Pengorbanan seorang isteri dan juga ibu dalam mengurus hal rumah tangga andai ingin disenaraikan memang tidak akan terhitung. Begitu banyak usaha dan perkara yang telah dilakukan demi memastikan suami dan anak-anak berasa selesa dan bahagia.
Umumnya istilah ‘Rumahku Syurgaku’ cukup difahaminya, dan atas sebab itu juga maka tidak hairanlah bilamana seorang isteri itu akan lakukan yang terbaik demi keluarga yang dicintainya.
Hakikatnya melunaskan tugas harian seorang isteri pula bukanlah semudah yang disangka. Setiap hari akan bangun awal untuk sediakan sarapan, sempurnakan keperluan dan kelengkapan serta pakaian untuk suami ke tempat kerja dan sekali gus mengurus ragam anak-anak sebelum ke sekolah.
Kemudian disambung pula tugasnya dengan mencuci pakaian, menyapu, memasak, menjemur dan seterusnya melipat kain agar semuanya nampak rapi dan terurus. Malah bukan hal-hal kerja rumah sahaja yang diambil berat, hatta hendak pastikan anak cemerlang dalam pelajaran pun isteri jugalah yang akan sabar menjadi ‘guru tusyen’ tak bergaji. Senang cakap, sebenarnya macam-macam seorang isteri ini telah buat, multitasking!
Jadi apa salahnya sebagai tanda penghargaan di atas apa yang telah dilakukan dan sebagai bukti cinta, suami hadiahkan sesuatu yang begitu bermakna. Ya, hadiahkan sebuah rumah!
Ads
Jadi jangan pening-pening kepala untuk uruskan hal pembelian rumah tersebut, ikuti sahaja program yang dilancarkan oleh EcoWorld melalui kempen HOPE* (Home Ownership Programme) iaitu program yang bertujuan membantu pemilikan rumah dengan dua kaedah pemilikan iaitu Help2Own (H2O)* dan Stay2Own(S2O)*.
Rumah Baru, Anak Beranak Suka
Andai kata anda sekeluarga sudah berkenan dengan rekaan rumah di EcoWorld, terus sahaja buat permohonan S2O*. Prosesnya cukup mudah dan sekali gus anda sekeluarga akan dapat merasai kegembiraan dan keseronokan memiliki kediaman baharu.
Jika masih ada yang belum jelas tentang skim S2O* ini, ia sebenarnya berkonsepkan sewa-milik untuk jangka masa hingga 5 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, anda sekeluarga bukan sahaja dapat menikmati semua kemudahan yang disediakan di EcoWorld, malah sedar atau tidak sebenarnya anda sekeluarga diberi ruang untuk mencari keserasian di kediaman baharu.
Ads
Bila sudah duduk rumah tersebut, baru kita tahu kebaikan atau kekurangannya. Dan dari situlah seorang suami yang juga merupakan ketua keluarga boleh buat keputusan dengan bijak dalam pemilikan rumah tersebut.
Bukan itu sahaja, umumnya bila merancang untuk beli rumah mesti bab kewangan perlu difikirkan lebih terperinci. Namun adanya kaedah S2O* ini tidaklah perlu anda menanggung komitmen utama walaupun hakikatnya telah tinggal di rumah baharu. Tiada pinjaman diperlukan, cukup sekadar membayar 3 bulan deposit sewa.
Peluang keemasan, syoknya!
Ads
Sekiranya seisi keluarga sudah pun berasa selesa menyewa di rumah tersebut dalam satu tempoh waktu dan mahu membelinya, sekurang-kurangnya 30% daripada wang sewaan sebelum ini boleh ditukar menjadi sebahagian daripada bayaran pendahuluan membeli rumah. Paling menarik, anda sebenarnya telah pun mengunci harga rumah tersebut di awal-awal lagi.
Sebagai contoh, jika harga rumah ketika anda lakukan proses permohonan S2O* adalah RM 600,000 dan pastinya harga kediaman tersebut akan meningkat untuk jangka masa 5 tahun akan datang. Mungkin boleh mencecah hingga RM 1 Juta. Namun, jika anda menukar status daripada penyewa kepada pemilik, harga yang ditawarkan kepada anda tetap RM600,000! Ini kerana anda telah mengunci harga tersebut.
Wow! Apa yang pasti memang hebat dan ternyata tawaran yang diberikan oleh EcoWorld ini bukan biasa-biasa. Rugi andai dilepaskan begitu sahaja, jadi usah tunggu lagi, tepuk dada tanya selera!
Melayari alam rumah tangga ada pasang surutnya. Ada manis ada pahitnya, ada masa bergurau ada masa bermasam muka.
Namun semua itu asam garam yang akan ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri. Hari ini genap 9 tahun Lan Solo dan isteri melayari alam rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan 4 cahaya mata yang comel. Menerusi laman instagramnya, Nur Sheila Hassim atau lebih mesra dengan panggilan Sheila memuat naik perkongsian tersebut.
MOHD RAZLAN.. . sila pastikan 9 thn lagi pon u pimpin tgn wanita yg sama! . Setia mencintai wanita yg sama.. . Sudi jatuh bangun bersama.. . Menjadi imam utk wanita yg sama.. .
Kekal bg report kat wanita yg sama.. .
Tak lalai utk bg nafkah pd wanita yg sama.. .
Memberi sepenuh perhatian pd wanita yg sama.. .
Share password dan pin atm pd wanita yg sama! .
Gado dan berbaik pon pd wanita yg sama.. .
9 thn kita jaga jodoh sama2.. .
I dgr ada jodoh lain.. .
Ko tunggu.. Aku beranak lagi thn depan.. ??? .
Selamat Hari Kita.. ???? .
Kpd yg berhasrat nk cuba2.. Jgn berani2 nk sondol k.. Aku sondol ko smpi dlm tanah!!! .
Nampak biasa-biasa sahaja tetap mendalam maksudnya. Apa pun selamat ulang tahun ke 9 Lan dan Sheila. Moga berbahagia hingga ke hujung nyawa.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Anak penyanyi terkenal Tomok, Arrian Shah Akid,10 tahun meraih perhatian wargamaya dengan aksinya sedang membuat ulang kaji bagi persediaan menghadapi ujian bahasa Mandarin.
Tomok dan isterinya, Ayu Abas menerusi hantaran terdahulu mengakui bahawa keputusan menghantara anaknya, Arrian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah sesuatu yang agak mencabar.
Tambahan pula pasangan suami isteri ini tidak tahu berbahasa Mandarin. Namun siapa sangka, anak sulungnya kini petah berbahasa Mandarin.
Tomok menerusi hantaran terbarunya menitipkan doa buat anaknya yang akan menduduki ujian kemahiran Bahasa Mandarin ataupun Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK).
Malah turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang membantunya menguasai bahasa Mandarin.
“Semoga berjaya arrian..ayah sentiasa doakan anak anak ayah berjaya dunia dan akhirat.”
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...