
Inilah yang dinamakan rumahku syurgaku. Melihat dari jauh rumah ini memang menyejukkan mata. Sekeliling rumah dipagari dengan pokok bunga.
Halaman rumah yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok nyata kelihatan lebih berseri. Lebih menarik pandangan mata tanaman jenis berbunga beraneka bentuk, corak dan berwarna-warni.
Lebih mengujakan apabila kelihatan susun atur pokok bunga ini penuh kreatif. Pasu di susun dengan kemas di halaman dan luar rumah. Rumah dipagari pokok bunga.
Sekali imbas, bagaikan berada di taman bunga. Tenang jiwa kala berada di persekitaran ini.
Perkongsian mengenai halaman rumah ini telah menarik perhatian ramai sehingga lebih 17K share menerusi facebook milik saudara Rizal Hakimm Punyer.
“Cantiknya rumah owner. Ini mesti petang-petang owner habiskan sejam dua dok belek-belek tengok pokok bunga.”
PUJIAN NETIZEN
Rata-rata netizen memuji cara tuan rumah dan sikap rajinnya. Bukan calang-calang mampu menghabiskan masa untuk memastikan pokok bunga sentiasa mekar dan kekal cantik.
Rupanya, menerusi komen, didapati tuan rumah adalah Puan Raja RitaNiza. Malah beliau memberitahu, rumahnya turut menjadi lokasi shoting drama. Wow, hebat!
‘Tak jemu mata memandang’.
Moga jadi inpirasi!
Kredit: Rizal Hakimm Punyer via VIRAL Media Johor
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Hargai Isteri Bantu Kewangan Suami, Rela Gaji Habiskan Untuk Anak, Berhempas Pulas Sama-Sama Cari Rezeki.

Hargai Isteri Bantu Kewangan Suami, Rela Gaji Habiskan Untuk Anak, Berhempas Pulas Sama-Sama Cari Rezeki.
Kehidupan pasangan suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Hidup susah senang bersama-sama.
Sanggup berhempas pulas untuk memastikan anakm-anak mendapat keperluan terbaik. Malah ada isteri sanggup keluar bekerja untuk membantu menampung perbelanjaan rumah bagi membantu meringankan beban suami.
Benar, tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan isteri dan anak-anak, namun keadaan situasi sekarang ini ramai isteri memilih untuk menambah pendapatan keluarga.
Sesungguhnya seorang isteri itu tidak berkira dan sanggup berhabis gajinya untuk anak, jadi para suami hargailah isteri dengan sebaiknya.
Sebagaimana perkongsian ini menyentuh betapa isteri tidak berkira untuk membantu keluarga.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
ISTERI PENYUMBANG TERBESAR EKONOMI KELUARGA TAK BERKIRA HABISKAN GAJI

Zaman sekarang ni, isteri juga penyumbang terbesar dalam ekonomi dan kewangan keluarga.
Isteri juga bayar bil, isteri juga beli barang dapur, isteri juga isi minyak kereta, isteri juga bayar ansuran rumah.
Isteri juga bayar “hutang-hutang” suami.
Suami “terpaksa” bergantung pada ehsan si isteri dlm menampung kos sara hidup setiap bulan.
Bila dah jadi macam ni, seharusnya suami perlu ada rasa terhutang budi pada si isteri. Si isteri dah meringankan hampir 50% daripada bebanan komitmen si suami maka :
– Berbuat baiklah dengan si isteri.
– Layanlah si isteri dengan berhemah.
– Jangan tinggi suara & bersikap kasar dgn isteri.
– Fahami keterbatasan isteri dlm melayani suami.
– Bantu isteri melakukan kerja2 rumah.
– Bantu isteri menguruskan anak2.
– Hulur dan bagi juga duit kpd isteri sekadar kemampuan yg ada.
– Ambik tahu apa yg isteri beli, apa yabg isteri bayar, apa yg tak cukup dlm rumah.
Jangan bersikap sambil lewa dan selesa dgn bantuan kewangan yg dihulurkan isteri. Zaman makin mencabar, barang makin mahal, kos hidup makin tinggi.
Kalau hidup bergantung pada dua pendapatan, maka jaga hati dan perasaan empunya pendapatan seorang lagi.
Dia wanita yang berusaha untuk buat yang terbaik demi keluarganya.
Sumber: Firdaus Shakirin
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Buat Tabung 52 Minggu dan Tabung “Suamiku Kaya”, Idea Kreatif Wanita Ni Memang Awesome!

Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis
“Sebagai Anak, Boleh Guna Ikut Suka Apa Saja Kepunyaan Ibu bapa. Tapi Bila Sendiri Punya Belum Tentu….” Jadikan Renungan Bersama!

Apabila kita ingat kembali ketika masih kecil, betapa besar pengorbanan yang dilakukan oleh ibu ayah untuk membesarkan kita. Setiap hari mereka sibuk mencari rezeki dan harta untuk memberi keselesaan dan kesenangan kepada anak-anaknya yang tercinta tanpa ada sedikit pun perasaan ‘berkira’. Semua haknya adalah milik anaknya juga!
Namun bila anak tersebut sudah dewasa dan punya kehidupannya sendiri, adilkah ibu ayah tersebut merasakan diri mereka seakan dipinggirkan dengan penerimaan dan layanan yang diberikan oleh anak-anak mereka?
Ini sepertimana kisah yang dikongsikan di facebook Suamiku Imamku Isteriku, semoga membacanya dapat menjentik hati dan mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang tahu berbakti kepada orang tua kita, insyallah.
Bezanya ibu bapa dengan anak-anak
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibubapa. Makan apa sahaja. Tengok siaran tv ikut suka. Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka..
Tapi,
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak-anak. Tak boleh masak sesuka hati Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka…Buat apa sahaja ikut suka.. Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa..
Begitu juga…
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak. Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah. Kalau rosak semua ibubapa tanggung..
Tapi..
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah. Takut langgar lah. Takut calar lah. Kalau guna pun, pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak-anak.
Itulah bezanya ibu bapa dengan anak-anak. Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak.
Tetapi anak-anak belum tentu mengasihi ibubapa….
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa
Mereka ada masa untuk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka…
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak..
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada
Tetapi..Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta…
Bila isteri bercerita anda tahu apa yang isteri mahukan. Tetapi bila ibubapa bercerita anak-anak buat tak faham apa yang ibubapa mahukan..Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibubapa takut anak akan terasa.
Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti, insyallah..
Sumber: Suamiku Imamku Isteriku
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club