, malah akan merosakkan minyak menjadi hitam. Nak tahu tip taknak isi terburai? Kena tengok lah perkongsian di bawah!
Cara buat ikan cencaru sumbat tapi isi tak terkeluar
Bahan-bahan:
lkan cencaru – dibersih dan dibelah belakang
Cili kisar
Bawang putih – ditumbuk
Serai – ditumbuk halus atau blend
Asam jawa -bancuh dengan sedikit air
Garam
Gula (bukan untuk manis tapi untuk seimbangkan dengan asam)
Cara-caranya :
1. Campur bahan semua dan masak tanpa minyak atas api sehingga cili pekat dan kering air. Ketepikan.
2. Kemudian goreng ikan cencaru yang sudah dibelah belakang.
3. Dah siap goreng, sumbat sambal yang dah siap dimasak tadi dalam ikan cencaru goreng tadi. Siap boleh terus boleh makan.
TIP
Jika sambal menggunakan kelapa dan mahu goreng sekali dengan ikan letakkan putih telur pada sambal yang siap disumbat dalam ikan. Kemudian goreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Hajar MN