“Rumah Adalah Sekolah Pertama Untuk Anak-Anak.” – Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik Titip Motivasi Isu Pdpr, Cabaran Normal Baharu Ini.

Share

Umum mengetahui bahawa kini, sesi persekolahan terpaksa ditunda pada 20 Januari 2021 ekoran peningkatan kes wabak ini.

Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berbanding persekolah secara bersemuka bagi menyekat penularan wabak ini.

Langkah ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua pihak termasuk ibu bapa. Pelbagai permasalah yang tular di media sosial  berkaitan dengan PdPR ini. Tidak dinafikan usaha ini ada pro dan kontra.

Dalam pada itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah termasuk membantu golongan ibu bapa yang kurang bermampuan termasuk menyediakan bahan pembelajaran di sekolah secara pandu lalu, datang ke rumah memberi bahan pengajaran dan pelbagai insiatif lain.

Namun bak kata perpatah, alah bisa, tegal biasa, normal baharu ini harus diteruskan demi memastikan anak-anak tidak tercicir dengan pendidikan. Usah merungut atau menunding jari , terus ke depan demi anak-anak.

Menerusi perkongsian video Kak Long Kongsi di facebook, Keluarga, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik menitipkan nasihat mengenai PdPR agar ibu bapa terus bermotivasi untuk menghadapi cabaran normal baharu ini.

“Ibu bapa yang mempunyai anak pastinya sedang mengikti PdPR sedang bergelut dan berusah agar memastukan anak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Situasi yang yang kta tidak pernah alami. Saya yakin semua ibu bapa prihatin untuk masa depan anak,” ujar dalam program Kak Long Kongsi, Keluarga.

Dalam tempoh ini, beliau juga turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mendidik anak minat membaca dan menjadikan sesi dalam pembelajaran dalam talian yang mengembirakan walaupun ada cabarannya.

“Saya yakin anak-anak akan bosan ikuti kelas talian. Begitu juga dengan guru yang perlu  melakukan persiapan dan bercakap. Tapi penghujungnya ia untuk kebaikan anak-anak dan  juga negara.

BAHAN ILMU YANG BERKUALITI

Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk menuntut ilmu dan belajar. Ingatkan juga anak-anak dengan bahan-bahan pendidikan yang berkualiti di youtube. Juga mencadangkan laman sophia.my yang menyediakan pelbagai pengisan kelas-kelas menarik yang telah disediakan oleh guru yang berbakat untuk manfaat  anak-anak.

“Galakkan juga anak-anak untuk menonton berita atau dokumentari di televisyen, rancangan bermanfaat dan sentiasa timbulkan fikiran yang kritis dengan bertanyakan soalan kenapa, bagaimana dan sentiasa berbicara dengan anak-anak.”

RUMAH MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA  

Menyedari bahawa pentingnya ilmu, beliau menyarakan ibu bapa menjadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk mendidik anak-anak.

“Jadikan peluang di rumah adalah untuk jadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk anak-anak. Yang penting titipkan nilai-nilai mulia, kemahiran yang diperlukan dan akhlak yang terpuji di rumah,.

“Ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan semua ini. Anak-anak pula di rumah sentiasa  dengar nasihat ibu bapa dan guru. Juga sentiasa minat membaca dan jangan jemu membaca  buku,” ujarnya mengakhiri perkongsian bermanfaat ini.

IKUTI LANJUT VIDEO ULASAN MANTAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, YB DR MASZLEE MALIK.

Sumber: Video Kak Long Kongsi, Keluarga