Rumah Tak Muat Nak Buat Stor Simpan Barang? DIY Rak Bertingkat Ni Boleh Membantu!

Share

Bila dah berkeluarga ramai ni, lagi-lagi bila anak semua dah meningkat dewasa, masing-masing nak ada bilik sendiri. Yang dulunya bilik stor, terpaksa la mak ayah mengangkut keluar barang, bagi keselesaan kat anak-anak punya pasal kan!

Kalau ada duit lebih boleh la tambah bilik kan, tapi kalau yang hidup bersederhana, kena la cari tempat baru nak simpan barang-barang dari dalam stor tadi tu.

Jangan risau! Syasya Safiyya ada penyelesaiannya! Jom ikuti perkongsian Puan Syasya buat transformasi dari tak ada tempat nak simpan barang, terus magik zappp siap pakej kemas lagi tempat simpan barang kita ni. Jom tengok!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Papan jenis plywood
Bracket – beli braket untuk aircond
Engsel
Kunci

Langkah buat stor:

1. Buat ukuran dulu panjang dan lebar stor barang yang hendak dibuat. Sesuaikan dengan keluasan dan ketinggian dinding.

2. Pasang bracket, saya guna bracket aircond. Harga satu dalam RM7. Berapa tingkat rak, ikut cita rasa.

3. Lekatkan papan plywood pada dinding menggunakan engsel.

4. Kemudian potong plywood untuk buat pintu menutup setiap tingkat/rak.

5. Cat stor dan pasang kunci untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan. Dah siap!

Idea ini juga boleh digunakan untuk membuat tempat menyimpan barang di dapur atau dalam bilik. Saiznya boleh dikecilkan mengikut ruang yang ada. Bagusnya tempat simpanan begini kerana ia tidak makan ruang serta dapat mengelakkan masalah barang bersepah.

Ada juga yang mencadangkan untuk dipasang damper cabinet (hydraulic) bagi memudahkan rak ini dibuka dan ditutup. Selamat mencuba!