Terkadang bila anak sudah semakin besar, mereka bijak memilih makanan kegemaran mereka sendiri. Ada anak kita yang suka makan coklat tetapi ada pula yang kurang gemar makanan yang satu ini.
Malah ada anak-anak yang cukup suka makan sayur, tak kurang juga yang langsung tak mahu menyentuhnya.
Menolak beberapa jenis makanan buat anak pastinya terasa rugi kerana setiap makanan terkandung khasiatnya yang tersendiri.
Apa jenis makanan yang mak dan ayah patut ajar anak makan daripada awal lagi? Semak senarai ini.
Telur Untuk Anak
Telur memang cukup digemari kanak-kanak. Ia bukan sahaja berkhasiat tinggi bahkan rasanya mampu menarik perhatian mereka untuk makan lebih. Samada direbus, digoreng dan dijadikan sup, telur masih mengandungi protein yang tinggi. Kajian yang dijalankan di Wayne State University di Michigan mendapati, telur merupakan sajian terbaik selain rendah kalori berbanding yogurt, keju dan juga pisang.
Ads
Serat No 1
Sembelit sering terjadi kepada anak-anak kecil kerana proses pemakanan yang kurang sesuai untuk mereka. Hal ini mungkin juga disebabkan oleh kejutan makanan yang baru diterima bayi yang baru memulakan makanan berat.
Bagaimanakah caranya untuk mengatur menu anak ini? Serat merupakan pilihan terbaik untuk mereka. Sayur antara pilihan terbaik dan tepat selain bijirin dan makanan seumpamanya. Sayur berdaun hijau antara yang disyorkan untuk semua. Variasikanlah bayam, sawi, aneka kacang dan pelbagai jenis sayuran lain untuk mereka.
Bayam Untuk Mata
Mata sememangnya anugerah terbesar untuk semua. Bukan bermula dari dewasa, tetapi sejak mula diperkenalkan dengan makanan lagi, anda seharusnya mencari makanan yang baik untuknya. Bayam dan lobak merupakan pilihan terbaik untuk si anak anda. Bayam bukan hanya tinggi serat tetapi mengandungi vitamin A yang cukup tinggi dan baik untuk mata.
Samada di rebus, goreng mahupun dikisar terus bersama bubur nasi, merupakan pilihan terbaik untuk si kecil anda.
Ads
Coklat?
Tahukah anda bahawa di dalam coklat yang anak anda makan mengandungi sejumlah kafein? Pun begitu kuantitinya hanya sedikit berbanding kopi dan teh, ia hanya sekadar 20 peratus sahaja.
Jika anak anda penggemar coklat, sebaiknya hadkanlah pengambilannya. Kafein yang tinggi boleh memberi impak besar pada kesihatan kanak-kanak yang mudah bertindak balas.
Ads
Multivitamin Serasi
Siapa kata kanak-kanak tidak perlukan sebarang makanan tambahan untuk membesar? Kanak-kanak sekitar usia 2 hingga 8 tahun paling susah untuk makan kerana pemfokusan mereka tertumpu kepada aktiviti fizikal semata-mata. Di sinilah vitamin berperanan untuk mereka. Multivitamin paling disyorkan untuk mereka bergerak cergas setiap hari.
Ia membentuk sel baru dan membantu prose pembesaran. Jadikan amalan pengambilan vitamin ini setiap hari untuk anak anda.
Anggur Untuk Anak
Anak anda penggemar anggur? Anggur yang kaya dengan antioksidan cukup baik untuk si kecil anda. Menjadikannya sebagai makanan sampingan selepas sarapan paling disarankan untuk si kecil anda. Antioksidan yang ada di dalamnya boleh mengatasi risiko berkaitan jantung. Bagi kanak-kanak ia membentuk jantung yang sihat sejak kecil.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain menu utama raya, makanan yang menjadi kegilaan kita anak beranak pastinya kudapan jenis kekacang, kerepek atau rempeyek yang laris bak pisang panas.
Letak sahaja sebalang kerepek di hadapan televisyen, pasti boleh habis dalam masa 30 minit. Itulah penangan aneka kudapan di hari raya.
Selain kekacang seperti kacang botak, kacang salut tepung dan pelbagai jenis kacang, rempeyek, tumpi dan sebagainya, menu yang satu ini iaitu Kuih Gunting jangan pula dilupa.
Kuih gunting jenis pedas atau manis mungkin sudah terbiasa bagi semua, berbeza dengan kuih gunting yang satu ni. Nampak sedap.
Istimewanya kuih gunting yang disediakan oleh Shaeyka Eika ini lain daripada yang lain. Wajib cuba, sebab dikatakan cukup laris ketika waktu raya. Confirm sedap lain macam.
Kuih paling laris kat rumah time raya.
Kuih Gunting
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1/2 biji kelapa ( ambik santannya)
2 biji telur
Daun sup
Daun bawang
Daun kari
1 paket jintan manis (RM1.00)
4 sudu marjerin
Sedikit garam (campur dalam santan)
Caranya:
1. Daun-daun tu ikut masing-masing, nak letak sikit atau banyak. Tapi kami suka letak banyak-banyak.
2. Jintan tu kisar halus.
3. Daun-daun tu hiris halus, kemudian masukkan tepung, telur, marjerin dan santan.
4. Kemudian gaul hingga sebati.
5. Dah jadi doh, gunting lepas tu goreng.
Kredit Resepi: Shaeyka Eika
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam petanian, terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk bercucuk tanam. Ia dapat dipraktikkan sama ada untuk kegunaan pasaran komersial ataupun sendiri.
Dahulunya, ramai yang menanam serai dengan mengambil dua atau tiga batang serai satu rumpun dibahagi kepada 3 atau 4 bahagian kemudian ditanam, rugi kalau macam tu, sayang serai itu kerana kita boleh pakai untuk masak. Sebenarnya ada cara lagi mudah dan jimat untuk kita tanam pokok serai dengan betul dan tidak membazir. Cara ini dapat membantu bagi sesiapa saja yang baru berjinak-jinak untuk menanam tanaman sendiri di halaman rumah.
Mengikut perkongsian dalam Group Berkebun Dirumah, bahawa ibunya menurunkan petua untuk memotong bahagian bawah(dalam gambar), kemudian rendam dalam sedikit air, cukup basah dibahagian tumbuhnya akar, tunggu sehari dua. Lama kelamaan pucuk akan terus tumbuh dan boleh la ditanam.
Cara lain pula, boleh saja ditanam dalam tanah tanpa direndam terlebih dahulu. Ia terpulang kepada kaedah yang mana kita nak gunakan, ada yang lebih suka tunggu sehingga tumbuh akar baru ditanam. Mudah kan?
Kalau anda nak cuba, bolehlah cuba selepas ini ya. Lagipun pokok serai mudah untuk dijaga, senang kalau nak masak boleh terus cantas saja.
selamat mencuba !
sumber : Berkebun Dirumah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kenakan menghirup kuah tomyam yang mempunyai rasa pedas, masam dan pekat pasti memberi kepuasan rasa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup sempurna nak membuatkan ada yang makan bertambah.
Pun begitu tahukah anda untuk mendapatkan rasa tomyam lebih padu, perlu dimasukkan susu cair di dalam bahan-bahannya. Mungkin ada yang berasa pelik namun menurut cikgu masakan Afy AL Habibi ini, rasanya lebih sedap berbanding tomyam biasa.
“Nama Tomyam Thai cikgu letak sekali sebab ada penggunaan susu cair di dalamnya. Untuk menghidupkan lagi aroma tomyam versi Thai, batang ketumbar serta hirisan daunnya cikgu taburkan juga.”
“Muak tak cikgu masukkan susu?”
“Haa tak pun. Masuk pun tak banyak. Lepas perah limau nipis seimbanglah rasanya. Lagi sedap kot dari tomyam biasa. Okay jom tilik resepi” tulisnya di bahagian kapsyen.
RESEPI TOMYAM THAI
1. Mula-mula sediakan hirisan sayur seperti di bawah:
– sedikit bunga kubis
– sedikit kubis
– 5 biji cendawan shitake
– 1 biji tomato
– 2 batang seledri
– 1/4 batang carrot
– sebatang daun ketumbar
Bahan tumis:
– 1/2 bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– 2 hiris lengkuas
– 3 helai daun limau purut
– sehiris halia
– 1 batang serai
– 3 tangkai cili padi
– paste tomyam
2. Panaskan sedikit minyak.
Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan seketika. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam. Guna api perlahan sahaja.
4. Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih.
5. Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis.
6. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.
7. Untuk rasa kuah menjadi ‘kowww’ masukkn sos cili 1/2 senduk kecil.
Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Cikgu suka ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay.
Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.
8. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati dalam api perlahan.
9. Barulah cikgu masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake dan carrot. Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya.
Siap!
Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.