Berita

Rumah Biru ‘Sign Off,’ Pemilik Kediaman Berpindah, Tiada Lagi Rumah Berlatarkan KLCC, Bakal Jadi Memori

Share

Rumah Biru ‘sign off,’ pemilik kediaman berpindah, tiada lagi rumah berlatarkan KLCC, bakal jadi memori. Sebuah rumah yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Biru sering menarik perhatian ramai.

Rumah Biru ‘Sign Off,’ Pemilik Kediaman Berpindah

Kerap muncul dalam iklan raya, drama dan filem seperti Adnan Sempit serta Abang Long Fadil, rumah ini punya nilainya yang tersendiri. Rumah Biru ini dikatakan berusia lebih 80 tahun menjadi tarikan orang ramai di Kampung Baru. Binaan asalnya dahulu dikatakan agak tinggi kerana kerap banjir telah diubah suai menjadi rendah oleh pemilik.

Biarpun ia berpenghuni, ramai pengunjung yang datang dari seluruh pelosok negara mengambil peluang bergambar dengan pemandangan cantik berlatarkan pencakar langit dan mercu tanda negara, Menara Berkembar Petronas.

Tiada Lagi Rumah Berlatarkan KLCC, Bakal Jadi Memori

Bagaimanapun rumah yang sudah didiami oleh pemiliknya selama 40 tahun ini bakal menjadi memori. Menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik rumah berkenaan memberi bayangan bahawa tiada lagi rumah biru tersebut selepas. Ia untuk memberi laluan kepada projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah biru.

Difahamkan, Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur akan mengambil masa kira-kira empat tahun bagi menyiapkan projek berkenaan.

“Kampungku Kampung Baru, Kuala Lumpur di Jalan Salleh. Kini telah berakhir menetap di sini dari tahun 1984 hingga 31 Mei 2024,” katanya.

Berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat yang menjadikan ia sebagai lokasi bergambar, pemilik rumah ‘legend’ di Kampung Baru itu juga berharap dapat kembali ke tanahnya.

“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh tiga atau empat tahun dengan harapan selepas ini, kami pulang semula ke tanah ini,” ujarnya.

“Jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir secara rasmi mahu pun tidak ke rumah kami untuk bergambar. “Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut. “Rumah Biru sign off.”

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih kerana satu-satunya kampung di tengah bandar mungkin akan dirobohkan.

Ada juga yang menitipkan pesanan agar rumah itu dikekalkan dengan ciri kampung yang sama selepas ini.

Kredit: Shafiq Abdullah

Baca artikel lain juga: Bilik Rumah Kampung Dinding Papan, Lepas Makeover Terus Nampak Wow

Dekorasi Dapur Rumah Kampung Hasil Bertukang Sendiri, Air Tangan Wanita Ini Memang Terbaik

 

 

Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.

Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my