Rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas ‘powerbank’ lama miliknya meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama di rumahnya.
Menerusi akaun Tik Toknya, pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa ‘power bank’ yang meletup itu sudah lama dan tidak lagi digunakan.
Tambah cemas bila letupan itu menyambar kain langsir di bilik tidur utama mereka.
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi kesemuanya berlaku dengan begitu pantas malah proses memadamkan api menjadi sukar. Dia juga hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya sebelum pihak bomba datang menyelamatkan keadaan.
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.
Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my