Rambut yang gugur teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak sememangnya buat ibu menjadi risau. Setiap hari ada sahaja gumpalan rambut yang memenuhi ruang. Buntu rambut makin menipis.
Boleh dikatakan setiap kali menarik rambut, segumpal helaian akan melekat di tangan. Itulah juga perkara yang berlaku setiap kali menyampu rambut. Adakalanya buat kita rasa bimbang.
Jangan bimbang kerana ia adalah masalah biasa bagi semua wanita. Apabila anak semakin membesar, masalah ini akan semakin berkurangan. Namun ibu boleh juga usahakan beberapa kaedah untuk merawatnya. Lima kaedah dengan rawatan dan petua alami ini adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Jom cuba.
1. Lidah Buaya
Caranya: Gosokkan lendir dari lidah buaya pada rambut hingga ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sambil membuat urutan pada kulit kepala. Kandungan tonik dan juga nutrisi lain di dalamnya berkhasiat membantu menyuburkan rambut.
Ads
2. Santan
Caranya: Ambil sedikit santan dan lumurkan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut dengan menggunakan tuala yang dipanaskan dengan air suam. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Untuk menghilangkan bau santan, cuci rambut dengan syampu.
3. Minyak Zaitun
Caranya: Titiskan beberapa titisan minyak zaitun pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci rambut. Urut selama beberapa minit dan biarkan semalaman. Cuci rambut dengan syampu sekali lagi keesokan harinya. Rambut akan jadi lebih halus dan lembut.
Ads
4. Minyak Kelapa dan Zaitun
Caranya: Campurkan kedua jenis minyak ini dan sapukan ke seluruh bahagian rambut bermula dari kulit kepala. Urut kulit kepala perlahan kemudian tutup dengan tuala. Biarkan selama dua jam kemudian basuh rambut seperti biasa.
5. Madu Asli
Caranya: Sapukan madu pada rambut dan kulit kepala. Urut dengan lembut dan kemudian biarkan selama beberapa minit. Bilas rambut dengan air bersih. Madu bertindak untuk merangsang pertumbuhan akar rambut dan mengatasi masalah keguguran rambut.
Ads
6. Saderi
Caranya: Ambil kira-kira 10 helai daun saderi. Tumbuk atau kisar sehingga halus. Sapukan pada keseluruhan rambut. Urut lembut kulit kepala selama beberapa minit dan biarkan selama satu jam. Kemudian, bilas dengan air bersih.
7. Kacang Hijau
Caranya: Rendam kacang hijau semalaman, tapis kacang hijau dan ambil airnya. Air kacang hijau bagus untuk merawat rambut gugur oleh itu, sapu ke seluruh kulit kepala dan urut perlahan. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ada orang lebih suka makan kuih dahulu ketika berbuka. Justeru, wajib ada kuih muih dan pencuci mulut buat hidangan seisi keluarga.
Tak perlu yang rumit, cuba buat menu yang simple tetapi anak dan suami gemarkannya. Untuk itu, admin sediakan Resipi Agar-Agar Lumut Gula Merah yang dikongsikan oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad di ruangan facebooknya.
Resipi ini dimuat naik menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) tahun lepas. Tapi tak salah kan kalau nak repeat sebab cara membuatnya cukup simple. Dan hasilnya superb!
Petang tadi buat agar-agar lumut gula merah… Alhamdulillah menjadi ….baru siap potong ni. Tapi tu lah, ada perangai tak best mekza ni, mekza mkn yang atas je..bawah tu mekza tak makan ???
………………………………………………………… BAHAN: 18gm Agar-agar tali (gune je sepeket tu, kalau gune serbuk sy agak x pasti sbb x pnh try) 1250ml air 1sudu Esen vanilla 1biji telur 2sudu gula putih(boleh kurangkan jadi 1 sudu jika x nak manis) 1kotak santan 1cwn gula merah (kire bleh dpt 1/2 mngkuk putih ikea tu)
Cara:
Didihkan air, masukkan agar2 tali ..biar dia hancur dalam tu. Seterusnya masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla ..masak sehingga mendidih.
Dalam bekas lain satukan santan dan telur, kacau2 lepas tu tuang dalam periuk ..masak dia dalam 5 minit dengan api perlahan.
Lepas tu kuatkan api bagi dia naik buih dan terus tutup api tuang dalam loyang. Sejukkan dan boleh dipotong.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Demikianlah dengan apa yang diperolehh Candrakant Tare, seorang nelayan dari Palghar.
Ikan ’emas laut’
Dalam satu laporan oleh India Times, dia keluar memancing bersama rakannya pada 28 ogos lalu tidak menyangka bahwa mereka akan berjaya mendapat tangkapan 157 ikan ghol yang dikenali sebagai ’emas laut’.Hasil tangkapan itu dilapor telah berjaya dijual dengan harga Rs 1.33 crores (sekitar RM739,110.00). Lelongan ikan tersebut diadakan di Murbe, Palghar dan keseluruhannya dibeli oleh peniaga yang berpangkalan di Uttar Pradesh dan Bihar.
Ikan yang jarang ditemui
Ikan yang nama saintifiknya ‘Protonibea Diacanthus’ merupakan sejenis ikan croaker. Kerana pencemaran, ikan seperti ini sangat jarang ditemui di kawasan berkenaan. Nelayan di daerah itu perlu menjelajah jauh ke laut untuk mendapatkan hasil tangkapan yang baik.
‘Ikan dengan hati emas’ miliki nilai dalam perubatan
Menurut India Times, ikan ini juga dikenali sebagai ‘ikan dengan hati emas’ kerana mempunyai nilai dalam bidang perubatan.
Sumber kolegan berkualiti tinggi
Ikan Ghol mempunyai sumber kolagen yang berkualiti tinggi, yang digunakan dalam pembuatan makanan dan juga produk kosmetik. Ia dianggap sebagai pengganti gelatin babi dan sapi.
Mendapat tahu diri berbadan dua adalah momen yang cukup indah buat wanita bergelar isteri. Bagi penyanyi Nourul Wahab, keterujaan itu melebihi segala-galanya bila mana mengetahui dirinya berbadan dua.
Nourul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata dia memilih untuk berkongsi berita itu kerana ingin mengelakkan daripada salah faham.
“Pada mulanya saya segan nak beritahu mengenai kehamilan ini. Yelah, sebab sudah nak masuk anak keempat. Tak ada benda nak kongsi pun
“Terkesima tak tahu nak kata apa. Betapa besarnya kuasa Allah. Anak ke 4 pun dok rasa excited Sama macam anak first . Saya decided untuk kongsi Kan Rahmat allah ini dengan semua. .
“Doakan yang ini semanis @ayu_ace doakan juga ianya seorang perempuan. Andai itu yang terbaik buat kami, mohon Allah izinkan. Tapi jika sebaliknya pun, tak apa.
“Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat semua hambaNya,” tulis Nourul di kapsyen.
Perkongsian penyanyi tersebut turut menggembirakan pengikutnya yuang turut menitipkan doa dan kata-kata semangat untuknya.
mrsarzimat Amin. Syukur… Jaga kandungan dan kesihatan ya kak nurul
iamjeerahmerali Alhamdulillah… Moga anak n mama sentiasa dipermudahkan, dilindungi dan dirahmati allah.
kiosk_kakda Aamiin2…..semoga dimakbulkan doa @nouruldepp dan dipermudahkan segala urusan dari mula hinggalah ke akhirnya…In shaaAllah…
suffiyah_ramadhani MashaaAllah @nouruldepp. Sy doakan kak diberikan kesihatan yg baik bersama anakanda yg sedang dikandung. Moga semuanya selamat dan membesar dgn sihat. InshaaAllah. Aamiin. Im so HAPPY for u!!!❤
yong_jia_hong Congratulations @nouruldepp semoga smuanya di prmudahkn.. Yg penting mama and Baby sihat… God bless you always ?❤
jaliahawang MashaaAllah..so sweet,semoga baby yg di kandungkan itu sihat dan menjadi anak yg bijak dunia dan Akhirat kelak… In syaa Allah..kk Leha Doakan semoga Nurul di beri kemudahan during melahirkan dan begiti jugak baby cute tu ye… Aamiin..
rienshah Alhamdulillah, seronok juga dgn berita baik ni.. Semoga lahirnya sihat dn boleh menjd umat Muhammad saw yg terbaik.. InnshaAllah. Aamiin @nouruldepp.