Rumah papan yang dibina di gigi air ni tampak biasa sahaja sementelah tiada kelengkapan perabot mahupun perkakas elektrik yang canggih.
Namun kekemasan dan kebersihan membuatkan ramai yang memuji dan kagum dengan kerajinan pemilik kediaman ini.
Meskipun tiada almari, pakaian yang sudah siap berlipat disusun kemas di dalam bakul, manakala perkakas memasak pula digantung di tepi dinding.
Berkongsi cerita dengan mStar, Asniah Abdul Halim berkata dia sudah menetap di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah sejak tiga tahun lalu.
“Sebenarnya saya membesar di sini namun kini ibu bapa dan kebanyakan adik beradik sudah tinggal di daerah lain. Ini kiranya rumah lama keluarga kami. Tetapi saudara mara saya masih ramai di sini.
“Saya yang memilih untuk tinggal di sini. Seronok dapat tengok matahari terbit, matahari terbenam dan dengar bunyi ombak hari-hari. Rasa tenang sangat.
“Lagipun lokasi perkampungan ini dekat sahaja dengan bandar Kudat. Kira-kira 11 minit saja. Dekat dengan hospital, klinik dan kemudahan lain,” ujar wanita berusia 28 tahun ini.
Asniah atau lebih senang disapa Yoona berkata,sejak kecil lagi dia sudah dididik oleh ibunya untuk melakukan kerja-kerja rumah.
Ads
“Dari kecil memang perangai saya macam ini. Bukan apa, saya tak suka keadaan yang semak. Saya mengemas rumah pun untuk keselesaan diri sendiri serta keluarga, bukan untuk tatapan umum atau content semata-mata.
“Alang-alang sambil buat kerja rumah, saya rakam video dan kongsi di TikTok untuk suka-suka. Saya bukan makan gaji, tanggungjawab sebagai surirumah tetap berjalan.
“Dia tanya, rumah macam ni tak boleh masukkan perabot ke? Sebenarnya boleh saja masukkan perabot, cuma belum ada rezeki. Kalau ada rezeki lebih, kita beli.
“Biarpun serba kekurangan namun saya tetap mementingkan kekemasan dan kebersihan,” ujarnya yang merupakan surirumah sepenuh masa manakala suaminya bekerja sebagai seorang ‘welder’.
Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan berusia enam tahun ini menambah, dia begitu terharu dengan sambutan warganet yang tidak henti-henti memberikan komen-komen positif pada setiap perkongsian rumah papan milik mereka sekeluarga.
Ads
“Saya orang biasa, jauh sekali boleh dijadikan inspirasi untuk orang di luar sana. Apa yang boleh saya kongsikan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan.
“Kalau kita bersyukur, itu tandanya kita bahagia. Selain itu, sentiasa bermuhasabah diri dan jangan judge orang lain,” katanya lagi.
“Apa yang membuatkan saya gembira adalah apabila saya buka komen, setiap hari ia dipenuhi dengan doa-doa dan kata-kata yang positif daripada netizen.
Rumahtangga bahagia itu, salah satunya datang daripada doa seorang isteri. Justeru, beruntungnya, seorang suami apabila sentiasa mendoakan dirinya dan keluarga.
Begitulah yang dikongsi oleh lelaki ini mengenai doa seorang isteri tanpa hijab.
MAKBULNYA DOA SEORANG ISTERI
.
Isteri WAJIB doa sungguh-sungguh untuk suami agar jadi PEMIMPIN yang terbaik untuk keluarga ini.
.
Jika bukan isteri siapa lagi untuk doakan suami. Jika sebelum ini banyak kebaikan yang ada pada suami kenapa hari ini kita mahu bicara keburukannya?
Bicara dan mengadulah kepada الله . Mengadu dengan penuh linangan air mata,dengan penuh keikhlasan. Mengadu kepada manusia adakalanya ia menyakitkan.
Sambil masak doa untuk suami, sambil basuh baju doa untuk suami. Sambil pegang tangan suami doa untuk suami. Tatap wajah suami, bicaralah dengan lemah lembut dan luahkanlah dengan linangan air mata.
Wahai yang bergelar isteri, bangunlah untuk 2 rakaat, doalah untuk suamimu saat dia sedang tidur:
“Ya الله ini suami saya, saya sayang dia lebih dari diri saya, banyak kebaikan dia untuk saya. Ya الله ampunilah segala dosa dia, jadikanlah dia suami yang baik, yang taat segala perintah-MU. Jadikan dia suami yang soleh, bertanggungjawab, penyayang, suami yang prihatin, suami yang baik terhadap isteri dan anak-anak.”
Isteri antara syurga atau neraka buat suami
Kredit :Muhammad Hassan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Makanan melekat pada kuali ketika menggoreng menyebabkan kita jadi geram kan. Lebih-lebih lagi apabila makanan tersebut contohnya ikan, habis hancur isinya. Walaupun minyak sudah betul-betul panas tetapi masih lagi melekat. Bukan itu sahaja, kesan tersebut agak sukar untuk dibersihkan.
Untuk menghasilkan gorengan yang cantik dan tidak melekat pada kuali, ikutilah petua-petua berikut yang dikongsikan oleh Pn. Norazmawati Md Yusof dari Terengganu.
Petua 1
Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan. Setelah minyak cukup panas, sebelum menggoreng sama ada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. InsyaAllah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.
Petua 2
Selain daripada garam, anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.
Petua 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.
Petua 4
Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tidak melekat.
Petua 5
Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insyaallah tidak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kita mempunyai cara tersendiri dalam mengekspresikan rasa kecintaan dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Begitu juga buat anak muda berbangsa Cina ini yang juga merupakan graduan Harvard, bangga menggayakan baju Melayu di hari konvokesyennya.
Memetik laporan di Sinar Harian, Andrew Loh, 35, mengambil keputusan untuk berpakaian baju Melayu ketika menghadiri konvokesyen tersebut kerana universiti tersebut menghargai nilai kepelbagaian mengikut kewarganegaraan, etnik, jantina, agama, budaya, bahasa dan banyak lagi.
“Kami ditempatkan di sini untuk membawa pengalaman sedia ada ke dalam kelas dan seterusnya mendidik rakan sekelas dan bersaing antara satu sama lain secara sihat,” katanya kepada WeirdKaya.
Lakar Sejarah
Anak kelahiran Selangor, ini telah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang menamatkan pengajian di dua universiti Ivy League.
Selain merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University, Andrew juga mengikuti pengajian dalam bidang Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Stanford University menerusi satu program berkembar khas.
Selain cemerlang dalam bidang akademik, dia juga fasih berbahasa asing seperti Arab dan Romania, hasil daripada penglibatannya dalam politik antarabangsa.
Baju Melayu Curi Tumpuan
Tambahnya lagi, baju Melayu yang dipakainya itu telah menjadi topik perbualan dalam kalangan rakan sekelasnya dan rata-rata memuji Malaysia kerana kaya dengan sejarah dan budaya.
“Pakaian saya membuktikan bahawa pelajar Malaysia di luar negara tidak pernah melupakan asal usul mereka.
“Anak muda Malaysia sayangkan negara mereka. Kami anak Malaysia. Kami amat berbangga menjadi rakyat Malaysia,” jelasnya.
Dalam pada itu, Andrew turut memberi penghormatan kepada dua wanita hebat dalam hidupnya iaitu ibu dan neneknya yang telah menjadi sumber inspirasi kepada kejayaannya hari ini.
“Pelbagai ujian dan rintangan semasa tempoh penjajahan Jepun di Tanah Melayu telah dilalui oleh nenek dan telah menjadikan dia seorang wanita yang kuat, optimistik dan tidak pernah mengeluh.
“Begitu juga ibu saya, diusia sembila tahun sudah mula bekerja bagi membantu menyara keluarga.
“Mereka menceritakan kisah-kisah tersebut supaya menjadi motivasi untuk saya berkerja keras. Kini cucu/anak lelaki mereka telah pun lulus dan ijazah yang saya perolehi ini adalah untuk mereka,” ujar Andrew.