“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Share

Biasanya bagi orang yang makan gaji, sering memasang angan-angan agar suatu hari nanti bila pencen dapat menghabiskan masa dan menikmati kehidupan yang tenang dan damai di kampung dengan membina sebuah rumah yang serba serbi sempurna.

Pun begitu, jika berangan sahaja mana mungkin dapat direalisasikan. Untuk itu, ada baiknya baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad, pakar kewangan dan pelaburan berkongsi info tentang rumah persaraan. Semoga ianya bermanfaat.

RUMAH PERSARAAN KITA?
1. Jika ada impian buat rumah persaraan. Jangan tunggu bersara baru buat rumah atau beli rumah.

2. Beli saja rumah kecil atau sederhana dulu dari sekarang. Bila nak bersara boleh jual rumah itu, dapat duit maka binalah rumah impian. Ada perbezaan antara rumah kediaman dan rumah impian.

Photo by Breno Assis on Unsplash

3. Jangan guna wang persaraan untuk buat rumah, nanti akan habis sebelum kita tua dan susahkan anak menantu kita sahaja. Duit persaraan habis buat rumah agam idaman kita, tapi tinggal berdua. Jangan utamakan ego kita.

4. Kita harus ada tabung rumah sendiri dan bukannya datang dari dana persaraan kita.

5. Jangan amalkan juga beli rumah biarkan kosong, sebab dah bersara nanti baru nak duduk. Sewakan sahaja jika tidak ia tetap akan rosak juga atas faktor usia.

6. Rumah persaraan sebaiknya kecil sahaja. Ya kecil dan sebaiknya setingkat sahaja.
Makin besar rumah persaraan kita, ia telan banyak duit simpanan kita.
“Biarlah, bila lagi nak merasa”. Jika tak susahkan sesiapa sahaja, silakan saja. Jangan sampai anak cucu mengata kita susahkan mereka.

7. Menjaga rumah yang besar selain telan duit kita, ia perlukan banyak tenaga menjaga.

8. Jangan ada impian ada 10 anak perlu ada 10 kamar tidur. Kita bukan kerabat diraja Jawa yang kaya raya itu. Kita rakyat jelata sahaja.

Kawan kawan yang baik, Pasanglah impian ada rumah sendiri waktu mula kerja. Jika dah 5 tahun kerja belum ada rumah, semak semula kemana gaji kita. Rumah Bersara Biarlah Kecil, Selesa dan Sederhana.

Sumber : Azizul Azli Ahmad

 

ARTIKEL MENARIK:Jagung Manis Leleh, Paling Mudah Nak Buat & Paling Anak-anak Suka! 

LAGI ARTIKEL MENARIK :Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club