Umpama dibadai Tsunami, begitulah yang dapat digambarkan keadaan kira-kira 100 buah rumah atas air di Kampung Forest, Sandakan, apabila musnah selepas dipukul ombak ekoran fenomena air pasang besar baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, difahamkan lebih 100 buah rumah musnah dan dianggarkan 500 buah rumah lagi terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar malam tadi di kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah.

“Rumah Ni Tempat Anak Kampung Belajar Mengaji…”-Tidak Terancam Dipukul Ombak, Rupanya Ada Kisahnya !

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.

“Rumah Ni Tempat Anak Kampung Belajar Mengaji…”-Tidak Terancam Dipukul Ombak, Rupanya Ada Kisahnya !

Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan.

Ads

Rumah Tempat Belajar Al Quran

Susulan berita yang mendukacitakan ini,  turut terpanggil saudara Muhammad Ruslee berkongsi kisah tentang sebuah rumah yang masih tegak berdiri meskipun rumah sekelilingnya banyak yang musnah.

Siapa sangka rupa-rupanya rumah yang ditanda dengan  anak panah ini adalah rumah tempat anak-anak kampung tersebut belajar mengaji.

Ads

“Rumah Ni Tempat Anak Kampung Belajar Mengaji…”-Tidak Terancam Dipukul Ombak, Rupanya Ada Kisahnya !

“Rumah yang ada anak panah itu adalah rumah akak abang ipar ana. Yang mana rumah ni adalah tempat anak-anak kampung kat situ datang untuk mengaji iqro & al-quran itulah rutin anak-anak kampung setiap hari.

“Ana terdiam , abang ipar ana dari semalam bertungkus lumus sampai kesiang bantu family ..akak nya adalah seorang guru ugama yang siang malam mendidik anak-anak kampung yang tinggal kat situ ngaji iqro sehingga naik Al-quran,” jelas Muhammad Ruslee di akaun facebooknya.

Ads

Tambahnya lagi, “Disekelilingnya habis bersih rosak akibat dipukul ombak semalam .Dan satu-satunya rumah kat tengah² tuh masih macam tuh…

“Ya Allah pelihara keluarga ni kerana siang malam mendidik ummah terutama anak-anak tanpa ada bayaran ….Ya allah ampuni keluarga ni..luaskan rezeqi mereka yang diuji saat ini ….Ya allah ampuni mereka campakkan kesabaran di atas ujian mu ini dihati semuanya..”

Sumber : Bernama & Muhammad Ruslee

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI