Rumah Kekal Kemas Walaupun Ada Anak Kecil, Ini Tip Mak Ayah Boleh Amalkan
Rumah kekal kemas walaupun anda anak yang masih kecil? Tiada yang mustahil! Mungkin anda yang memiliki anak yang masih kecil sering mengalami masalah rumah kerap bersepah. Bukan tidak dikemas tapi biasalah anak kecil, fitrahnya ingin bermain.
Sebenarnya pemilik rumah yang sentiasa kemas ini bukanlah melakukan kerja membersih dan mengemas seluruh rumah setiap hari. Sebaliknya mereka hanya melakukan beberapa kerja di bahagian tertentu untuk memastikan rumah kelihatan rapi dan bersih sentiasa.
Kekemasan dan kebersihan rumah adalah perkara penting yang perlu dittikberatkan meskipun kita mempunyai anak kecil di rumah. Hal ini kerana rumah yang bersih dan kemas menjamin keselesaan sekeluarga dan boleh menghindarkan dari bahaya serta penyakit.
1. KEMAS KATIL
Kemas katil dan bilik anda sebaik bangun tidur. Celik je mata terus lipat selimut tu jangan tinggal macam tu je. Selimut lah benda paling penting untuk katil kelihatan kemas.
2. SELEPAS BASUH BAJU TERUS LIPAT
Pakaian yang tidak diurus dengan baik selalu jadi punca rumah nampak bersepah. Jadi jangan biarkan baju kotor bertimbun dan jangan juga biar baju yang sudah kering dalam bakul tinggi menggunung. Setiap kali selesai membasuh terus lipat pakaian yang kering dan masukan dalam almari.
3. JANGAN BIAR SINKI PENUH
Sama juga dengan pinggan mangkuk, jangan biar ia memenuhi sinki. Basuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan.
4. AJAR ANAK MENGEMAS BARANG-BARANG PERMAINAN MEREKA
Boleh mula ajar anak-anak mengemas barang-barang mainan. Sediakan bakul khas untuk mereka mengemas barang-barang permainan. Latih anak-anak mengemas barang-barang permainan mereka setiap kali selepas bermain. Beri ganjaran pada anak-anak bila mereka berjaya mengemaskan barang-barang permainan sama ada dengan pujian mahupun memberikan makanan kegemaran mereka.
5. PASTIKAN KAUNTER DAPUR SENTIASA BERSIH
Selepas basuh, terus susun pinggan mangkuk, kuali dan periuk di tempatnya. Simpan juga baki lauk pauk dalam bekas berpenutup bukan di atas pinggan. Buang sampah setiap kali bakul penuh. Jangan biar tong sampah sampai berulat pula ya!
6. KEMAS RUANG TAMU SEBELUM MASUK TIDUR
Ruang tamu memang jadi tempat permainan anak-anak. Bantal kecil akan bertaburan begitu juga mainan mereka. Anda memang perlu mengemaskannya sebelum masuk tidur supaya sebaik celik mata pagi hari anda melihat ruang tamu yang bersih dan kemas.
Kredit foto (top image): Pexels