Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Akmal Nizam Salleh menerusi satu hantaran di Facebook tampil menceritakan rumah yang dibelinya telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan, dia telah membayar rumah kayu berkenaan.
Kejadian tersebut berlaku penghujung bulan Disember tahun lalu. Alangkah terkejutnya setelah mendapati rumah yang dibelinya hanya tinggal tangga batu sahaja.
KISAH ANGAN2 TAK MENJADI
Pertengahan tahun 2021 saya beli rumah kayu ni utk dibuka dan pasang semula di kebun. 3 hari lepas saya bersama sekumpulan tukang pergi utk buka. Malangnya dah tinggal tangga batu sahaja, rumahnya di curi orang…
Zaman banjir ni bukan setakat microwave ja org curi, Rumah pun orang boleh curi…
Laporan polis
Menurutnya laporan polis telah dibuat dan meminta pertolongan sekira ada mengetahui mengenai kejadian itu.
Dia juga berharap kejadian itu ada hikmah yang baik. Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa pelik kejadian yang menimpa lelaki itu. Bagaikan tidak masuk dek akal, rumah pula yang dicuri!
KISAH ANGAN2 TAK MENJADI
Pertengahan tahun 2021 saya beli rumah kayu ni utk dibuka dan pasang semula di kebun. 3 hari lepas saya bersama sekumpulan tukang pergi utk buka. Malangnya dah tinggal tangga batu sahaja, rumahnya di curi orang…
Zaman banjir ni bukan setakat microwave ja org curi, Rumah pun orang boleh curi…
Semoga Allah gantikan yang lebih baik… Aminnn
Sebelum kecurian
Selepas kecurian
Pelbagai spekulasi yang diberikan oleh warganet.
Luahan lelaki berkenaan itu dinyatakan di grup RKRDP MALAYSIA (Rumah kebun / rumah dusun / dangau / pondok Malaysia) telah mengundang pelbagai spekulasi yang dinyatakan oleh warganet.
Mereka seakan tidak keruan dan tidak percaya rumah kayu kena curi! Antaranya ada yang mengatakan ia dihanjutkan oleh banjir dan ada pihak ketiga.
Malah ada yang mencadangkan membina yang baru seperti rumah asal, namun pemilik mengatakan kos akan menjadi tiga kali ganda dan bentuk dengan air tangan tukang lama tidak sama. Berikut antara komen warganet.
UPDATE TERKINI
Update terkini daripada milik menjelaskan bahawa dengan bantuan sahabat dan anggota polis, kejadian itu dapat diselesaikan.
Menurutnya rumah berkenaan hilang namun duit pembelian dipulangkan kembali. Pada masa yang sama dia juga turut mendapatkan rumah kayu baru lain sebagai pengganti.
Moga urusah saudara ini dipermudahkan.
UPDATE
RUMAH DAN PELAKU DAH DAPAT DENGAN BANTUAN SAHABAT2 DAN ABAM PULIS. RUMAH DAN KAYU LEBUH, DUIT DAPAT BALIK FULL..
Sumber: Akmal Nizam Salleh
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club