Rugi RM735,000, pesara kerajaan terpedaya sindiket ‘phone scam.’ Dalam era digital ini, kita semakin kerap mendengar tentang penipuan melalui panggilan telefon atau lebih dikenali sebagai ‘phone scam’.
Rugi RM735,000, Pesara Kerajaan Terpedaya Sindiket ‘Phone Scam’
Sindiket penipuan ini menggunakan pelbagai taktik licik untuk memperdaya mangsa, sering kali melibatkan pemerasan wang atau pencurian maklumat peribadi.
Memetik Sinar Harian seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket ‘phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan kononnya dia terlibat dengan kes penggubahan wang haram.
Beliau berkata, warga emas itu kemudiannya diminta untuk memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza yang diberikan suspek, kononnya bagi tujuan siasatan.
“Bagaimanapun wanita itu menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya, dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
INFO TENTANG SINDIKET ‘PHONE SCAM’
Modus Operandi
Sindiket ‘phone scam’ beroperasi dengan cara yang sangat licik dan sering kali sukar dikesan. Berikut adalah beberapa taktik yang biasa digunakan:
Penyamaran sebagai Pihak Berkuasa: Penipu menyamar sebagai pegawai kerajaan, polis, atau bank, dan memberitahu mangsa bahawa mereka terlibat dalam kesalahan atau aktiviti mencurigakan. Mangsa kemudian diminta untuk membayar denda atau memberikan maklumat peribadi.
Hadiah Palsu: Penipu memberitahu mangsa bahawa mereka telah memenangi hadiah besar, namun untuk menuntut hadiah tersebut, mangsa perlu membayar sejumlah wang sebagai ‘yuran pentadbiran’.
Tekanan Emosi: Penipu menggunakan taktik tekanan emosi seperti mendakwa ahli keluarga mangsa terlibat dalam kemalangan atau berada dalam bahaya, dan meminta wang segera untuk membantu.
Ads
Kesan Kepada Mangsa
Kesan daripada menjadi mangsa ‘phone scam’ boleh menjadi sangat parah. Antaranya termasuk:
Kehilangan Wang: Mangsa boleh kehilangan sejumlah wang yang besar, yang sering kali sukar atau mustahil untuk diperoleh kembali.
Kecurian Identiti: Maklumat peribadi yang dicuri boleh digunakan untuk pelbagai tujuan jenayah seperti pembukaan akaun bank palsu, permohonan pinjaman, atau pembelian atas nama mangsa.
Tekanan Mental: Mangsa boleh mengalami tekanan mental yang teruk akibat daripada ketakutan, kebimbangan, dan perasaan malu kerana terpedaya.
Langkah-Langkah Perlindungan
Untuk melindungi diri daripada sindiket ‘phone scam’, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
Jangan Kongsi Maklumat Peribadi: Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi atau kewangan melalui telefon, terutamanya jika panggilan tersebut tidak dijangka.
Semak Identiti Penelefon: Jika seseorang mendakwa daripada organisasi tertentu, minta nombor untuk dihubungi kembali dan semak kesahihan identiti tersebut dengan organisasi berkenaan.
Ads
Jangan Terpedaya dengan Tekanan: Penipu sering kali menggunakan tekanan untuk membuatkan mangsa bertindak segera. Luangkan masa untuk berfikir dan semak kebenaran sebelum membuat sebarang keputusan.
Lapor kepada Pihak Berkuasa: Jika anda menerima panggilan yang mencurigakan, laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sindiket ‘phone scam’ merupakan ancaman yang semakin berleluasa dan boleh memberi kesan yang serius kepada mangsa. Dengan meningkatkan kesedaran dan mengambil langkah-langkah perlindungan yang sesuai, kita boleh mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan ini. Sentiasa berwaspada dan jangan terpedaya dengan taktik licik penipu.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Dalam bulan Ramadan ini, tidak dinafikan ramai yang mengambil peluang untuk memperbanyakkan lagi ibadah dan memeriahkan rumah Allah. Walaupun ramai yang menyindir ‘ Hanya nampak setahun sekali,’ jadikanlah ia sebagai titik permulaan.
Agar hati kita tidak terus menerus keras dan kaki berat untuk melangkah ke rumah Allah ini.
Pasti anda ingat lagi sebuah video yang pernah tular suatu ketika dahulu. Melihat seorang pemuda yang kurang upaya. Tangan dan kakinya terlipat kebelakang namun beliau masih gigih untuk beribadah di rumah Allah pada setiap waktu solat.
Menurut pemilik video berkenaan,
“Video itu dirakam di Masjid Kubang Kerian pada Khamis. Saya pernah nampak dia pada 2019. Kemudian pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya lama tak nampak dia.
“Ketika pergi tarawih pada Khamis, baru saya nampak dia balik. Dia ada kaki dan tangan, tapi kakinya terlipat ke belakang. Jadi dia bergerak dengan cara berguling.
“Kalau nak pergi masjid, dia tumpang orang. Bila sampai masjid, dia akan berguling. Itu cara yang dia selesa sejak kecil lagi,”
Menurut Nasrul yang menetap di Bachok, dia sempat berborak dengan pemuda OKU itu, namun tidak bertanya lanjut tentang perihal peribadinya.
“Saya sempat berborak dengannya, tapi tidaklah berborak panjang sebab dah nak solat. Saya tanya umur, katanya umur dalam lingkungan 30-an. Dia tinggal di mana, kerja apa, saya tak tanya.
“Bila tengok dia, saya rasa kagum. Kalau dia boleh datang masjid, takkan kita tak boleh datang? Dia memberi inspirasi agar kita pun rajin datang ke masjid.
“Dalam pertemuan itu, saya pun tak bantu angkat dia, saya memang tak boleh angkat. Lagipun dia memang selesa macam tu. Dia lebih cepat dengan cara itu, dia sendiri pun tak perlukan kerusi roda,” jelas Nasrul lagi.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dengan kecekalan pemuda itu yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak ke masjid.
“Abang ni la yang akan lari berdesup masa titian sirat nanti InsyaAllah. Hebat kau bang.
“Allahurabbi. Kita yang sempurna jarang ke masjid. Dia ke masjid berguling-guling.
“Dia berguling di dunia, akhirat InsyaAllah dia berlari selaju kilat,” tulis beberapa netizen.
Kebiasaannya bila orang luar menetap lama di negara kita, pasti boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik. Itu biasa kita lihat. Namun baru-baru ini tular di media sosial apabila seoarang peniaga kedai makan berkongsi kisah seorang ‘minah salleh’ yang dikatakan lebih Melayu daripada wanita Melayu.
Difahamkan daripada perkongsian tersebut, wanita yang gemar berpakaian ringkas dengan mengenakan kain batik itu berasal daripada Amerika Syarikat. Ini seperti mana perkongsian daripada Norlaila Dlaila.
“Minah Saleh yang lebih melayu dari melayu….pakai baju kurung kedah pakai kain batik…selamba naik motor..datang ambik kain baju karpet nak cuci…Aunty azizah namanya,’ jelasnya berkongsi cerita.
Sabar Jaga Suami Sakit
“Dia dari Amerika…kawin dengan orang sini ..sekarang jaga suami nya Stroke…tu la dia ambik upah cuci kain rumah orang .
“Paling dasat weii kadang pikul mesin rumput…g mesin rumput rumah orang,” ceritanya lagi panjang lebar.
Bahkan ujarnya lagi, wanita ini meskipun sibuk seharian mencari rezeki dengan pelbagai pekerjaan yang dilakukan namun bab solat amat dijaga.
“Hari tu dia pernah tolong Akak cuci pinggan sekejap …..tapi dia tak larat berdiri lama…sebab pahanya hari tu patah accident…
“Yang paling Akak respect…biasanya dia orang pertama akan solat bila dah habis azan …mesti laju2 dia yang dulu,” kongsinya lagi.
Bagus Didikan Suaminya
Menjengah ke ruangan komen, nyata perkongsian tersebut telah memberi pelbagai reaksi daripada wargamaya. Ramai yang malah tidak kurang juga memuji didikan suaminya yang berjaya menjadikan wanita tersebut sedemikian. Malah tidak kurang juga ramai mendoakan agar minah salleh ini dipermudahkan mencari rezeki untuk membantu suaminya yang sakit.
“Alhamudullilah.. Didikan agama yg kuat dr suami.. Utk isteri muaalaf… Semoga di permudahkan segala urusan.”
“serius aaa lagi terer dia pakai kain batik, saya sendiri pun tak pandai pakai kain batik”
“Semuga Allah permudahkan rezeki untuk Pn Azizah,,serta tabah dan sabar dengan ujian dari nya”
“Hebat dia pandai pakai kain batik dari akak
Moga aunty Azizah Allah permudahkan segala urusan sekeluarga & dimurahkan rezeki”
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kejam! Tiada Perikemanusiaan! Hanya itu yang terlahir saat berita ini di laporkan. Lebih kejam lagi, mayat kanak-kanak itu dibuang kerana sindiket menjual organ tersebut tidak dapat dihubungi.
Bayangkan apalah perasaan ibu dan ayah serta keluarga kanak-kanak ini yang ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan sebegitu hanya kerana terpedaya dengan iklan penjualan organ.
Kejadian yang berlaku di Sulawesi Selatan ini, kedua-dua suspek yang berusia 14 dan 17 tahun ini telah mengaku telah menculik dan membunuh mangsa untuk menjual organ mangsa kerana terpengaruh dengan tawaran yang dilihat di internet yang menawarkan harga lumayan bagi setiap organ.
Menceritakan kembali detik mereka memujuk mangsa yang baru berusia 11 tahun, mereka telah menawarkan mangsa upah membersihkan rumah dan menawarkan gaji sebanyak 50 000 rupiah iaitu bersamaan dengan RM 14.
Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah bersetuju untuk mengikut suspek pulang ke rumah. Setibanya di rumah, suspek mula bertindak kejam dengan mencekik mangsa dari arah belakang, sebelum menghentak kepalanya ke tembok sebanyak lima kali hingga kanak-kanak itu meninggal dunia.
Mayat kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke dalam plastik hitam untuk diserahkan kepada pembeli organ di internet namun malangnya tiada sebarang maklumbalas yang diterima.
Kedua-dua suspek menjadi panik apabila tidak menerima maklumbalas dari pembeli, mereka kemudiannya telah membuang mayat kanak-kanak tersebut di bawah jambatan di kawasan air kumbahan.
Mayat tersebut dijumpai pada 8 Januari lalu, dan dari penemuan itu polis telah menahan kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.