HomeKekeluargaan“Rumah Adalah Sekolah Pertama Untuk Anak-Anak.” – Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr...
“Rumah Adalah Sekolah Pertama Untuk Anak-Anak.” – Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik Titip Motivasi Isu Pdpr, Cabaran Normal Baharu Ini.
Umum mengetahui bahawa kini, sesi persekolahan terpaksa ditunda pada 20 Januari 2021 ekoran peningkatan kes wabak ini.
Rentetan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) berbanding persekolah secara bersemuka bagi menyekat penularan wabak ini.
Langkah ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua pihak termasuk ibu bapa. Pelbagai permasalah yang tular di media sosial berkaitan dengan PdPR ini. Tidak dinafikan usaha ini ada pro dan kontra.
Dalam pada itu, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah termasuk membantu golongan ibu bapa yang kurang bermampuan termasuk menyediakan bahan pembelajaran di sekolah secara pandu lalu, datang ke rumah memberi bahan pengajaran dan pelbagai insiatif lain.
Namun bak kata perpatah, alah bisa, tegal biasa, normal baharu ini harus diteruskan demi memastikan anak-anak tidak tercicir dengan pendidikan. Usah merungut atau menunding jari , terus ke depan demi anak-anak.
Menerusi perkongsian video Kak Long Kongsi di facebook, Keluarga, Mantan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik menitipkan nasihat mengenai PdPR agar ibu bapa terus bermotivasi untuk menghadapi cabaran normal baharu ini.
Ads
“Ibu bapa yang mempunyai anak pastinya sedang mengikti PdPR sedang bergelut dan berusah agar memastukan anak dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Situasi yang yang kta tidak pernah alami. Saya yakin semua ibu bapa prihatin untuk masa depan anak,” ujar dalam program Kak Long Kongsi, Keluarga.
Dalam tempoh ini, beliau juga turut menasihati ibu bapa agar sentiasa mendidik anak minat membaca dan menjadikan sesi dalam pembelajaran dalam talian yang mengembirakan walaupun ada cabarannya.
“Saya yakin anak-anak akan bosan ikuti kelas talian. Begitu juga dengan guru yang perlu melakukan persiapan dan bercakap. Tapi penghujungnya ia untuk kebaikan anak-anak dan juga negara.
BAHAN ILMU YANG BERKUALITI
Ads
Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk menuntut ilmu dan belajar. Ingatkan juga anak-anak dengan bahan-bahan pendidikan yang berkualiti di youtube. Juga mencadangkan laman sophia.my yang menyediakan pelbagai pengisan kelas-kelas menarik yang telah disediakan oleh guru yang berbakat untuk manfaat anak-anak.
“Galakkan juga anak-anak untuk menonton berita atau dokumentari di televisyen, rancangan bermanfaat dan sentiasa timbulkan fikiran yang kritis dengan bertanyakan soalan kenapa, bagaimana dan sentiasa berbicara dengan anak-anak.”
RUMAH MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA
Ads
Menyedari bahawa pentingnya ilmu, beliau menyarakan ibu bapa menjadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk mendidik anak-anak.
“Jadikan peluang di rumah adalah untuk jadikan rumah sebagai sekolah pertama untuk anak-anak. Yang penting titipkan nilai-nilai mulia, kemahiran yang diperlukan dan akhlak yang terpuji di rumah,.
“Ibu bapa dan guru-guru boleh lakukan semua ini. Anak-anak pula di rumah sentiasa dengar nasihat ibu bapa dan guru. Juga sentiasa minat membaca dan jangan jemu membaca buku,” ujarnya mengakhiri perkongsian bermanfaat ini.
IKUTI LANJUT VIDEO ULASAN MANTAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA, YB DR MASZLEE MALIK.
Sumber: Video Kak Long Kongsi, Keluarga
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kemas rumah sudah pasti menjadi rutin semua wanita bagi surirumahtangga malah yang bekerjaya. Tidak dinafikan masa untuk mengemas rumah memerlukan masa dan waktu tertentu terutama bagi yang berkerja.
Siapa tak nak rumah kemas kan. Ia memberai aura positif jika rumah kelihatan tenang dan kemas.
Melalui perkongsian di laman facebook puan NoorB Kids World begitu inspirasi sehingga mendapat share lebih 4K. Boleh cuba idea ni.
TIPS MUDAH KEMAS RUMAH
Hari ini saya ingin kongsikan cara paling simple untuk menjaga rumah kita supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.
Secara jujurnya, aktiviti mengemas rumah bukanlah mudah. Tapi saya percaya rumah yang bersih dan kemas menolong kita berasa rileks dan tenang.
Tips mengemas ini telah dipecahkan kepada empat bahagian iaitu mengemas setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali dan 4 bulan sekali. Bila kita bahagikan kepada empat bahagian, kita tidak ada masalah bila memikirkan apa yang perlu kita kemaskan dan rasa terbeban untuk mengemas itu kurang. Tapi secara jujurnya, tak semua orang ada masa untuk melakukan aktiviti mengemas ini setiap hari tetapi kalau seminggu sekali Itu mungkin tak ada masalah.
Tapi perlu diingat, tiada siapa pun dan tiada rumah yang nampak sempurna. Kalau kita mampu buat salah satu daripada list, itu dah cukup baik daripada kita tak mengemas langsung. Kesan ‘keterpaksaan’ mengikut list mengemas rumah kali ini boleh membuatkan kita berasa tenang berada di dalam rumah kita nanti. Bayangkan balik dari pejabat dan duduk di sofa, mata ni rasa sejuk sahaja tengok sekeliling rumah sebab semua dah bersih dan kemas. Akhirnya, kita juga yang senang hati.
Sering kali kita mendengar kisah mentua dan menantu tak sehaluan. Lebih-lebih lagi mentua dengan menantu perempuan. Seolah-olah ada jurang yang memisahkan mereka.
Namun berbeza dengan wanita ini. Beliau cukup bertuah kerana memiliki ibu dan mentua yang cukup prihatin dan selalu berkongsi pelbagai petua rumah tangga. Itulah dia Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang juga isteri kesayangan Dato’ Seri Aliff Syukri.
Menerusi catatannya baru-baru ini, Bonda Rozita ada berkongsi tip untuk menantu dan juga anak perempuan kesayangannya itu.
2 wanita ini meskipun muda tetapi sangat matang dan mendengar nasihat saya.. selalu saya pesan pada mereka bedua..( gambar lama ni) . “bila kita jadi isteri orang..Pertama sekali ilmu kena banyak.. sabar.. jaga anak elok-elok.. jaga suami elok2.. walaupun ditahap mana pun pangkat suami kita.. ingat.. tangan tu kena turun ke dapur masak untuk suami dan urus suami supaya dia rasa kita sangat menjaga dirinya.. apa pun kedudukan kita.. kita kena support suami supaya suami itu merasa kita ni sahabatnya yang paling baik.. yang paling rapat..” . Utk mencari cinta suami sebenarnya jaga lah anak2nya kerana sifat lelaki ialah terlalu kasih pada anak2nya.. dan kekuatan sebuah rumah tangga itu sebenarnya anak2 dn sifat murni seorang isteri.. saya pesan lagi kepada ke 2 anak perempuan ini.. . “Secantik mana rupa kamu.. sebenarnya jangan sekali2 kamu jatuhkan maruah kamu dengan mengejar populariti mendahului kebijaksanaan.. kerana wajah yang cantik tak memberikan makna sekiranya kamu tak bijaksana.. kita ada kelemahan.. suami kita pun ada kelemahan..” . Bagaimana ingin mencari titik permulaan untuk mencari titik permulaan ialah balik kepada ugama.. pelajari ugama.. didik keluarga kita kepada ugama.. hormatilah ibu mertua kamu kerana kamu patut bersyukur dapat suami yang baik.. dan ibu mertua kamu telah mendidik anak lelaki dengan baik.. dan akhirnya kamu berbahagia dengan lelaki yang bernama suami kamu serta ketua kepada keluarga yang sedang kamu bina..
Dalam pada itu, Bonda rozita turut menasihati anak-anaknya supaya terus tabah dan kuat semangat. Ujar Bonda Rozita lagi, jangan sekali ragu kepada Allah.. serahkan semua urusan kepada Allah.. selagi ada Allah, maka selesailah semua urusan kita.
Mak nak ceramah kejap lagi dengan aman ..Mak risau Kri dengan Yati ..jangan sedih dan down lagi ..Semangat tu penting dan terus2 jangan jemu cari taufik hidayah Allah ..Allah sayang kita Dia nak bagi kita teguran dalam ujian
mudahan kita lebih faham islam dan siraturahmi ..bertaubat dan betulkan salah silap agar sama2 ke shurga jumpa kat sana ( seronok makan kat dapur semalam kat umah kri )
3 insan kekasih dan kawan saya gaduh ..kawan ketawa..mematangkan kami semua ..Sayang Mak saya juga yang dah tua hampir 70 tahun..Saya nak puaskan hidup Mak saya ..Saya tak nak mak tua dan saya nak mak hapayp dan tetap cantik nenek kamu ber2
Yati Kri permata mak dari zaman susah yang hidupkan jiwa Mak untuk kuat berkerja dari muda supaya kalian tak daif macam Mak..Tahniah anak arwah Azman jadi anak yang hebat duniawi dan ukhrawi
Tazkirah pendek Mak pagi ni
Hati siapa yang yakin pada Allah.. Allah akan pegang hatinya dan bila Allah mengenggam hati hambanya itu.. hati itu tak akan lagi kecewa.. Allah pasti akan bagi YAHDI QOLBAH.. jika kita percaya pada Allah kita akan redho dengan apa yang Allah dah tentukan.. kita cuma percaya sahaja..
Apa pun yang Allah tentukan.. kita ikutkan sahaja.. apa pun kehendak Allah kita terima dengan hati terbuka.. ingatlah di setiap pemberian Allah akan ada kebaikan.. walaupun apa yang Allah beri itu kita tak suka.. belajar lah terima kehendak Allah..
Kaletah Nur Fatima Aisya sering menjadi tumpuan ramai. Ada sahaja gelagat dan aksi spontannya yang mencuit hati. Puteri kesayangan Fazura dan Fattah ini bakal memasuki usia dua tahun tidak lama lagi.
Dalam perkongsian terbaru menerusi akaun Instagram Jetaime. fattzura ( akaun kelab peminat Fazura ), kelihatan Fatima bersama mommynya berada Di kerusi selepas selesai mengambil suntikan.
Kelihatan si kecil yang cukup comel dengan gaun labuh aktif berjalan ke sana ke mari sambil menegur kakitangan hospital berkenaan, padahal baru sahaja menerima suntikan.
Dalam perkongsian lain pula, kelihatan Fatima sedang didukung oleh Fazura di dalam lif, reaksi wajah Fatima dan senyuman manisnya membuatkan ramai yang terpesona.
Amboi jarang-jarang dapat tengok senyumannya yang mahal dan cheeky tu kan
Belum dapat idea nak masak sajian apa hari ini? Cubalah resepi senang untuk dinikmati bersama keluarga ketika berbuka puasa.Apa kata masak ayam percik ni,...