Rumah papan yang dibina di gigi air ni tampak biasa sahaja sementelah tiada kelengkapan perabot mahupun perkakas elektrik yang canggih.
Namun kekemasan dan kebersihan membuatkan ramai yang memuji dan kagum dengan kerajinan pemilik kediaman ini.
“Sebenarnya saya membesar di sini namun kini ibu bapa dan kebanyakan adik beradik sudah tinggal di daerah lain. Ini kiranya rumah lama keluarga kami. Tetapi saudara mara saya masih ramai di sini.
“Saya yang memilih untuk tinggal di sini. Seronok dapat tengok matahari terbit, matahari terbenam dan dengar bunyi ombak hari-hari. Rasa tenang sangat.
“Lagipun lokasi perkampungan ini dekat sahaja dengan bandar Kudat. Kira-kira 11 minit saja. Dekat dengan hospital, klinik dan kemudahan lain,” ujar wanita berusia 28 tahun ini.
Asniah atau lebih senang disapa Yoona berkata,sejak kecil lagi dia sudah dididik oleh ibunya untuk melakukan kerja-kerja rumah.
“Dari kecil memang perangai saya macam ini. Bukan apa, saya tak suka keadaan yang semak. Saya mengemas rumah pun untuk keselesaan diri sendiri serta keluarga, bukan untuk tatapan umum atau content semata-mata.
“Alang-alang sambil buat kerja rumah, saya rakam video dan kongsi di TikTok untuk suka-suka. Saya bukan makan gaji, tanggungjawab sebagai surirumah tetap berjalan.
“Dia tanya, rumah macam ni tak boleh masukkan perabot ke? Sebenarnya boleh saja masukkan perabot, cuma belum ada rezeki. Kalau ada rezeki lebih, kita beli.
“Biarpun serba kekurangan namun saya tetap mementingkan kekemasan dan kebersihan,” ujarnya yang merupakan surirumah sepenuh masa manakala suaminya bekerja sebagai seorang ‘welder’.
Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia enam tahun ini menambah, dia begitu terharu dengan sambutan warganet yang tidak henti-henti memberikan komen-komen positif pada setiap perkongsian rumah papan milik mereka sekeluarga.
“Saya orang biasa, jauh sekali boleh dijadikan inspirasi untuk orang di luar sana. Apa yang boleh saya kongsikan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan.
“Kalau kita bersyukur, itu tandanya kita bahagia. Selain itu, sentiasa bermuhasabah diri dan jangan judge orang lain,” katanya lagi.
“Apa yang membuatkan saya gembira adalah apabila saya buka komen, setiap hari ia dipenuhi dengan doa-doa dan kata-kata yang positif daripada netizen.
@yoonachiee Reply to @saidahnafisah91 apa yg ada skg nie dh syukur 🥰insha-Allah klo ada rezeki nnti sis beli 🙏#rumahkusyurgaku #bahagiaitusederhana #alhamdulillah❤️ #orangkampung🔰 #sabahan #kudatcrew_fams #fypシ #fypシ゚viral #kitaupsamasama #gengnustan💞 ♬ original sound – YoonaChiee
@yoonachiee Reply to @dylahbella ok lae d kasi tenang 😁smpai anak trtdoe🤭apa2 tq🤗#fypシ #fypシ゚viral #bahagiaitusederhana #kitaupsamasama #kudatcrew_fams #sabahan ♬ original sound – YoonaChiee
Sumber: mStar online
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club