Ibu bapa lazimnya bertanggungjawab dalam memastikan anak yang dilahirkan didik dengan nilai kesantunan dalam diri.
Malah berperanan juga untuk menjadi contoh teladan dan sikap baik dalam  kepada anak-anak. Seharusnya, anak ini diberi asuhan yang baik menjadi seorang yang cemerlang dalam kehidupannya lantaran anak adalah amanah Tuhan kepada kita.
Sebagaimana perkongsian ini menyentuh peranan ibu bapa yang harus dilakukan supaya dapat membentuk kendiri anak itu secara positif.
 
Ikuti perkongsian di Parent Connect yang sungguh inspirasi ni. Moga menjadi panduan ibu bapa.

 

Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.

Karakter dan tingkah laku seorang anak bukanlah ditentukan sepenuhnya oleh anak itu sendiri.
Faktor utama yang akan menentukan tingkah laku seorang anak adalah gaya keibubapaan yang dipraktikkan untuk membesarkan dan mendidik seorang anak.

Saya pernah menulis bahawa keibubapaan yang efektif bukanlah bergantung kepada betapa garang atau lembut ibubapa terhadap anak. Garang atau lembut hanyalah salah satu dari amalan keibubapaan yang membentuk gaya keibubapaan. Garang atau lembut bukanlah penentu tingkah laku anak.

Gaya keibubapaan merujuk kepada pola keseluruhan tindakbalas ibubapa dan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja.

Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.

IKLAN

Terdapat 4 gaya keibubapaan yang utama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar perkembangan kanak-kanak. Ia bergantung kepada:

1) Responsif – sejauh mana ibubapa menerima, memahami dan bertindak balas terhadap keperluan emosi dan perkembangan individu seorang anak.

2) Tuntutan – Sejauh mana ibubapa membimbing, mengawal dan menuntut tingkah laku yang baik dalam diri anak.

IKLAN

Kedua-dua faktor ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap karakter, dan tingkah laku anak.

Kajian juga pernah dibuat di negara kita untuk melihat gaya keibubapaan yang manakah lebih efektif untuk menerapkan pendidikan dan amalan Islam dalam diri anak-anak.

Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.

IKLAN

Tiadanya peraturan dalam rumah dan ketidakupayaan ibubapa permisif berkata ‘tidak’ banyak mempengaruhi karakter anak. Anak-anak kepada ibubapa yang permisif didapati: * Tidak dapat mengikut peraturan dan undang-undang. * Mempunyai kawalan diri yang sangat rendah. * Bersifat egosentrik dan narsistik kerana tidak pernah ditegur dan dihalang. * Menghadapi kesukaran dalam perhubungan dan interaksi sosial.

Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.
ibubapa otoritarian banyak menghukum dan garang tidak bertempat. Sifat ini sudah tentunya membentuk karakter anak. Anak kepada ibubapa otoritarian didapati: * Mempunyai kecenderungan untuk murung dan tidak gembira. * Kurang berdikari kerana takut berbuat silap. * Sentiasa rasa tidak selamat dan selesa. * Mempunyai keyakinan dan jati diri yang rendah. * Menunjukkan lebih banyak tingkah laku yang negatif kerana emosi tidak dipeduli. * Mempunyai tahap akademik yang rendah. * Mempunyai skil sosial yang rendah. * Cenderung kepada keganasan. * Terdedah kepada masalah kesihatan mental.
Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.
Ibubapa otoritatif, walaupun adakalanya berlembut dengan anak, tetapi mereka tegas dengan peraturan yang telah ditetapkan. Anak kepada ibubapa yang otoritatif didapati: * Lebih tenang dan gembira. * Suka untuk berdikari kerana sentiasa diberi peluang. * Berjaya mencapai tahap akademik yang baik. * Mempunyai keyakinan dan jati diri yang tinggi. * Mempunyai skil sosial yang baik untuk berinteraksi dengan rakan dan orang sekeliling. * Mempunyai kesihatan mental yang lebih baik. * Tidak cenderung kepada keganasan.
Rupanya Ada 4 Gaya Keibubapaan Didik Anak. Salah Didik Beri Kesan Pada Karektar.
Ibubapa ini mengabaikan terus keperluan penting seorang anak. Ada yang merasakan cukuplah jika disediakan keperluan makan, minum, pakai dan tempat tinggal sahaja. Anak kepada ibubapa yang abai ini didapati: * Lebih impalsif dan kurang kawalan diri. * Tidak berupaya untuk mengawal emosi. * Tiada empati terhadap orang lain. * Terdedah kepada masalah penagihan dan salah laku. * Cenderung kepada masalah kesihatan mental.

Yang manakah gaya keibubapaan anda selama ini?

Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI