“Sedih tengok dulu dan sekarang..saya rasa pernah terbaca majalah URTV dulu tapi tak ingat tahun bila dia pakai baju ni bergambar atas tangga..masa saya sek rendah rasanya tahun 1990 kot..ni urtv keluaran raya. Kalau dipulihkan kembali rumah nostalgia ni..alangkah bagus.”
Itu antara komen warganet susulan satu perkongsian yang memaparkan keadaan terkini rumah penyanyi, Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘I Love Pahang, beberapa keping gambar yang dikongsikan menunjukkan keadaan terkini rumah bekas penghibur nombor satu Asia, terbiar dan dilhat amat menyedihkan.
Jika dahulu, rumah yang terletak di Kampung Tok Embun, Temerloh, Pahang itu sering dikunjungi peminat, rakan artis mahu pun wartawan, namun kini siapa sangka keadaannya hanya tinggal tangga batu sahaja.
Ketika hayat Sudirman, rumah berkonsepkan kampung itu sering dijadikan lokasi merakam kenangan.
Namun meninjau diruangan komen, warga Pahang sendiri berasa sedih melihat keadaan rumah tersebut yang terbiar begitu sahaja hingga semak samun.
” Beginilah keadaan terkini rumah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad di Kg Tok Embun, Temerloh, Pahang.
” Rumah ini ditinggalkan sepi sehingga dipenuhi belukar selepas musnah dalam satu kebakaran pada tahun 2008.
” Belum nampak sebarang usaha dari pihak berwajib untuk memulihara kembali rumah legenda seni tanah air ini,” catat warganet yang menyatakan kekesalan kerana rumah itu tidak dikawal selia dan dipelihara oleh pihak berwajib yang seolah-seolah Sudirman tidak pernah berjasa kepada negara.
Fakta Berkenaan Allahyarham Sudirman Yang Mungkin Ada Belum Tahu
Ads
-Tarikh 22 Februari setiap tahun menjadi detik pilu apabila negara kita kehilangan sebutir permata bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad.
-Sudirman terkenal dengan julukan The Singing Laywer punya keperibadian yang disenangi oleh semua, terutama peminat Allahyarham.
-Dilahirkan di Pahang pada 25 Mei 1954. Nama Sudirman diilhamkan oleh nama seorang pahlawan Indonesia, Soedirman.
-Nama manja/panggilannya adalah Cokman dan merupakan anak bongsu dari 6 adik beradik.
-Penyanyi pertama Malaysia memenangi anugerah Penghibur Terbaik Asia dalam pertandingan Anugerah Muzik Popular Asia pertama yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London pada 19 Mac 1989.
-Merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya. Beliau diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun memilih nyanyian sebagai kerjayanya.
-Lagu One Thousand Million Smile dirakamkan dan dipasarkan di Eropah. Rakaman lagu tersebut dijalankan di studio Abbey Road dan dipilih sebagai lagu Tema Malaysia semasa Hari PBB.
Ads
-Pernah menyanyikan lagu yang ditujukan khas buat Allahyrham Saloma berjudul ‘Mama’.
-Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘ Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam terhadap peminat.
-Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan jenama ‘SUDI’ serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.
-Johan Bintang RTM ini telah meninggalkan momen hebat dengan mengadakan Konsert percuma di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986 dengan dihadiri lebih 100 ribu pengunjung. Kejayaan konsert tersebut tercatat dalam Malaysia Book of Records.
-Sudirman pernah dilabel sebagai seorang ikon fesyen kerana menjadi penyanyi yang memberanikan diri memakai sepasang pakaian Melayu lengkap satu warna dengan songkok. Ertinya kalau pakaian Melayu itu berwarna biru, songkoknya juga berwarna biru.
-Mendirikan rumh tangga dengan Kamariah Jamaluddin ataupun Kay yang merupakan cinta pertamanya pada 14 Februari 1981.
-Sudirman pernah memberitahu rakan karibnya, pelakon dan penyanyi Noor Kumalasari, bahawa Kay adalah cinta pertama dan terakhirnya. Oleh kerana itu, apabila mereka berpisah 3 tahun selepas mendirikan rumh tangga atas alasan tiada persefahaman, menurut Noor Kumalasari ia memberi impak hebat kepada sahabat baiknya itu.
-Cerita Noor Kumalasari lagi, hanya selepas 2-3 tahun selepas perceraian, barulah Sudirman menaggalkan cincin perkahwinannya.
Ads
-Sudirman meninggI dunia pada tarikh 22 Februari 1992, pukul 4 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham disemadikan di Temerloh, Pahang. Kira-kira 2 ribu orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
Mengurus keluarga dengan lebih baik tentunya banyak perkara atau benda perlu kita sebagai isteri dan ibu lakukan. Daripada bangun pagi hinggalah ke malam hari, ada sahaja perlu dibuat.
Akhirnya tanpa sedar membuatkan seorang isteri atau ibu itu berasa terlalu letih bukan sahaja fizikal malah emosi turut terganggu.
Apa yang pasti, masalah keletihan yang dialami oleh wanita ini juga sudah begitu kerap ditemui oleh Dr. Roslin di kliniknya dan ini perkongsiannya semoga bermanfaat.
Setelah sekian lama bertugas tanpa bercuti, alhamdulillah minggu ini saya dapat bercuti rehat. Cuaca yang sejuk dingin semalam cukup menenangkan. It was the perfect weather to just sit down with a cup of coffee and a good book. Foto ini menggambarkan mood santai saya minggu ini dan foto ini saya tujukan khas buat semua kaum ibu.
Hampir setiap minggu saya akan bertemu golongan ibu yang mengalami “burnout”, sama ada keletihan fizikal mahupun keletihan mental. Ramai diantara kita yang cuba menjadi the perfect wife, the perfect mother, the perfect teacher.
Akibatnya, ramai diantara kaum ibu yang mengadu tangan pedih, kekeringan dan kemerahan disebabkan oleh terlampau banyak mencuci pinggan. Ada segolongan yang mengadu sakit belakang kerana terlampau banyak melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu dan mengemop lantai. Ada sekumpulan lagi yang mengadu sakit-sakit badan dan bertambah berat badan kerana tiada masa untuk melakukan senaman. Ramai juga yang mengadu sakit kepala dan stress akibat memikul terlampau banyak tanggungjawab secara bersendirian.
Do not do everything yourself! Inilah nasihat saya setiap kali. Mohon bantuan suami untuk membantu membasuh pinggan ataupun membantu kerja-kerja rumah yang lain. Ajar anak-anak untuk mengemas dan membantu di dapur, tidak mengira sama ada anak perempuan mahupun anak lelaki. Ajak suami dan anak-anak untuk keluar bersenam bersama-sama.
Sekiranya anda cuba melakukan semuanya sendiri dari memasak, mengemas, membasuh dan mengajar, sudah tentu anda akan keletihan dan tiada masa untuk bersenam ataupun melakukan hobi yang lain.
Foto ini saya tujukan khas untuk semua kaum ibu. Take a break, take some time for yourself. We are not Superwoman! We are just human! Ask for help. Put yourself first. Take some time to exercise and focus on yourself and your physical and mental health.
Trending sekarang pasca banjir antaranya pembelian water jet untuk usaha membantu menbersihkan rumah akibat bencana baru-baru ini.h
Harga water dikatakan tidak masuk akal apabila berharga lebih satu ribu ringgit. Menyedari ada netizen yang tidak cakna mengenai harga water jet di pasaran, lelaki ini berkongsi pengalaman menggunakan alat ini pada harga berkenaan.
Apa yang pasti dengan penjelasan ini, dapat membantu mengelak salah faham dikalangan netizen.
Gambar sekadar hiasan
ISU WATER JET
Ni pengalaman ambo sendiri sebagai sukarelawan banjir dan pasca banjir bermula 2014 dahulu di ground zero,
Rumah yang dilanda banjir, apatah lagi ditenggelami air, dan berhadapan pula dengan “banjir termenung”, memang hadapi pelbagai kesukaran untuk kita nak cuci balik,
Pertama, air banjir dia datang dengan pakej lumpur, selut, sampah, minyak kotoran, sisa kumbahan dan pelbagai benda yang yerk dan kotor, itu normal,
Kedua, rumah yang dah ditenggelami air biasanya banyak soket elektrik rosak, kalau bekalan elektrik disitu kembali pulih sekalipun, ada risiko short n shock,
Ketiga, water jet berkuasa elektrik kalau boleh digunakan sekalipun, berapa jam kita boleh lanyak sebelum motor tu panas dan kena cool down, sedangkan nak cuci rumah banjir ni tak sama dengan basuh kereta,
Jadi, penggunaan heavy duty water jet berkuasa enjin diesel atau petrol ini amat diperlukan, jika nak basuh rumah tu betul betullah, bukan sekadar semprot tembak air demi sekeping gambar untuk content di medsos tanda turun buat kerja kemudian balik tanpa kerja itu disiapkan,
Di Kuala Krai dulu, kami sukarelawan bukan sekadar guna heavy duty industrial water jet with generator ni, siap guna yang ada external pump sebab paip air slow kalau ada, biasanya dah tersumbat habis,
Harga water jet washer berkuasa petrol atau diesel masa 2014 dulu memang la RM 800 lebih kurang, sekarang dah nak masuk tahun 2022, sedangkan ayam pun naik harga inikan pula peralatan sebegini,
Kita ni kalau tak tahu lebih baik tak bercakap, sebab bila start bercakap dalam keadaan tak tahu, orang lain yang tak tahu pun jadi tahu yang kita ni memang tak tahu,
Dengan bahasa Jerman mudah, tok tahu toksoh kecek aa odo weh,
Tahniah team Pemuda Amanah Nasional , kerja kebajikan memang ramai yang suluh, tak ramai yang bersungguh, bahkan ada juga yang belum buat sudah mengeluh,
InsyaAllah lepas siap servis van ni, ambo kembali join bersama ratusan tenaga muda sukarelawan kita, van oren yang sebelum ni jadi “alphard” untuk team banjir 2014 dulu, yang tahu tu tahulah,
“Selagi mak membebel, selagi tu lah saya yang keras kepala ni melawan. Tapi bila mak dah mula diam.”
Begitu perkongsian ini yang menyentuh mengenai situasi apabila ibu mula membebel.
Saya jadi takut, bila mak dah diam maknanya mak betul-betul marah lah tu.
Bila mak diam saya akan mula ‘behave’. Sekarang saya pula yang ikut sifat mak. Baru saya tahu erti diam mak selama ni.
Bila mak membebel atau mengeluarkan kata-kata marah dan mengugut, sebenarnya itu bukan lah kemarahan sebenar mak.
Tapi bila seorang mak mula diam. Mak sedang memujuk lidah daripada berkata sesuatu yang buruk bimbang akan terkeluar kata-kata yang akan membinasakan anak sendiri kerana mak tahu, kata-kata adalah doa lebih-lebih lagi kata-kata itu keluar daripada mulut seorang ibu.
Itu lah mak saya, diam adalah senjata paling mujarab apabila berperang perasaan dengan anak-anaknya yang degil dan kuat melawan.
Sekarang sifat diam mak tu dah ada pada saya. Bila dah penat membebel saya akan diam.
Diam sediam-diamnya. Saya akan settle sinki, masak kemas apa yang patut, bila anak tanya saya diam. Bila anak panggil saya diam.
Bila anak ajak bercerita saya diam. Alhamdulillah dengan cara ini anak-anak saya akan mula membuat apa yang disuruh sebab mereka tahu saya dah marah, saya dah berkecil hati dan saya sedang mengajar lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang akan membuatkan hati mereka terguris.
Sumber: Cik Puan Ammy Menulis
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.