Rupanya Ada 9 Cara Tanam Daun Sup Nak Jadi ‘Giant’ & Subur!

Share

Siapa tidak suka jika sayur yang ditanam gemok merimbun kan? Nak hasilkan pokok sayur yang sebegini jika tahu teknik dan cara penjagaannya memang tidak mustahil.

Melalui perkongsian Cikgu Kebun yang viral ini, beliau berkongsi di facebook cara nak hasilkan pokok daun sup giant. Jom kita ikuti langkah demi langkah teknik Cikgu Kebun ini.

Ini antara tips dari CK yang hangpa boleh cuba semai daun sup dari biji benih supaya berjaya tanam.

Tips tanam pokok Daun Sup dari biji benih ni mudah sahaja.

Ramai orang gagal tanam pokok daun sup tapi pokok ni ramai orang suka sebenarnya.

CK juga ada kongsikan tips mudah secara LIVE bagaimana nak tanam pokok ni. Pokok daun sup untuk bagi tahan lama dan subur gebu kita kena semai dia dengan biji benih.

Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam dia semula. Tapi pokok tak dapat hidup lama. Last2 kita kecewa..

Jadi CK cuba bantu hangpa bagi berjaya tanam pokok daun sup.. raya korban dah dekat ni..hangpa mesti nak masak sup daging kan nanti ..hehe

Ada 9 teknik mudah yang hangpa boleh cuba dengan step yang CK nak ajar ini.

  1. Pemilihan jenama biji benih, selalunya CK akan guna brand yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
  1. Teknik Semaian biji benih, CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semai yang CK guna adalah Peatmoss
  1. Lokasi semai dan tanam, ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
  1. Kadar siraman air, semasa semai kita kena pastikan media semai sentiasa lembab dan bila tumbuh kekalkan sehari 2 kali siram
  1. Penjarangan anak pokok, cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi giant, hangpa pastikan sepasu hanya sepokok sahaja hangpa tanam.
  1. Pemilihan baja CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Hangpa tabur baja serbuk 2 minggu sekali seronok baja ni sebab dia bau wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
  1. Kawalan Serangga dan Kulat, selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok kita bagi menjaga pokok sup tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control dibuat seminggu sekali.
  1. Medium tanaman untuk pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran Tanah Merah, Sabut kelapa, Sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk di gaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
  1. Pencahayaan pokok jenis daun sup ini tidak suka cahaya terus jadi bagusnya hangpa letak pokok ini bernaung di bawah pokok lain atau ditepi kawasan rumah hangpa yang cahaya cerah sahaja

Insya allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.

Kalau hangpa nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, Macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul supaya hangpa tak “give up”, Insya allah hangpa boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok cikgu kebun, page Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel Cikgu Kebun.

Moga perkongsian dari saudara Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun dapat membantu mereka yang berminat bercucuk tanam dan berkebun. Berbudi pada tanah pasti ada hasilnya.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club