Rupanya Ada Cara Betul Nak Hasilkan Jus Kunyit Yang Berkhasiat, Saintis Ni Tunjuk Satu-satu Caranya!

Share

Jika selama ini kita mengetahui dengan minum air jus kunyit bagus untuk perawatan dalaman wanita, dan sememangnya air jus kunyit ini kaya dengan khasiatnya.

Pun begitu dalam menghasilkan jus kunyit tentu ada pelbagai cara yang dipraktikkan mengikut kaedah yang berbeza-beza. Pun begitu, menurut Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal ada teknik yang terbaik yang boleh dipraktikkan untuk pastikan khasiatnya terjamin dan hal ini mungkin ramai yang tidak tahu.

KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT

Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara

Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah

Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit

Untuk itu, jom ketahui teknik yang sebenar dalam menghasilkan jus kunyit

TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)

  1. Kunyit sebaiknya di ‘blend’, dimasak atas dapur sebelum diminum.
  2. Kajian menunjukkan memasak kunyit yang di’blend’ dalam masa singkat (kurang 10 minit) dapat tingkatkan bahan berkhasiat (kurkumin) di dalam air rebusan dan lebih mudah di serap ke dalam darah.
  3. Merebus kunyit lama (lebih 15 minit) akan kurangkan khasiat kunyit sehingga 50%. Memanggang akan turunkan khasiat sehingga 75% manakala menggoreng @ menumis akan kurangkan khasiatnya sehingga 98%
  4. Menurut Saintis dari Institut Penyelidikan Teknologi Makanan, Mysore, India, memasak kunyit untuk tempoh lama akan menyebabkan kehilangan bahan berkhasiat sehingga 53%. Walau bagaimanapun, kehilangannya dapat diturunkan kepada 30% jika kunyit dimasak @ rebus BERSAMA sedikit ASAM JAWA.
  5. Bahan berkhasiat kurkumin bersifat lipofilik (suka pada minyak) jadi, untuk tingkatkan penyerapan bahan khasiat dalam darah, kunyit sebaiknya diambil bersama susu atau sedikit minyak zaitun. Penggunaan santan pada kadar sederhana juga dibolehkan.
  6. Meminum jus kunyit BERSAMA secubit serbuk LADA HITAM juga dapat meningkatkan penyerapan bahan berkhasiat dalam kunyit. Kajian menunjukkan bahan piperine (bahan berkhasiat dalam lada hitam) dapat tingkatkan penyerapan bahan berkhasiat kunyit (kurkumin) sehingga 2000%.
  7. Cadangan dos: 1 kunyit sebesar ibu jari dengan 1 mug air + sedikit lada hitam atau asam jawa dan diminum 2x sehari. Boleh juga diambil bersama susu segar

BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?

  1. Elakkan pengambilan jus kunyit bersama ubat-ubatan moden dan suplemen cair darah, suplemen antiplatelet dan ubat antikencing manis.
  2. Penggambilan jus kunyit semata (100% kunyit) yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko batu karang. Ini kerana kunyit tinggi bahan oksalat, bahan ini dapat mengikat kalsium dan membentuk kalsium oksalat (batu karang) dalam ginjal atau pundi kencing.

Sumber : Dr Suri Roowi 

ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!