
Tiada sesiapa pun mampu menghalang usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew untuk terus berbakti kepada yang memerlukan bantuan. Terbaru muat naik perkongsian darinya di facebook menzahirkan rasa bersyukur dengan adanya Rumah Kasih Umat yang dikhususkan untuk dijadikan transit bagi anak-anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL.
“Doakan ye. Syukur pada Allah yang Maha Berkuasa dengan izinNya Rumah Kasih Umat dibuka. Rumah ini di Titiwangsa. Kami jadikan rumah transit bagi anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL dan sekitar. Buat yang memerlukan boleh hubungi 01170772380. Free tiada caj,” ujar Ustaz Ebit Lew.
Beri Keselesaan
Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Syukur ramai orang lain dah mulakan. Kerajaan baik persendirian.
Ini semua usaha kecil kita nak jadi sabahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai. Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. ALLAH Maha Penyayang. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita.
Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus.
Sumber : Ebit Lew
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Berkesan PdPR Cikgu BM…” Viral Surat Rasmi Aduan Bilik Berhabuk Anak Kepada Ibu, Bikin Netizen Terhibur.

Sejak pandemik, sekolah melakukan pembelajaran secara tidak bersemuka. Walaupun agak kekok pada mulanya sesi pembelajaran ini, namun sejak setahun lebih mengunakan pendekatan ini, ramai yang sudah menerima norma baharu ini.
Biarpun tidak ke sekolah, anak-anak tetap mengikuti pembelajaran di rumah. Apa yang menarik dengan perkongsian puan Syarifah Norini bt Syed Ali adalah mengenai surat rasmi yang dibuat oleh anaknya mengenai aduan bilik yang berhabuk.
Biarpun isi kandungan surat berkenaan agak lucu, secara tersiratnya guru yang mengajar anaknya telah berjaya melatih anaknya memahami format surat rasmi.
“Memang betul sebarang aduan akan dilayan jika bersurat..tapi kalau gini nak buat surat maklumbalas ke acaner ni,” luahnya menerusi perkongsian di facebook di sebuah group.
Menerusi perbualan dengan Majalah Keluarga Online, Puan Syarifah memaklumkan bahawa anaknya Darwisyah bt Anuar Kamarudin yang merupakan murid darjah empat telah menulis surat kepadanya apabila biliknya berhabuk.
Tak sangka dapat surat aduan
“Bukan home work tapi surat ni dia tulis kepada saya kerana komplain bulu kucing banyak dibiliknya,” jelas ibu kepada tiga rang anak ini.
“Sebelum ni memang dia asyik merungut dia tak larat nak lap hari-hari ada habuk dan bulu ningking. Tak sangka pulak dia buat surat.”
“Darwisyah memang tak tahan habuk tapi disebabkan rumah kami ada seekor kucing dan bulunya merata-rata dia tak larat nak lap.
“Sebab tu lah dia minta saya dapatkan pembantu rumah. Saya nak tergelak dia buat surat komplain tu. Saya pun kongsikan di facebook,” jelas wanita ini yang juga merupakan seorang guru sains sukan di sebuah sekolah menengah di Perak.
Tambahnya lagi, anak bongsunya ini merupakan seorang yang mempunyai cerewet mengenai persekitaran rumah dan diri.
“Dia paling banyak cakap dirumah ni dan banyak komplain. Semua dia nak komplain, meja senget,baju kecik dan kasut tak cantik. Ikut suka dia je,” jelasnya mengenai keletah anaknya itu.
Puji guru BM
Dalam pada itu, puan Syarifah memuji cara gurunya anaknya mengajar sehingga tahu menulis format surat rasmi.
“Suka saya tengok surat tu. Terharu saya hasil pdpr anak saya mampu menulis surat sehebat itu pada usia 10 tahun.
“Hasil gurunya mengajar. Anak saya pandai buat surat rasmi..tahniah pada cikgunya!
Ada peraturan tambahan dah
Ekoran telah menerima surat aduan berkenaan, Puan Syarifah memberitahu bahawa telah menetapkan beberapa peraturan tambahan di rumahnya.
“Saya hanya buat peraturan tambahan iaitu setipa hari pada waktu pagi kita mesti bersihkan bilik masing-masing dari habuk.antaranya lap meja study dan mop lantai.
Biasanya saya dan anak-anak gotong royong bersihkan dalam dan luar rumah secara besar-besaran hari jumaat pagi.”
Berkesan cikgu BM ajar
Netizen siap bagi jawapan untuk surat rasmi aduan berkenaan. Bikin lucu!
Sumber: Cikgu Sherry
“Saya Masih Ibu Dia Walaupun Tidak Melahirkan.” Kongsi Kisah Anaknya Bekas Banduan, Luahan Rasa Erma Fatima Menyentuh Hati Netizen.

Isi Kandungan
ToggleHati seorang ibu walau sekeras mana, namun apabila membabitkan hal anak secara automatik akan menjadi lembut. Tidak kiralah anak tersebut dikandung mahupun anak angkat.
Demikian juga dengan pelakon dan pengarah ternama tanah air, Erma Fatima yang ada berkongsi rahsia tentang anaknya di laman Instagram semalam.
Dalam entri terbaharunya, Erma mendedahkan kisah yang selama ini tidak diketahui umum. Rupa-rupanya, anak ketiganya bernama Ahmad Aifin, 21, pernah dipenjarakan sejak Mei 2016.
Menurut Erma, sebelum ini dia menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang serta memberikan ilmu pendidikan. namun siapa sangka dia diduga dengan ujian yang cukup berat. Disebabkan oleh percaturan pihak tertentu, anaknya itu kembali ke pangkuan ayah kandungnya.
“Ini anak saya yang ketiga. Dari umur dia satu hari saya pelihara dia. Saya berikan yang terbaik semampu saya. Sekolah, agama, kasih sayang, meskipun banyak kekurangan saya.
“Berbagai dugaan saya terpaksa lalui untuk besarkan dia. Dan satu hari atas percaturan orang tertentu anak saya kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hati saya ketika itu.
“Dan Mei 2016 saya mendapat berita dia ditangkap polis dan dipenjarakan,” kata Erma.
Dek kerana kecewa dengan peristiwa tersebut, Erma sekali pun tidak pergi melawat anaknya di penjara. Sehinggakan ahli keluarganya yang lain menyangka dia tidak lagi dapat menerima kehadiran anaknya.
Namun, sangkaan itu meleset kerana hati kecil Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad tidak mampu untuk menafikan betapa kasih dan sayang pada Ahmad Aifin tidak pernah berkurang. Kepulangan Ahmad Aifin ke rumah dari penjara disambut Erma dengan tangan terbuka.
“Semua di dalam keluarga saya menyangka saya dah buang dia dari hidup saya. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak-anak saya yang lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.
“Semua takut saya tak terima dia. Apa pun saya masih ibu dia walaupun saya tidak melahirkannya walaupun dia tinggalkan saya, hancurkan hati saya tapi saya tetap ibu dia,” ujar Erma lagi.
Sebelum memuat naik kisah tersebut, Erma bagaimana pun terlebih dahulu meminta izin sebelum berkongsikan pengalaman anaknya sebagai bekas banduan kepada orang ramai.
“Saya cakap saya tak pernah malu memiliki anak yang dikurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dalam hidup saya yang saya terpaksa tempuh.
“Saya berkongsi semua ini bukan kerana saya mahukan simpati, saya mahu berkongsi dengan semua anak-anak muda di luar sana tentang realiti hidup.
“Saya mahu keluarga yang memiliki anak-anak seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dari cerita saya ini. Itu saja, nanti saya akan cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara,” ujarnya lagi.
View this post on InstagramA post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
View this post on InstagramA post shared by Ermafatima (@ermafatima) on
Netizen yang membaca kisah tersebut rata-rata memberikan kata-kata semangat kepada Erma Fatima.
nicks_soganzi_ Hati seorang ibu.. Bagaimana, mcm mn pun seorang ank itu.. Dia adalah sebuah permata utk seorang ibu.. Hebat kak @ermafatima .. Ujian buatmu..
norainimspore put tears in.my eyes,no.matter what things do happpened and accept and support them to the fullest,love can conquer all
kierarahim The best mother in the world..balasan syurga buatmu kak inshaa allah amin
chanteq23 Alhamdulillah. Love of a mother conquers all…all are gifts from Allah swt yg maha ESA. Mendoakan dipermudahkan. Aamiin ?
mrslove9999 Keikhlasan hati mu dgn menulis coretan ini ….pagi ini air mataku menitis bederai ….itula realiti hati seorg ibu ??????Terbaik kak ema
farid_tajuddin92 Sebak , lebih kepada keikhlasan gadis tu.. ??? Buat Kak @ermafatima sekeluarga.. Semoga diberikan kebahagian buat akak sekeluarga
azie_sunami Org yang sedih baca status kak @ermafatima ..sesungguh akak erma mempunyai hati yang kuat ..walaupun sedih dan kecewa..akak tetap merindui ..Semoga akak ceria selalu ..
_natasha.lee i love u kakak , seriously minat cara kakak , bukan dari segi lakonan je sebab itu memang dah mantap , tapi dari sidat keperibadian kakak , mashaAllah , semoga pintu rezeki kakak terbentang seluas alam semesta , semoga keberkatan dari Allah sentiasa ada sepanjang kehidupan kakak , dan semoga syurga menanti kakak dan anak anak kakak
shida8394 setiap kejadian yg berlaku byk hikmah tersembunyi yg manusia tak tahu.itulah rahsia allah di atas percaturan ke atas hambanya
ctajak6971 Tabah ya anak kak erma ..setiap yg berlaku ada hikmahnya
Sumber: IG ermafatima
Potluck Raya, Buatkan Je Kek Oreo 3 Bahan Ni. Sedap & Mudah!

Masih mood berhari raya selagi namanya masih bulan Syawal. Mungkin ada yang merancang mengadakan jamuan potluck raya di tempat kerja namun masih buntu tentang menu yang ingin dibawa.
Apa kata sediakan sahaja menu yang ringkas ini dan dijamin digemari ramai.
CAKE OREO CHEESE GUNA 3 BAHAN JE
bahan-bahan:
biskut oreo ( 2 paket yang panjang tu )
200ml (anggaran 1 kotak kecik ) susu dutch lady coklat ( susu pun boleh )
cheddar ( kalau nak )
cara buat :
1. Blend hancur oreo sekali dengan krim biskut oreo tu.
2. Masuk kan susu coklat sikit demi sikit
3. Masukkan dalam bekas
4. Kukus 20 minit, tunggu sejuk , terbalik kanp arutkan cheddar dan letak coklat chip
DAN SIAP kurang 30 minit dan bajet rm10 je ( tanpa cheese )
Perghhh serius sedap . lembut gila aku tengok dok viral bubuh coklat cair tapi aku rasa macam manis sangat.
Jadi aku tukar dengan cheddar , dia ngam-ngam rasa tak manis sangat , lemak-lemak gitu.
selamat mencuba
p/s : untuk cake gambar ni aku guna dua bungkus oreo
Sumber : Nurul Diana