Sempena meraikan hari Raya Korban, tentu sahaja sudah terfikir ingin mahu menyajikan hidangan yang istimewa untuk dinikmati bersama daging korban yang diterima.
Mungkin ada yang teringin untuk makan nasi beriani, nasi minyak atau nasi hujan panas yang dimasak menggunakan beras basmathi. Maklumlah hari istimewa kalau boleh menu yang dihidang juga istimewa.
Menyentuh tentang beras basmathi, diakui nasi yang dimasak lebih enak dan menyelerkan. Apatah lagi tekstur beras yang lebih panjang, lembut dan peroi menjadikan hidangan yang dimasak nampak sempurna.
Pun begitu, ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan anda nampak macam seorang profesional yang menyediakannya. Jadi jom semak apa tipsnya.
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club