Rumah Sentiasa Harum & Segar Dengan Bahan Semula Jadi Jer. Begini Caranya, Mudah & Sangat Membantu!

Share

Walaupun mengemas rumah setiap hari tetapi rumah kita hanya bersih daripada habuk dan kotoran sahaja tetapi tidak pula kekal harum aromanya.

Sebenarnya ada beberapa cara yang dapat mewangikan rumah dan rasa lebih segar baunya. Caranya bagaimana? Ada banyak cara yang kita kenal pasti supaya rumah kita tak berbau hapak dan busuk.

Cuba periksa beberapa perkara ini dan ikut langkah ini untuk pastikan rumah lebih berbau harum dan segar. Jom cuba!

Periksa Karpet
Sesekali periksa karpet di ruang tamu atau ruang makan. Adakalanya anda mungkin tak perasan anak tumpahkan air di atasnya. Mungkin ini puncanya bau hapak di rumah anda. Jika tiada bau sekalipun, sesekali jemurlah karpet pada cuaca yang panas. Tak perlu diangkat, rapatkan sahaja ke dinding tingkap. Pastikan kena cahaya.

Buka Tingkap
Ketika keluar rumah, pastikan tingkap dibukakan sedikit supaya adanya aliran udara yang keluar masuk. Jangan buka terlalu besar, cukup hanya sekadar melalukan udara. Cara ini buat udara lebih bersih dan bau pun kurang.

Udara Masuk
Walaupun rumah anda menggunakan penghawa dingin setiap hari. Sesekali dihujung minggu, bukalah tingkap untuk membolehkan udara segar masuk ke rumah. Cahaya panas yang masuk membolehkan bau dikurangkan.

Penyegar Udara
Kalau kita ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing di dalam rumah, wajib mempunyai pengegar udara. Cara ini sangat berkesan. Selain sentiasa memastikan kebersihan dijaga, perlu pasangkan penyegar udara ini supaya dapat mengurangkan baunya.

Cara Harumkan Rumah
Nak harumkan rumah kita senang sahaja. Setelah memeriksa mana-mana ruang yang berpotensi mengeluarkan bau kurang enak dan lakukan semua perkara di atas, anda kenalah pula menggunakan beberapa altenatif untuk kekal segar. Begini caranya.

#Petua 1 -Hirisan Daun Pandan
Sesekali rajinkanlah diri untuk menghiris daun pandan dan letakkan di dalam bekas terbuka. Sembur sedikit wangian dan biarkan di rumah tamu rumah kita. Jika malas, ambil sahaja daun pandan dan ikatkan kemas. Kemudian letakkan pada penjuru rumah kita.

#Petua 2 -Sembur Langsir
Bagi memastikan langsir sentiasa terjaga dengan cantik dan harum baunya, semburkan langsir dan seluruh fabrik dirumah kita seperti kusyen dan sofa dengan pewangi. Wangian berbentuk lemon atau ros antara yang serasi dengan bau rumah. Semburkan sahaja dengan kerap!

#Petua 3- Guna Lemon
Di ruang dapur, letakkan hirisan lemon di dalam segelas air dan biarkan sahaja ia mengeluarkan bau yang enak. Boleh juga diletakkan pada ruang-ruang lain jika anda suka.

#Petua 4- Lap Perabot
Satukan air bersama pelembut fabrik kemudian lapkan pada perabot di rumah kita. Bukan hanya dapat elakkan habuk yang melekat tetapi baunya kekal harum.

#Petua 5 – Udara Wangi
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, satukan tiga bahan ini iaitu pelembut fabrik, cuka dan juga air.

Kemudian semburkan sahaja pada seluruh rumah. Gabungan dua bahan ini memperbaiki udara yang lebih bersih dan baunya pun harum.