Perkongsian daripada seorang anak menantu yang berkongsi dekorasi rumah kampung di page Kelab Kaki Dekor menemukan satu kisah menarik untuk dikongsikan di sini. Apa tidaknya jika dilihat pada usia rumah kampung tersebut, siapa sangka rupanya telah menjangkau 100 tahun lamanya.
Pun begitu apa yang lebih mengujakan, keluarga ini mampu mempertahankan rumah tradisi ini kekal keadaannya, malah dihias cantik dan dijaga rapi. Mengetahui lanjut berkenaan rumah pusaka ini jom semak perkongsiannya.
Rumah kampung lama yang berusia hampir 100 tahun aje. Tetap gak nak dideko dengan mengunakkan barang IKEA, ssf dan kaison jugak.
Sharing rumah kampung MIL. Tahun ke 3 diberi amanah untuk menjaga dan membersihkannya. Simpan sini untuk kenangan. Ada rezeki sikit tahun ni nak tukar warna lain.
Menurut Fad Kusaini lagi, “Sekarang hanya MIL yang tinggal di rumah tu sendiri. Memandangkan kami sekeluarga tinggal tidak jauh dari rumah MIL memudahkan kami kerap berulang alik untuk melihat keadaan MIL selalu.
“Rumah tu sangat bermakna kepada kami sekeluarga kerana rumah itu dibina sendiri oleh arwah datuk suami saya. Kalau kita lihat zaman sekarang memang susah nak jumpa rumah kayu yang mempunyai ciri-ciri Melayu.
“Jadinya saya setiap kali perayaan memang saya yang akan mengambil alih tanggungjawap untuk menghias dan membersihkan keseluruhan rumah ini,”
sumber : Fad Kusaini