Memang benar, apabila sudah berumahtangga, kehidupan akan berubah 360 darjah. Pelbagai perkara perlu difikirkan agar memastikan kehidupan bersama keluarga bahagia. Malah apabila sudah mempunyai anak yang ramai tentu pelbagai perkara yang akan fikirkan bagi memastikan keperluan anak-anak disediakan dengan sempurna.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Mohd Fhais ini memang relevan dalam sebuah rumahtangga terutama isteri. Wanita ni, apabila bergelar isteri, biar diceruk mana atau berpangkat tinggi tetap akan ingat hal rumah. Ikuti perkongsian ini.
Hari ni saya belajar sesuatu..
Sebenarnya isteri kita berfikir 10 kali ganda lebih banyak daripada apa yang kita fikir.
Kalau suami fikir 10 perkara, isteri mesti fikir 100 perkara!
Tadi sempat jalan-jalan dengan isteri kejap di Aeon Mall. Dalam fikiran ni cuma nak luangkan masa dan enjoy masa cuti dengan isteri berdua.
Semua dah plan. Nak pergi tengok wayang, lunch kat kedai dan window shopping sekejap.
Tapi hampeh!
Tak sampai 10 minit kat Aeon, isteri dah teringat “Abg hari ini kena pergi ambik buku rania kat sekolah”, ok lah nanti lepas ni kita pergi.
Sekejap tu teringat lagi, “Labu aish dah habis kat rumah, nanti dia nak makan”, ok lah nanti lepas ni kita beli.
Lepas tu jalan sekejap turun nak pergi supermarket nampak orang jual tuala mandi, “Abg tuala rania kena beli, nanti nak buka sekolah tuala lama dia dah lusuh”, baik beli lah syg.
Tak lama lepas tu, “Abg susu aish dengan rania pun tinggal last pack dah, kena beli tapi tak nak beli kat sini nak beli dekat kedai ubat kat cheng tu”, ok syg nanti balik kita singgah beli susu.
Dalam hati, Aduh!
Nak “Spent Time” berdua macam mana kalau sekejap ke sana ke sini. Tambah penat adalah macam ni.
Inilah sifat semulajadi wanita kalau tuan tuan nak tahu. Dalam fikiran mereka hanya ada keluarga. Bahkan apa yang bermain di fikiran suami dan isteri ni langsung tak sama.
Kalau suami dalam 10 perkara yang bermain di fikiran hanya 3 sahaja berkaitan keluarga. Lagi 7 tu mesti pasal kerja, kawan, berita, media dan lain-lain.
Manakala kalau isteri pula berfikir dari 10 perkara tu, mesti 9 tertumpu pada keluarga. 1 perkara lagi fikir nak rehat. Betapa pentingnya keluarga dalam minda orang perempuan ni tuan tuan.
Hari ini saya belajar untuk lebih menghargai isteri. Tanpa isteri tak mungkin saya akan dapat urus semua hal rumahtangga. Tanpa isteri anak tak menyusu, anak tak makan dan anak-anak mesti terabai.
Rumah tanpa wanita ibarat kapal tanpa kompas! Mesti hilang arah.
Mohd Fhais
Pengajaran bagi diri sendiri. Kalau betul nak luangkan masa dengan isteri, pastikan semua keperluan anak-anak dah siap baru boleh keluar.