Merebus kerang banyak caranya. Ini adalah Salah satu cara yang cukup mudah tapi hasilnya sangat menakjubkan.
Rupanya sangat cantik macam cermin. Nampak bersih dan semestinya buat kita rasa teruja nak makan kan. Jom cuba perkongsian Dari puan
Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin
Bahan-bahan
1 Sudu kecil Garam
Air secukupnya
Ais
Cara membuat:
1.Rebus air bagi mendidih.
Ads
2.Kemudian, masukkan garam.
3.Apabila air dah mendidih masukkan kerang dan rebus dalam 2-3 minit cukup.
4.Kemudian, toskan selepas itu terus rendam dalam air yang letak ais.
Ads
5.Selepas itu, kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka. Kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu. Ni refresh balik kot la hangpa lupa.
Siapa tak kenal Datuk Chef Wan, seorang Tukang masak terkenal yang cukup mesra orangnya. Namun bukan itu yang ingin diperkatakan. Sebaliknya, sikap prihatin dan penyayangnya membuktikan beliau seorang anak yang menjaga ibunya dengan penuh kasih sayang.
Lihat sahaja di dalam postingnya menerusi laman instagram, tidak pernah jemu dan penat melayan ibunya. Malah ada saja usikan dan gurau mesra bersama ibunya yang mesra dipanggil Che Ani.
Baru-baru ini beliau ada memuat naik satu video sambil bercerita mengenai rezeki yang diperoleh tidak pernah putus. Akuinya mungkin itu adalah berkat menjaga kebajikan ibunya sejak dahulu lagi.
Kau Jaga Mak
Emak dari pagi tadi tak habis2 kata ” Wan kau jaga emak tiap2 bulan emak dapat pencen ayah dan duit hasil Felda minyak sawit emak kasi la kau sikit ya”.. Just as are watching CNN TalkAsia with Tun M she said it again. So saya terus tangkap kaki emak dan mula picit2 dan urut dia sambil mengampu dia! Look at her reaction la its so funny. She said this once to my other sister hari tu. Omg inmediately she snapped at my mother and said to her ” Eh emak ni nyanyuk ke Wan ni dah hidup senang emak nak kasi dia duit bulan2? Lebih baik la emak kasi aku ini!”.
Tak Pernah Ambil Satu Sen I laughed at her respond but will not answer back. Didalam hati saya berkata this is so typical of some sibbling behaviour. Time nak jaga or menjengok ibu tu haram tak nampak. Di tolak mcm bola lagi ada.Tapi duit punya pasal terus sentap mcm lah saya kebuluk harta emak ni pun. Selama ini satu sen pun saya tak pernah ambil dari ibu saya. Malahan each month i make sure she get rm3000 allowances from me pun. Her medical expenses semua saya juga yg menanggung. Adoi harta saya pun cukup makan lah.
Kejujuran Hati Anak Itu sebab rezeki saya sejak muda lagi melimpah ruah sampai la saya tua ini kerana menjaga ibu dan bapa saya mau pun sentiasa menolong saudara mara mau pun anak2 yatim dan bantuan2 masjid yg saya dahulu kan bila ada rezeki berlebihan. Bukan saya nak cakap besar tetapi ini ada la kenyataan yg sebenarnya. Tetapi manusia ini instead of being inspired and learning from us ini tidak depa bersikap batu api lagi ada. Seorang ibu yg tua bukan bodoh apabila melihat kejujuran hati seorang anak yg menjaga kebajikan ibunya pun.
Bukan Tamak Berebut Harta Anak seperti saya pula tak kan mengharap apa2 balasan pun dari Ibu saya yg tua ini melahan saya akan sentiasa berkorban apa sahaja untuk membahagia kan dia selama dia hidup diatas dunia ini. Off course i will never accept any money from my mother pun. Jika dia meninggal pun saya tak akan ambil satu sen pun duit beliau malahan saya agih2 kan pada adik2 yg lain lagi ada. Bukan banyak mana pun!? Kita ni bukan tamak berebut harta pun as selama saya hidup ini Allah sudah puas kan hidup saya ini dengan segala kemewahan mau pun kesusahan and i am so evergrateful.
Gabungan aiskrim, jagung dan beberapa campuran bahan lain memberikan rasa luar biasa untuk resipi air ini.
Kalau hujung minggu ini anda plan nak buat rumah terbuka,boleh cuba menu simple tapi kebabom ni. Pasti membuatkan ramai yang terpikat dengan keenakannya.
Nak tahu caranya, Jom ikuti perkongsian pengguna Tik Tok @ashaanuar.
Bahan-bahan:
Air aiskrim soda
Pes perisa jagung
Susu cair
Jagung manis
Susu pekat
Aiskrim vanila, coklat atau strawberi -ikut suka
Cara membuat:
Masukkan sahaja kesemua bahan bersama campuran ais batu.
Akhir sekali baru masukkan aiskrim dan kacau sampai sebati.
Kisah tertukar bayi yang berlaku ini ibarat cerita sinetron, namun itulah kenyataannya yang benar-benar yang berlaku kepada dua keluarga.
Apa yang lebih tragis lagi, bayi keluarga ini tertukar 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Apa yang lebih memilukan, ia hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Kejadian ini terbongkar apabila dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.
“Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun bagaikan sudah ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan bentuk badan.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Menurutnya, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Katanya, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan di rumah.
Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG dan bertitik tolak daripada itu, banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” katanya.
Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42, pula berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya.
“Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras,” katanya.
Ayu Haryani berkata, berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).
Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa kerana risau ia memberi kesan psikologi terutama kepada Adryana Iwani.
Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata, keluarganya itu tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah berkahwin.
“Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui,” katanya dan menambah mereka sekeluarga melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.
Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu sudah berpindah dan tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu sejak Januari lalu.