
Apabila kita membeli makanan sudah tentu kita akan melihat kepada label pada makanan itu supaya terjamin selamat untuk dimakan.
Namun, tahukah anda bahawa rupanya ada beza antara perkataan pada label makanan itu iaitu BAIK SEBELUM dan GUNA SEBELUM. Mesti tahu panduan ini.
Ikuti panduan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
APA BEZA “BAIK SEBELUM” DAN “GUNA SEBELUM” PADA LABEL MAKANAN?
Pernah tak anda pergi ke pasar raya dan lihat label makanan yang bertulis “GUNA SEBELUM” atau “BAIK SEBELUM”?
Tahu tak perbezaan berkaitan perkataan yang digunakan? Kadang-kala kita sendiri keliru dan membuang makanan tersebut walaupun ianya masih elok untuk dimakan.
Label “Guna Sebelum” atau “Makan Sebelum”.
• Bermaksud bahawa selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi dapat mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun ianya disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan. Antara yang dapat dilihat pada makanan tersebut ialah ianya akan berkulat, tengik, masam atau basi.
• Selalunya tarikh akhir ini dilabel bagi jenis makanan tertentu yang mudah rosak iaitu susu,yogurt, produk telur dan jus buah Pasteur. Sekiranya telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.
Label “Baik Sebelum”.
• Bermaksud bahawa tarikh terakhir anda boleh mengharapkan makanan tersebut mengekalkan semua sifat kualitinya pada tahap terbaik. Produk tersebut mampu untuk mengekalkan kualiti selagi ianya disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.
Kesimpulannya, jangan lupa untuk membaca label semasa membeli makanan. share pada rakan-rakan dan orang tersayang.
Nota : Untuk makluman, penandaan tarikh pada bungkusan produk makanan adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia