Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.
September 13, 2019
Share
Ibu bapa lazimnya bertanggungjawab dalam memastikan anak yang dilahirkan didik dengan nilai kesantunan dalam diri.
Malah berperanan juga untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam kepada anak-anak. Seharusnya, anak ini diberi asuhan yang baik menjadi seorang yang cemerlang dalam kehidupannya lantaran anak adalah amanah Tuhan kepada kita.
Sebagaimana perkongsian ini menyentuh peranan ibu bapa yang harus dilakukan supaya dapat membentuk kendiri anak itu secara positif.
Ikuti perkongsian di Parent Connect yang sungguh inspirasi ni. Moga menjadi panduan ibu bapa.
Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.
Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.
Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.
Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:
1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.
2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.
Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.
Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.
Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati: * Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang. * Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah. * Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang. * Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.
Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)