Rungsing Anak Kurang Selera Makan, 11 Perkara Ni Ibu Kena Beri Perhatian!

Share

Mungkin ia bukan masalah yang melanda bagi ibu yang mempunyai anak remaja. Tetapi bagi ibu yang mempunyai anak kecil hingga sekolah rendah, ia menjadi satu masalah besar.

Bukan hanya masalah tidak mahu makan, malah masalah paling besar adalah memilih makanan. Mereka rata-rata punya selera sendiri. Kecenderungan untuk mengambil makanan tidak sihat yang terdiri daripada makanan segera, kaya garam dan gula memang tinggi.

Sebagai ibu, apa pilihan yang kita ada untuk memujuk anak-anak ini makan dengan berselera, mengikut jenis pemakanan sihat yang kita berikan? Sepuluh perkara ini ibu-ibu kena beri perhatian. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah minat mereka untuk makan.

11 Perkara Kena Beri Perhatian

  1. Warna: Warna makanan yang sama dan ‘dal’ boleh membuatkan anak rasa bosan dan tidak mampu menarik minat mereka.

2. Makan luar: Menyebabkan tumpuan anak pada makanan tidak sehebat ketika makan di rumah. Jadi kurang-kurangkanlah. Biarkan hanya waktu istimewa atau waktu-waktu genting supaya mereka dapat bezakan.

3. Makan tidak menentu: Menunjukkan teladan buruk seperti makan di depan televisyen mendorong anak melakukan perkara sama.

4. Snek: Pengambilan makanan ringan sebelum waktu makan membuatkan anak kenyang dan menolak makanan yang sepatutnya.

5. Waktu: Waktu makan yang berubah-ubah mengakibatkan anak keliru dan terpaksa menahan lapar untuk tempoh peralihan.

6. Paksa: Memaksa anak makan hanya akan membuatkan mereka hilang selera dan tidak menikmati sepenuhnya. Jangan paksa tetapi beri mereka pilihan.

7. Kritik: Komen negatif terhadap makanan di depan anak boleh mengekang selera kepada makanan tersebut.

8. Gangguan: Gangguan seperti alat mainan, televisyen dan sebagainya yang dibawa ke meja makan menyebabkan anak hilang minat untuk makan.

9. Marah: Berleter atau memarahi anak supaya menghabiskan makanan akan membuatkannya mereka takut dan menjauhi waktu makan.

10. Makan sendirian: Menyebabkan anak berasa waktu makan adalah waktu paling menyedihkan.

11. Tiada kepelbagaian: Makanan yang sama setiap hari menyebabkan anak tidak kurang menikmati aneka jenis diet. Jadi ibu kenalah kreatif ya. Jangan bosan mencuba untuk anak.