Musim perayaan hampir tiba, pastinya ramai yang teruja untuk pulang ke kampung dan meraikan Syawal bersama keluarga tercinta. Namun, tidak dinafikan ada juga yang merungut tentang suasana kediaman di kampung yang panas, sehingga sanggup berhabis duit menginap di hotel demi keselesaan.

Situasi ini bukanlah rekaan, tetapi kisah benar yang dikongsikan oleh sebuah stesen radio swasta.

Seorang pemanggil, wanita yang mahu dikenali sebagai Anne, mengakui bahawa dia tidak boleh bertahan di rumah kampung kerana terlalu panas. Malah, setiap tahun dia memilih untuk tidur di hotel.

Rumah Kampung Panas, Wanita Ini Sanggup Berhabis Pilih Hotel

“Mana boleh duduk rumah kampung, panas!. Saya setiap tahun, tak boleh duduk kampung Rumah kampung atap zink, tak ada air-cond, ada kipsa je. ketibas! (panas)

Katanya, dia lebih selesa menginap di hotel kerana dapat bersiap dan bergaya dengan lebih selesa sebelum berkumpul bersama keluarga besar di kampung.

Ads

“Saya lebih selesa duduk di hotel, bukan saja sebab ada air-cond, tapi juga senang nak bergambar dan buat OOTD!” katanya tanpa berselindung

Menurutnya, keluarganya sudah lali dengan perangainya, namun dia tetap tidak pernah terlepas menyambut Hari Raya bersama mereka, termasuk memberi duit raya seperti biasa.

“Emak saya dah biasa dengan perangai saya. Walaupun saya perangai macam ni saya tak pernah ‘miss’  balik raya dan duit raya titop, penuh!”

Ads

Netizen Geram

Dalam pada itu, meninjau di ruangan  komen , rata-rata tidak bersetuju pendedshan wanita ini  seakan tidak menghargai suasana kampung. Antara komen sepert berikut

“Belikan la aircond, pasang kat rumah parents tu.. klu betul mmg panas, tak kesian ke parents berpanas sepanjang tahun dok situ.”

“Umah mak saya pun panas tapi kami pasang aircon kat 2 bilik.”

Ads

“Siapa perempuan ni. Nak tengok sikit muka dia macam mana.”

“Aku kalau jadi parent dia memang aku kecik hati…”

Fenomena ini menunjukkan bagaimana perubahan gaya hidup mempengaruhi cara generasi sekarang menyambut perayaan – antara nostalgia dan keselesaan moden, mana satu yang lebih penting?

Sumber: Radio era.je

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI