Rumah Dalam Kebun Sawit Dibina Dari Kayu Terpakai. Nampak Cantik & Mendamaikan. Ramai Tertarik & Beri Pujian!

Share

Siapa tak suka kalau rumah yang dihuni bersama seisi keluarga  nampak cantik, tenang dan membahagiakan, betul tak? Bila kita sudah ada rumah, tidak kiralah rumah jenis apa sekali pun mesti ada rasa di hati untuk menghias mengikut citasa peribadi dan pastinya sedap mata memandang.

Berkongsi konsep dekorasi sebuah kediaman yang dibina di dalam kebun sawit ini umpamanya cukup istimewa dan unik dirasakan. Rumah kayu yang diberi nama Teratak Youhana Aeysha oleh pemiliknya nampak begitu cantik dan sempurna di dalam kelasnya yang tersendiri.

Menurut Puan Zuraidah, rumah di dalam kebun sawit yang dibina sebahagian besar dari barang binaan terpakai. Rumah kami diberi nama Teratak Youhana Aeysha sempena nama allahyarhamah anak bongsu kami.

Tempat berehat sambil menunggu giliran untuk dipanggil kembali kepada Allah Yang Menciptakan. Home is where the heart is. This is our baiti jannati. Ringkas. Sederhana. Aman beribadah di dalamnya.

I was perplexed! I heard someone said “istana dia” before. I get positive comments that say “cantik” “tenang” “mendamaikan”. Alhamdulillah. Memang itu pun yang saya rasa. Some even said “nampak mewah” “macam resort mewah”. This word “mewah” buat saya tertanya tanya. This is not part of it.

Konsep teratak Youhana Aeysha ialah ringkas dan sederhana seadanya sebab I have really limited budget. I went to search high and low, semata mata untuk tidak bebankan suami dan diri sendiri. Saya juga telah rendahkan my expectations. Turunkan my citarasa so that we do not exceed the budget.

Tak tahulah bagaimana nak explain… People said ” I have expensive taste” Tak dinafikan, indeed I love expensive things. Tapi tak beli most of the time.

Most things people see adalah barangan terpakai. Kami mampu takat tu saja dan kami buat jiwa kami selesa dengan takat itu saja. We do not go for expensive stuff tapi kadang tu Allah buka jalan entah macam mana sehingga en somi cakap, “taste mi ni mahal mahal, dah kahwin dengan mi barulah bi belajar makan makanan macam ni dan beli barang barang macam ni” walhal tcer jalani gayahidup simple sederhana saja.

Tcer tak selesa dikaitkan dengan citarasa mewah. I go for quality. Itu lah saya. Kualiti biasanya dikaitkan dengan mahal. Sedangkan kualiti sebenarnya ialah paling murah dan menguntungkan bila dibahagi dengan jangkamasa panjang. Melabur pada kualiti ialah pelaburan bijak.

Teratak Youhana Aeysha dibina dari kayu terpakai, nampak buruk tapi kualiti kayu lama jauh lebih baik berbanding kayu baru yang asasnya nampak cantik. Perabot kami perabot lama yang sudah berusia puluhan tahun, masih tegap dan tak perlu lah kami beli perabot baru. Jimat banyak dah di situ. Kita guna perabot untuk apa? Bukan nak tayang minta orang puji kan? Tapi nak guna ia untuk mudahkan urusan kita. Konsepnya itu.

Oleh itu apa perlunya mengganti perabot di rumah setiap tahun? Sedangkan yang lama masih boleh diguna. I do not follow trend. I set my own trend. Orang lain tak suka. I do not mind at all. I think “being you” is mahal. Being just the best and unique version of you itu mewah dan ekslusif. Not following trend is freedom and freedom is indeed very expensive!

Teratak Youhana Aeysha is just that. A place where freedom is realised. Freedom to choose. Freedom to be just the real you. Freedom to express the real you inside out. Freedom to be different.

 

Saya tak suka dikongkong oleh “human expectations” It kills me! In fact it almost takes my life away once.

Meninjau di ruangan komen, warganet ramai jatuh cinta dengan konsep yang dijelmakan oleh tuan rumah.

Sumber : Zuraidah Zainul Abidin

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club