Idea bernas seorang wanita yang menghalang air banjir memasuki rumahnya dengan hanya menggunakan tanah liat dipuji ramai. Malah ramai yang mencuba dan ternyata berhasil.
Menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah dengan tanah liat bagi menghalang air banjir memasuki ruang rumahnya.
Difahamkan penghadang banjir itu adalah ideanya sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
Kepingan papan digunakan sebagai penghadang dan kemudiannya diletakkan tanah liat di sekelilingnya bagi menghalang air banjir separas buku lali.
Ads
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
Ads
“Selamatlah daripada mengemop lantai.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu,” kongsinya menerusi video.
Kredit foto: Sinar Harian
Perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Ads
Menerusi ruangan komen, tidak kurang warganet bertukar-tukar pendapat memberikan idea menggunakan material lain yang lebih kuat seperti silikon.
Tak kurang juga yang sudah mencubanya dan berpuas hati dengan hasilnya kerana air tidak masuk ke dalam rumah.
Sebagai ibu ayah kita terkadang alpa dalam memberi tumpuan kepada anak-anak dek kerana terlalu sibuk bekerja. Bahkan ada juga ibu ayah merasakan anak-anak sudah boleh berdikari dan tidak perlu lagi diberi perhatian mahu pun dibelai dan dimanja.
Perkongsian kisah daripada seorang bapa tunggal yang dikenali ramai di media sosial, Khairul Abdullah ini umpamanya sedikit sebanyak terkesan dihati kita semua. Memandangkan tidak dinafikan, dalam kita bekerja untuk mencari rezeki dan dalam masa yang sama kita seakan terlalu fokus pada kerja yang dibuat hingga anak-anak terabai dan terasa hati.
Ikuti perkongsian daripanya dan sama-samalah kita sebagai ibu ayah perbaiki diri menjadi yang lebih baik.
Photo by XPS on Unsplash
Aku tengah buat kerja sikit lepas isyak tadi. Tengah asyik bekerja anak bongsu aku datang dekat dan tarik tangan.
“Daddy, come and sleep with me.” sambil tarik tangan ajak aku teman dia tidur.
“5 minutes okay, I need to finish something.” Aku bargain dengan dia.
“But 5 minutes is a long time. 1 minute okay?”
“Okay.”
Aku pun sambung kerja sikit lagi. Terlupa dah 1 minit yang aku janji dengan dia tadi. Mungkin 10 minit lebih. Dia datang dan pegang tangan aku lagi.
“Daddy, come and sleep with me.”
“Why I need to sleep with you. You dah big boy kan?”
Aku tengah sedap dok jawab soalan dalam workbook kursus yang aku tengah attend beberapa hari ni. Tengah ada idea mencurah, sayang nak berhenti. So aku suruh dia tidur sendiri.
“I wanted to sleep with mommy. But she’s in the grave. I only have you.”
Panggggg! macam kena tampar.
Telan liur.
Insaf dan menyesal.
Kadang-kadang aku tak endah. Aku anggap semua dah ok. Aku anggap depa semua dah berdikari. Aku anggap bagi depa makan dan pakai tu dah cukup dah.
Aku lupa.
Depa tu anak kecil. Anak bongsu aku tu belum pun genap 4 tahun umurnya. Abang dia pun baru 6 dan 7 tahun.
Anak yang sukakan perhatian. Anak yang masih suka dipeluk dan diusap rambutnya. Anak yang suka dicuit geletek lalu terburai ketawanya. Anak yang suka dicium manja apabila diucap selamat malam kepadanya.
Kadang-kadang, terlebih fokus kepada kerja, lupa fokus kepada yang lebih utama. Anak-anak adalah amanah yang harus dijaga sebaiknya. Apatah lagi anak yang sudah hilang kasih sayang ibunya. Sangat tak patut aku calar-calar emosinya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kisah malang pasangan kembar, Mohd khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, itu diketahui menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, apabila mereka diundang sebagai tetamu jemputan.
Malah, kisah mereka turut dimuat naik oleh Dr Kamilin Jamilin di ruangan Facebooknya baru-baru ini.
Selepas bersama MHI di TV3 pagi tadi, saya bertemu dengan dua anak kembar ini Daniel dan Danish yang kebetulan slot mereka selepas saya. Betapa anak kecil ini berusaha menahan air mata ketika berbicara.
Saya peluk mereka, pesan supaya rajin-rajin mengaji, insyaAllah jadi orang hebat suatu hari nanti. Nabi kita pun kehilangan ibu ayah masa kecil lagi, tapi Nabi tetap berjuang sampai berbilion umat Islam kini.
Mereka berdua dijemput bersiaran langsung demi mencari ibu mereka yang tidak pernah mereka temui kerana telah meninggalkan mereka sejak kecil lagi. Mereka juga langsung tidak mengenali siapa ayah kandung mereka kerana telah “hilang” sebelum mereka lahir melihat dunia.
Kini mereka di bawah jagaan rumah anak yatim Pertubuhan Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam Selangor bersama 20 anak bertuah lain yang juga telah kehilangan nikmat ibu ayah.
Sayu mendengar kisah mereka di sana yang masih lagi bertatih untuk belajar membaca al-Quran dan belajar mengharungi hidup tanpa bimbingan dan senyuman orang tua kandung yang dirindui. Masing-masing ada masalah besar dan masalah sosial yang berpunca dari keluarga.
InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya bercadang untuk ke sana bersama anak-anak didik saya bagi memberi semangat anak-anak di sana mendekati al-Quran.
Buat mereka yang masih memiliki insan bergelar ibu ayah…
Hargailah nikmat ini yang terbesar di dunia. Dampingilah mereka sehingga mereka memejamkan mata meninggalkan dunia yang fana. Luangkanlah masa berbuka bersama mereka di kala detik paling bahagia buat mukmin yang berpuasa. Bersabarlah dengan mereka selagi hayat masih ada, kerana tiada kesabaran yang lebih mulia dari bersabar dengan orang tua.
Buat ibu pada Daniel dan Danish bernama Siti Norazimah binti Mohd Mazlan…
Jika anda membaca coretan ini atau ada melihat buah hati kembar ini di kaca TV siang tadi, kembalilah pada mereka. Rangkullah mereka selagi mereka masih bernyawa, merindui dan mengingati anda. Kelak anak-anak ini yang akan mendoakanmu dan menjadi sahammu tatkala anda bertemu dengan Tuhan-Mu.
Moga Allah mempertemukan mereka.
-Dr. Kamilin Jamilin-
Ibu pergi sampai sekarang tak balik ambil kami…
Difahamkan, kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu kandung ketika mereka berusia 9 tahun, manakala bapa mereka telah menghilangkan diri sebelum mereka dilahirkan lagi.
a
Mama datang la jumpa abang dengan adik…
Lebih memilukan, pengacara tersebut telah meminta dua beradik itu memberikan pesanan kepada ibu kandung mereka, namun belum sempat mulut berbicara dilihat air mata kanak-kanak itu telah terlebih dahulu mengalir.
Mungkin sudah begitu lama memendam rindu, pasangan kembar tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan ibu mereka yang sentiasa dinantikan tanpa jemu.
“Mak datang la jumpa dengan abang dan adik, ambil la adik dengan abang bawa balik…”
Itulah ucapan kembar tersebut sehingga membuatkan suasana di studio menjadi pilu dan dapat dilihat salah seorang pengacara tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata dua beradik tersebut.
Di akhir rancangan, mereka sempat menitipkan doa buat kesejahteraan ibu yang cukup dirindui, semoga dua beradik ini dikurniakan masa depan yang cerah dan dapat disatukan semula dengan kedua orang tua mereka.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya anak-anak yang paling suka kan. Tak perlu ke sekolah dan menghabiskan masa di rumah sahaja.
Tetapi jangan seronok dulu, ada pelbagai kerja rumah yang diberikan oleh guru melalui pembelajaran online dengan pemantauan oleh ibu bapa.
Bagi ibu bernama Ashikin Majid ini, dia menggunakan kaedah jadual harian kuarantin kepada anak-anaknya.
Jika ibu-ibu nak cuba praktikkan bolehlah lihat di sini, moga bermanfaat.
Dah dua minggu kuarantin…Kak Kin biakan je anak2 main..seronok dieorg…gado, saling menyayangi, caring… wah indah.. . start semalam Kak Kin sediakan jadual kuarantin…Bila ibu bertukar jadi guru…memang singa jela.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.