
Bersalin melalui kaedah pembedahan membuatkan segala aktiviti mengempiskan perut ketika berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung tidak dapat dilakukan seperti bersalin normal.
Keadaan perut yang masih lagi tidak pulih kesan daripada pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih. Runsing bila mana perut masih lagi tidak kempis seperti asal sedangkan keadaan perut masih lagi tidak pula sepenuhnya.
Jangan gusar kerana anda mampu mengempiskan perut anda dengan cara yang dikongsikan oleh pakarhamil_malaysia ini. Rawat daripada dalam dan insyallah perut makin menipis dan rata. Cuba ni!
Menariknya bukan hanya wanita selepas bersalin sahaja, yang ada masalah perut buncit pun boleh mencubanya. Dua minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam.
Bahan-bahan:
3sm halia
3 sudu besar halba
1 sudu teh lada hitam (lebih kurang 15 biji)
3 ulas bawang putih
Caranya:

1. Tumbuk halba, lada hitam, halia dan bawang putih hingga hancur.
2. Dah lumat, gentel-gentelkan menjadi bulat.

3. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
Simpan dalam bekas kedap udara.
Tak rasa apa pun bila makan, telan je. Pastu tunggu lah, asyik buang angin dan sendawa. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari ikut ketahanan badan.
Selain untuk kempiskan perut, petua ini juga baik untuk membuang angin dan memecahkan lemak degil.
Kredit: pakarhamil_malaysia
Kredit Foto: Nana Farhanna
Teringin Sangat Nak Ada Tangga Hitam Putih, Isteri Ni Makeover Sendiri & Hasilnya Memang Nampak Hebat!

Terperap di rumah sepanjang PKP ini mungkin ramai antara kita yang tercari-cari idea untuk lakukan ‘makeover’ pada ruang-ruang tertentu untuk nampak lebih cantik dan menarik dengan menggunakan bajet yang tidak terlalu tinggi.
Umpamanya jika selama ini ruangan tangga nampak kusam dan tidak berseri, apa kata ubah menjadi lebih wow dengan cara yang dikongsikan oleh Aina Syafiqka ini.
Tanpa memerlukan kos yang banyak dan yang penting tidak perlu pun menukar kepada tangga kayu namun ruangan tangga yang diidamkan selama ini dengan konsep hitam putih dapat direalisasikan menggunakan cat epoxy. Lebih mengujakan, semuanya dilakukan sendiri memandangkan dia PJJ dengan pasangannya.
Ini perkongsiannya semoga terinspirasi!
Make over tangga to monochrome
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih tapi belum ada budget untuk install solid wood dekat tangga sebab masuk rumah baru memang banyak benda lain yang lagi penting untuk buat tapi nak juga hahahah so saya decide nak diy.
Akibat banyak sangat tengok instagram mat salleh kebanyakkan dia orang cat tangga tapi tangga dia orang semua jenis kayu buka batu dan tiles .
So lepas buat research saya nak cuba guna epoxy yang orang selalu guna untuk cat bilik air tapi kebanyakkan epoxy jenis glossy bukan matte saya nak yang matte finishing, almost give up juga tapi hasil godek shopee finally jumpa cat epoxy yang matte finishing.
Harga dia pon mahal berbanding epoxy yang gloss biasa – 1L around RM70 but seriously saya cakap sangat cantik hasil dia.
Untuk tangga saya yang 16 steps kecil 2 steps besar- ✅Warna hitam – 1 tin utk 2x layer (cukup2)
✅Warna Putih -2tin (sebab banyak layer untuk dapat finishing yang smooth dan cantik)
✅Undercoat – 1tin
EKSTRA TIP
Saya undercoat dulu semua 2 layer pastu baru cat colour..saya start dengan warna putih dan hitam..so sebabkan dia kena mix dengan hardener untuk tak nak bazirkan amount of paint, saya bahagi-bahagikan jumlah cat tu untuk mix dengan hardener..saya tak bancuh terus 1 tin sebab oncw dah mix dengan hardener kena terus guna sebab dia akan keras lepas tu..so nak jimat dan tak nak bazirkan duit dan cat saya bahagi-bahagikan ratio.
Sebelum cat saya bersihkan tangga dulu dan bagi kering then baru start undercoat untuk garisan-garisan tiles tu saya biarkan sahaja, bila dah cat dia tak nampak obvious sgt..cantik sahaja.
Saya buat sorang sebab saya pjj dengan husband saya,since sekali cat kena tunggu kering 8-12hrs so saya buat masa malam lepas anak-anak saya dah tidor, saya akan start dari bawah ke atas, besok bangun tidor dah boleh pijak.
Untuk siapkan tangga ni ambil masa 2weeks juga sebab kejap ada mood kejap tak ada mood hahaha but bila dah siap rasa membuah hasil.
Dah 11 bulan lepas saya cat tangga, alhamdulilah masih cantik lagi macam baru, belum ada kopek-kopek even saya pernah heret cabinet ikea yang besar dari bawah ke atas. colour pon tak ada pudar. Saya mop macam biasa tapi seminggu sekali sahaja.
Cons satu je bila tangga hitam ni,akan senang nampak berdebu..memang dia akan buat kita jadi rajin tapi kadang tak rajin pejam mata je la.
Sumber :Aina Syafiqka
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Rupanya Nak Anak Remaja Suka Bantu Buat Kerja Rumah, Begini Prof Ni Kongsikan Tipsnya!

Dulu masa anak-anak masih kecil tentu kita membayangkan jika mereka meningkat remaja, semakin mudahlah untuk mereka membantu kita di rumah.
Namun bila anak semakin membesar, lain pula jadinya. Tidak mudah juga rupanya untuk anak-anak ringan tulang membantu kita melakukan kerja-kerja rumah. Selagi tidak disuruh, selagi itu semuanya seakan ‘liat’ untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu, melipat kain, mencuci pinggan dan sebagainya.
Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada trik dan tips yang boleh dilakukan oleh anda untuk menarik minat anak-anak remaja ini melakukan kerja-kerja mengurus rumah dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Shima Mahiddin, beliau merupakan seorang pensyarah di UIAM dan juga merupakan pensyarah kanan di UPM. Malah mempunyai sijil hipnosis, hipnoterapi, magnetism for healing, nyata punya pengalaman luas untuk berkongsi ilmu.
Melalui postingnya terdahulu ada menyentuh tentang bagaimana didik anak remaja dengan penuh kasih sayang agar ringan tulang membantu ibu di rumah. Jujur kita katakan bukan mudah sebenarnya berdepan dengan anak-anak yang telah remaja, cabarannya jauh berbeza berbanding mereka masa kecil. Memang lagi mudah untuk dapatkan bantuan daripada mereka.
Menyedari senario ini, ada baiknya kita sebagai ibu bapa ketahui cara betul untuk mendekati jiwa anak remaja agar mudah mendengar kata dan sekali gus ringan tulang membantu kita pada bila-bila masa diperlukan.
Nak tahu detail, jom semak!
Saya percaya menjadi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin merupakan tugas yang paling sukar berbanding ketika anak-anak masih kecil. Jika tidak diurus zaman remaja mereka, fahamlah kita apa akibatnya.
Dikatakan pada zaman remaja, rakan-rakan dan media lebih berkuasa dalam hidup mereka. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas : ibu bapa adalah sangat penting dalam kehidupan remaja.
Remaja belasan tahun perlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana waktu mereka kanak-kanak juga. Jadi, bagaimana hari ini kita dapat bentuk mereka supaya mereka seronok untuk bantu kita buat kerja di rumah.
1. Agihkan Tugas
Lagi-lagi bila kita ada anak yang ramai. Maka, pengagihan tugas di rumah ni penting. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai ikut usia mereka.
2. Berikan Pujian
Siapa yang tak suka dipuji. Boleh kembang kempis hidung bila dipuji. Pujian dan kata-kata yang baik boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.
3. Banyakkan Bersabar
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Kita pun tak boleh nak harapkan mereka buat kerja rumah dengan sempurna. Jika ada yang tak kena, mahu tak mahu memang kena sabar. Dengan penuh kasih sayang kita perlu beritahu mereka kenapa perlu begitu dan begini.
Contohnya, anak remaja lelaki yang rajin membantu ibunya di dapur adalah “bakal dambaan suami setiap wanita” kerana dia lebih memahami susah payah seorang isteri bila berkahwin nanti. Dia akan menjadi suami yang lebih bertolak ansur bukan suami yang hanya tahu memberi arahan dan mengharapkan segalanya tersedia untuknya.?
Anak remaja perempuan pula, kita boleh ajak shopping bersama-sama membeli barang dapur dan memasak makanan feveret dia.
Dengan penuh kasih sayang dan puji-pujian kita boleh menyampaikan pesanan, bahawa suatu hari nanti walau setinggi mana pun dia belajar, hasil air tangan isterilah yang sangat suami dan anak-anak nantikan. Betapa istimewanya dia mempunyai kelebihan resepi masakan sendiri yang didambakan bakal calon suami.
Sumber : DrShima Mahiddin
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Bagusnya Ketumbar Untuk Wanita. Bukan Guna Untuk Masakan Sahaja Ye!

Biji ketumbar merupakan salah satu rempah yang biasa digunakan di dalam masakan. Begitu juga dengan daun ketumbar yang mana lebih biasa digunakan sebagai hiasan di atas makanan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya biji ketumbar mahu pun daunnya banyak memberi manfaat untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Ternyata akan terasa rugi pula jika kita tidak mengetahuinya. Jadi jom semak apa kebaikkannya.
Elakkan Lesu Ketika Haid
Biasanya wanita akan berasa tidak bermaya dan lesu ketika haid. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan merebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah.
Bahan-bahan :
1 sudu makan ketumbar
kunyit hidup besar ibu jari
1 sudu penuh asam jawa
1 sudu teh gula merah ( kalau takde gula merah lepas sejuk boleh tambah 1 sudu madu untuk rasa sedikit manis )
Cara Penyediaan:
1. Biarkan mendidih.
2. Setelah sejuk minumlah 2 kali sehari.
Mengatasi Jerawat
Manfaat biji ketumbar juga boleh digunakan untuk mengatasi jerawat. Jika Anda memiliki masalah dengan jerawat, atasinya dengan mengisar halus biji ketumbar dan campurkan dengan sedikit kunyit. Kemudian sapu rata pada bahagian wajah yang terdapat jerawat. Sebaiknya digunakan sebelum tidur.
1. Teh ketumbar untuk kurus
Haha. Bab kurus ja korang laju eih. Ketumbar bantu bakar lemak dan bagus untuk penghadaman. Lepas tu pulak dia control gula dalam darah dan kolestrol. Lepas minum ni kan, kejap ja badan dah rasa berpeluh peluh.
Ce bayangkan kalau korang minum tiap tiap hari sebelum breakfast? Mau turun 5-6 kilo karang. Dah la kos dia pun murah ja. Teh diet harga singgit ko. Yang tanam kat rumah lagi la, free terus.
2. Daun ketumbar boleh kecutkan jerawat
Hampas daun tu karang tak yah la buang. Campur dengan oat boleh, dengan tomato boleh, kemudian buat masker. Nanti terus kering jerawat kat muka. Daun ketumbar pun sebenarnya bagus untuk lembabkan kulit. Baru la terasa kulit tu bagai dispray spray dengan air.
3) Daun ketumbar untuk bibir merah bak delima giteww
Ni khas untuk sapa yang nak merahkan bibir. Lepas ni dah tak yoh tonyoh lipstik banyak banyak dah. Tonyoh ketumbar ja. Nanti karang dari jauh dah tersenyum manis menggoda, penuh dengan gula!
Caranya boleh ambil hampas daun tadi dan sental kat bibir sekali. Nanti boleh hilangkan kesan kusam sebab asyik tonyoh lipstik 24 jam. Biar 20 minit pastu bilas dengan air suam.
sumber :Basyirah Ahmad