Berita

“Rujuk Bukan Untuk Semua.” Diana Danielle, Farid Kamil Bakal Berpisah?

Share

Siapa sangka sekali lagi pasangan selebriti ini bakal berpisah. Muat naik
di Instagram mililk pelakon, Diana Danielle mengejutkan ramai pihak apabila statusnya memberitahu bakal bercerai dengan suami yang juga pelakon, Farid Kamil.

Perkongsian itu menjelaskan Diana Danielle seakan kecewa dengan suaminya itu.

Muat naik itu penuh dengan tanda tanya mengenai perpisahan itu.

“Saya sudah membuat keputusan untuk berpisah secara rasmi dengan suami saya dan akan memfailkan penceraian.

“Tidak, saya tidak akan menjelaskan sebabnya. Mungkin dia akan menjelaskannya seperti biasa, dengan bunga, cincin, dan janji kosong.”

“Semoga hidup anda bahagia.”

Manakala diruangan kapsyen, Diana memberitahu bahawa rujuk bukanlah untuk semua orang.

“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” tulisnya.

Untuk Info, Diana dan Farid pernah bercerai pada 10 Ogos 2023 selepas berkahwin pada 3 November 2012. Pasangan itu kemudiannya merujuk semula.