Bila menyentuh bab bagaimana hendak kekalkan rumah sentiasa kemas dan bersih sepanjang waktu. Tentu ada sahaja antara kita mengatakan seakan mustahil untuk dilakukan.
Lebih-lebih lagi jika punya anak kecil. Baru sahaja kemas ruang tamu, tidak sampai lima minit ruang lain pula bersepah. Sampai sudah, rumah terus terlihat bersepah di sana sini!
Tapi lain pula bagi pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil.
Ikuti perkongsian tip yang dipraktikkan agar kediaman kita juga dapat sentiasa kekal bersih, tersusun dan kemas sentiasa. Jom semak.
Ads
Ramai yang PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yang suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yang saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko-deko kemas macam tu…”.
Untuk pengetahuan, saya ada 3 orang anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yang saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:
1. Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sangat penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah-sepah, tapi tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.
Ads
2. Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah-sepahkan rumah kerana kanak-kanak bawah umur 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya untuk kemas. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula-mula susah untuk mereka akur, tapi percaya lah lama-lama mereka akan ikut.
3. Tetapkan peraturan yang objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yang mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.
Ads
5. Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Di sini kita kena sentiasa igatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dalam tempoh 1-2 bulan, anak-anak yang umur bawah 2 tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH-MARAH. Lama kelamaan mereka akan faham dan tak akan mengulanginya.
6. Peranan kita sebagai ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sebelum tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yang penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.
7. Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sebab letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yang bayar jam, seperti RM50 untuk 4 jam sebagai contohnya. Yang paling utama, konsisten dalam menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko-deko kita yang cantik tidak bertahan lama.
Nota: Semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana-mana pembacaan atau rujukan.
sumber : Fendi Isa VIA Kelab Dekorasi IKEA Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru kelmarin pelakon dan juga usahawan, Neelofa meluahkan rasa terkilan dek kerana ada individu tidak bertanggungjawab memuat naik wajah anaknya yang selama ini dirahsiakan oleh mereka.
Hari ini, sekali lagi Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir netizen yang tidak bermoral yang sanggup menyunting gambar anak lelakinya, Muhammad Bilal menggunakan gambar yang tular tersebut.
Luahan ini dikongsikan Neefola sendiri di Instastory di Instagram miliknya. Menurutnya, perbuatan menyunting gambar Bilal telah mengundang komen-komen negatif warga maya yang lain.
Neelofa turut menegur agar warga maya tidak melampaui batas semata-mata untuk memuaskan hati sendiri.
Dia juga memohon agar individu-individu ini untuk menjaga perasan ahli keluarganya dan baginya hanya ibu-ibu yang melalui fasa melahirkan anak pasti akan sedih apabila anak dijadikan bahan jenaka di media sosial.
Sememangnya perbuatan ini salah kerana menimbulkan aib terutama mangsa keadaan pula merupakan sorang bayi yang masih kecil dan tidak berdosa yang boleh dijadikan bahan jenaka.
Ramai yang tahu kepentingan menderma darah. Ia mampu membantu menyelamatkan ramai golongan yang memerlukan darah.
Sebagaimana kisah warga emas ini, sungguh inspirasi! Pada usia warga emas ini, dia tidak berkira untuk melakukan kebaikkan menderma darah kepada golongan yang memerlukan.
Memetik laporana, harian metro, Lim Kok Keong, 62. begitu komited menderma darah dan merupakan penderma aktif platelet aferesis dan setakat 17 Jun lalu, dia sudah menderma 321 kali darah platelet di Tabung Darah Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya akan terus derma darah platelet selagi termampu kerana mahu membantu menyelamatkan nyawa ramai pesakit yang memerlukan bekalan darah ini (platelet),” demikian iltizam Lim Kok Keong, 62.
Lebih mengagumkan, Lim sanggup menempuh kesesakan dari Kajang ke PPUM untuk rutinnya menderma darah platelet sebulan sekali.
Lim berkata, dia mula menderma darah platelet pada Disember 2002 dan inisiatif murni ini didorong keinginan membantu menyelamatkan nyawa ramai orang.
“Saya mempunyai empat buku rekod menderma darah termasuk pendermaan darah penuh yang akan disimpan sebagai kenangan.
“Sebelum derma darah platelet, saya terlebih dahulu menderma darah penuh sejak 1986.
“Pada Disember 2002, beralih menderma darah platelet. Pendermaan ini (darah platelet) boleh dilakukan dengan lebih kerap iaitu dua minggu sekali, maka penerima manfaatnya lebih ramai berbanding darah penuh yang boleh dilakukan setiap tiga bulan sekali,” katanya.
Lim antara 33 penderma yang menderma darah platelet melebihi 50 kali dan diraikan dalam program Hari Penderma Darah Sedunia peringkat PPUM, baru-baru ini.
“Setiap kali menderma darah platelet, saya berasakan ada perubahan pada diri terutama kecerdasan mental dan fizikal.
“Saya menggalakkan masyarakat supaya menderma darah kerana selain manfaat kepada kesihatan, mereka juga diberikan keistimewaan iaitu rawatan percuma di fasiliti kesihatan,” katanya.
Manusia tanpa sedar membina dirinya mempunyai karektor seperti pemalu, berani, diktator, bongkak dan sebagainya. Keadaan ini dipengaruhi dengan persekitaran serta cara didikan ibu bapa ketika kecil.
Karektor inilah akan membentuk sikap dalam diri. Malah melalui posting juga melambangkan personalitinya. Begitulah juga dengan perkongsian oleh pendakwah terkenal ini Ustazah Asma Harun yang menyentuh mengenai beberapa sikap individu ketika posting di media sosial. Apa pun beliau membuat penegasan bahawa ‘sentiasa jaga niat, buat sesuatu kerana Allah’. Deep!
Ikuti perkongsian.
Ada orang susah payah campur berdebar update status, tapi hanya dapat 2,3 like. Allah nak jaga hati dia, supaya kejar like Allah. Dia terus update, dia tak kisah dah walau kawan pun tak support .
Ada orang suka tinggalkan comment panjang di update status orang, kemudian ramai pula baca dan tersentuh. Baru dia faham, disitulah tempat dia berkongsi, bukan di status sendiri. Teruskanlah, pasti ada yang membacanya.
Ada orang dia tak pandai nak comment panjang, cuma tulis “terima kasih..” atau “Aamiin” atau “Moga Cepat sihat” atau cuma tinggalkan emoji 😭😁😢😊☺️🤭 dll. Dia kumpul pahala doa, tenangkan dan bahagiakan orang lain, lalu dia turut rasa bahagia.
Ada orang jarinya laju je scroll sampai tak sempat nak like, tapi dia gigih baca semua comment², kejap senyum kejap berkerut sorang2. Begitulah dia, lalu dia scroll pula fb comment yang dia suka atau dia tak suka. Boleh, namun pastikanlah yang bermanfaat.
Ada orang dia boleh nangis baca sesuatu berita atau cerita yang menyedihkan di FB, hatinya juga selalu tersentuh dengan kata motivasi, nasihat dan teguran, emojinya selalu 😭 nampak sebak. Namun tak lama selepas itu, dia tarik selimut atau layan tv. Dia mudah tersentuh dan menangis tapi susah berubah.
Ada orang status dia ramai yang like, comment dan share. Lalu dia rasa riyak, takabbur, Ujub, dan Sum’ah. Dialah yang paling rugi di antara semua di atas, nauzubillah. Namun dia juga boleh jadi yang paling beruntung, jika ikhlas.
Namun, siapakah yang lebih beruntung ?
Mereka yang baca, tulis, lihat dan dengar sesuatu ilmu, lalu mereka BERAMAL DAN BERUBAH.
Dimanapun kedudukan kita di atas, sentiasa jaga niat, buat sesuatu kerana Allah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak tercekik 'gummy mata' meninggal dunia. Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik mata meninggal dunia. Murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula 'gummy' mata dalam kejadian pada petang Selasa menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis.