Kita biasa dengar dengan persekitaran tempat kerja yang toksik boleh menyebabkan seseorang itu hilang semangat seterusnya mengalami tekanan perasaan. Namun tanpa sedar bahawa sebenarnya bukan tempat kerja sahaja tetapi rumah anda sendiri!

Pernah rasa letih, asyik nak keluar dan stress bila balik rumah. Ini lah sebabnya! Tanpa kita sedar sebenarnya rumah boleh menjadi pencetus kepada persekitaran toksik buat anda. Tentu anda tak sedar kan!

Sebenarnya Barang-barang yang tidak lagi digunakan, pakaian lama, barang rosak, dan memori lama yang tidak relevan semuanya boleh mempengaruhi kesihatan mental, emosi, dan fizikal kita. Sebagaimana perkongsian daripada paparan Motivation  bermanfaat untuk kita berfikir sejenak mengenai apa itu yang dikatakan persekitaran toksik di rumah!

Ruang Rumah Punca Tekanan? Kenali Barang Toksik Dalam Rumah Yang Patut Buang Segera!

1.Barang-barang yang anda tidak lagi gunakan.
2.Pakaian yang anda tidak suka atau sudah lama tidak dipakai. Termasuk pakaian dalam yang rosak.
3.Barang-barang yang sudah rosak.
4.Kad dan nota lama.
5.Pokok-pokok yang mati atau sedang sakit.
6.Resit lama dan majalah usang.
7.Kasut yang sudah rosak.
8.Barang-barang yang memanggil memori lama yang tidak lagi relevan.
9.Jika anda ada anak kecil, mainan yang sudah tidak digunakan, tidak berfungsi, atau yang telah rosak.

Kelebihan Bila Anda Bersihkan Barang-Barang Ini:

Ruang Rumah Punca Tekanan? Kenali Barang Toksik Dalam Rumah Yang Patut Buang Segera!

1.Kesihatan anda akan bertambah baik.
2.Kreativiti akan semakin berkembang.
3.Hubungan dengan orang sekeliling akan menjadi lebih baik.
4.Kapasiti untuk berfikir secara rasional akan meningkat.
5.Mood akan menjadi lebih positif.

Ads

Soalan Yang Membantu Anda Membuat Pilihan:

1.Kenapa saya masih simpan barang ini?
2.Adakah barang ini penting untuk kehidupan saya hari ini?
3.Bagaimana perasaan saya jika saya lepaskan barang ini?

Pisahkan Barang Anda Kepada Kategori:

1.Untuk didermakan.
2.Untuk dibuang.
3.Untuk dijual.

Pantulan Pembersihan Luaran Ke Dalaman:

Ads

Ruang Rumah Punca Tekanan? Kenali Barang Toksik Dalam Rumah Yang Patut Buang Segera!

1.Kurangkan bunyi bising yang melampau.
2.Gunakan cahaya yang lebih lembut.
3.Pilih warna-warna yang lebih neutral.
4.Elakkan bau bahan kimia yang kuat.
5.Kurangkan memori sedih dalam rumah.
6.Selesaikan projek-projek yang tertangguh.
7.Wujudkan tenaga positif dalam rumah anda.

Langkah Bersih-Bersih:
Buat pembersihan secara menyeluruh dengan menggunakan kotak untuk organisasi. Mulakan dengan laci atau kabinet, dan selesaikan satu ruang pada satu masa mengikut kadar anda sendiri:
a) Sampah.
b) Barang yang perlu dibaiki.
c) Barang yang boleh dikitar semula.
d) Barang yang masih dalam pertimbangan.
e) Barang untuk dihadiahkan.
f) Barang untuk didermakan.
g) Barang untuk dijual.

Semasa anda membersihkan, perhatikan bagaimana perubahan itu memberi kesan kepada diri anda. Membersihkan ruang fizikal adalah langkah untuk mengatur minda dan hati. Latih diri untuk melepaskan barang-barang material yang hanya memenuhi ruang, dan anda akan mendapati bahawa ia juga membantu anda melepaskan perkara yang lebih besar dalam hidup.

Ads

Dengan ini, dengan perkongsian yang dipaparkan ini, membersihkan rumah bukan sekadar mengemas ruang fizikal, tetapi juga cara untuk mengatur minda dan hati kita.

Dengan mengamalkan konsep melepaskan barang yang tidak lagi berfungsi dalam hidup kita, ia memberi ruang kepada tenaga positif, idea baharu, dan hubungan yang lebih harmoni.

Ambil langkah kecil, satu laci pada satu masa, dan rasai perubahan dalam diri anda. Ingat, kebahagiaan bermula dengan ruang yang tenang dan teratur. Selamat mencuba!

Sumber: Motivation  

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI