Rumah pusaka hampir dijual angkara penyewa yang tidak bertanggungjawab. Kecewa dengan keadaan rumah yang ditinggalkan macam ‘tongkang pecah’ pemilik kediaman akhirnya mengubahsuai rumah pusaka yang dimilikinya selepas dipujuk ahli keluarga.
Lokasi kediaman agak jauh dengan pemilik juga antara faktor rumah pusaka itu hampir dijual. Pemilik kediaman terpaksa berulang alik memandang pemilik kediaman tinggal di Kulim, Kedah manakala rumah dan tanah pusaka pula di Sungai Petani (kawasan kampung tetapi di dalam banda).
Rumah Pusaka Hampir Dijual, Rumah Rosak Bahana Penyewa
Namun Allah ‘beri jalan’ pada pemilik kediaman. Dengan bantuan adik ipar dan adiknya, mereka carikan kontraktor. Maka bermulalah projek untuk rumah pusaka itu dijadikan homestay.
Berikut hasil rumah pusaka yang telah diperbaiki kerosakannya. Terus berubah wajah.
Mereka yang lahir sekitar tahun 80an -90an mesti biasa menggunakan kamera yang menggunakan roll film yang dihantar ke kedai untuk ‘dicuci’ menjadi gambar. Namun kini bila terpandang negetif filem yang tersimpan elok dalam almari, teringat kita beberapa memori terakam indah suatu ketika dahulu. Kadang-kadang terfikir juga kalau dihantar ke kedai untuk dicuci, boleh ke lagi? Kalau boleh, berapa pula lah harga perkhidmatan tersebut.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara PERCUMA yang boleh anda buat dengan negatif filem tersebut menjadi ‘gambar’ dengan menggunakan apps di telefon. Cara untuk buatnya juga mudah sepertimana yang dikongsikan di fb Ruang Mahasiswa, dan bolehlah dipraktikkan.
Jadi ini langkah demi langkah yang boleh anda lakukan untuk jadikan negatif filem yang ada dalam simpanan menjadi gambar berwarna!
Langkah 1 : Download Apps PicArt & Ramini
Untuk lakukan proses ini anda perlu download aplikasi PiscArt dan Remini di Playsore.
Langkah 2 : Pilih gambar di negatif filem yang anda inginkan dan kemudian buka PiscArt. Pilih Effects kemudian Colors kemudian Negative
Langkah 3 : Anda juga boleh crop mengikut kesesuaian pada bahagian Tools sebelum anda SAVE gambar tersebut.
Pada tahap ini gambar masih kehijauan dan sebab itu juga kita memerlukan apps yang kedua untuk mencantikkan lagi gambar tersebut.
Langkah 5 : Setelah pilih gambar tadi, tick ikon berwarna merah di bawah. Anda akan dapat lihat perbezaan sebelum dan selepas.
Jika ingin cantikkan lagi warna gambar, anda boleh pergi semual ke Home di Apps Remini dan tekan ikon More dan pilih Colorize. Kemudian barulah anda akan dapatkan hasil gambar yang sharp dan cantik.
Pasti memuaskan hati dan bolehlah anda lihat gambar dari negarif filem yang sekian lama berada di dalam simpanan ‘dijelmakan’ dalam bentuk gambar berwarna.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tipulah kalau kata tak suka tengok orang yang berimej sopan dan menutup aurat dengan sempurna, kan? Tambah pula mengenali individu itu dengan personaliti yang baik dan jauh dari kontroversi, sememangnya patut menjadi contoh untuk orang ramai mengikuti jejaknya ke arah yang baik.
Kecantikan dan personaliti yang baik pelakon dan pengacara, Lisa Surihani semestinya tidak boleh disangkal lagi. Lebih-lebih lagi sekarang Lisa tampil dengan imej yang bertudung dan berpakaian sopan, bukan sahaja membuatkan ramai kagum dan memujinya. Malah tak kurang juga yang menjadikannya inspirasi dalam kehidupan mereka.
Baru-baru ini, Lisa memuat naik satu video di laman Tiktoknya memaparkan dirinya sedang dalam studio dan menjalani sesi fotografi. Beberapa pakaian turut diragakan dan yang menarik perhatian orang ramai adalah melihat kesopanannya dalam busana yang dipamerkan sepanjang sesi tersebut.
Belum lagi melihat telatahnya yang lawak spontan dan senyumannya yang manis, membuatkan orang yang memandangnya cair dek wajah lembutnya itu!
Meninjau di ruangan komen, ramai mengagumi wanita itu yang kekal istiqamah dengan imej sopan dan ada juga yang terinspirasi dengan imej yang dibawa oleh Lisa Surihani dengan menjadikannya contoh untuk diikuti.
Sesungguhnya Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada manusia melalui pelbagai cara. Dengan itu setiap insan perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.
Keterujaan untuk bercucuk tanam tidak membataskan saudara Azizul untuk memiliki kebun sayurnya sendiri walaupun tinggal di rumah kondo.
Bukan sepasu dua pokok ditanam olehnya malah banyak dan pelbagai, bahkan tanamannya hidup begitu subur.
Berkongsi info cara dan teknik yang dilakukan olehnya di sini, semoga dapat memberi inspirasi kepada anda.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah.
Salam semua. Saya kongsikan kisah kebun langit aras 34 ini. Mula-mula pindah kesini hanya ingin tanam pokok Alor Vera, kari dan pandan sahaja. Tapi apabila tragedi PKP/MCO tu projek merebak sampai jadi kebun langit terus.
Saya cuma tanam sayur yang senang untuk di jaga dan sedap untuk di makan. Contohnya Kailan jenis broccoli, pakchoi, bayam Brazil, daun sup da ketumbar. Kangkung, sawi dan bayam merah susah sikit, ia memerlukan ruang besar. Kalau tak sayur jadi kecil dan halus.
Pokok cili ada beberapa pokok dan jenis. Bug putih tu memang selalu menyerang juga walaupun duduk di aras tinggi ni. Tapi saya dah jumpa satu teknik. Saya sembur serai wangi bercampur sedikit cuka kayu.
Kaedah siraman, saya guna air recycle dari penyaman udara. Saya akan bancuh baja hidroponik A+B terus ke dalam tong air tu. Itu yang subur menghijau lain macam.Tak perlu angkut air dari bilik air.
Rack putih saya beli di Aeon. Rack grey saya beli di shoppe. Ia tahan karat dan untuk outdoor. Ada beberapa jenis sayuran yang memerlukan cahaya direct. Jadi ruang bawah tak berguna sangat kecuali pokok pudina yang santai tak perlu cahaya terang.
Tanaman saya juga ada beberapa yang kurang menjadi contohnya kunyit dan daun kesum. Susah betul nak kembang subur kat atas ni. Begitu juga pokok keladi. Saya akan tetap berusaha.
Saya akan elak menanam pokok yang akan menghasilkan daun kering. Nanti jiran bawah marah. Biasanya sayur sahaja akan diletakkan ditepi balkoni. Pokok cili, daun kaduk dan kunyit disusun disebelah dalam. Senang nak uruskan daun-daun yang kering. Biasanya sebelum daun kuning saya dah cantas.
Untuk masa akan datang, saya ingin mencuba tanam cekur manis dalam pasu panjang. Hehehe.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...