
Memikirkan ruang tepi rumah yang sedia ada jika tidak diurus dengan baik akan ditumbuhi rumput dan akhirnya terlihat terbiar dan semak pula.
Andai hendak bercucuk tanam, tiada masa pula untuk menguruskannya. Jadi usah pening kepala, apa kata anda lakukan projek diy yang mudah dan jimat ini sebagaimana yang dibuat oleh ben safwan untuk kediamannya.
Buat path maker untuk ruang 20×5 kaki bermula hari ini. Tujuan untuk letak pokok bunga dan jalan sahaja.Pavement mould tu beli di Sopi. Tinggi dia 3.5 cm.
Proses mula dengan korek keluar tanah 4-5 cm. Perlahan-lahan habiskan. Lepas tu levelling balik guna batu kerikil bercampur pasir ketika nak letak mould untuk samakan ketinggian dan sudut curam dengan konkrit porch asal.
Sebab buat kerja sorang,kena banyak guna akal dari guna tenaga. Tolak simen pun pakai troli ( buat sewaktu wardrobe ) dan gaul simen macam biasa guna drill.
Simen gaul dengan 1:3 . 1 simen guna 3 bahagian pasir sungai kasar. Air lebih kurang 7.5 liter.
Tak perlu BRC sebab kalau ada tertanya-tanya. Tengok tujuan di atas.
Dah level dengan batu kerikil tadi,letak mould dan bagi rata cantik. Baru sapu mould dengan minyak masak/minyak hitam supaya senang diangkat dan kemas.
Isi simen dan ratakan dengan sudip/kayu basah. Biar 3-4 minit lepas tu dah boleh angkat.
Senang ada dua mould. Mudah buat kerja.
Bahagian tepi sekali tu lorek sendiri sahaja. Senang.
Untuk finishing,myb letak clear shellac batu.
Untuk bahagian celah,akan diletakkan simen dan spray air. Tujuan untuk elak rumput keluar.
Sambung esok pula. Buat pelan-pelan.
Sumber : Ben Safwan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Simpan Belacan Lama Tahannya & Mudah Digunakan Bila Buat Begini. Mamang Terbaik!

Cara menyimpan makanan tentunya berbeza-beza, ada yang perlu disimpan di dalam peti sejuk atau boleh disimpan pada suhu bilik sahaja.
Pun begitu, bila ditanya tentang cara bagaimana nak simpan belacan, apa cara dan jawapan anda ye?
Bukan apa, belacan ini mempunyai bau yang kuat dan kadang-kadang sahaja digunakan.
Oleh itu, tidak hairanlah jangkawaktu belacan tersimpan di dalam peti sejuk memang agak lama.
Bayangkan seketul belacan, mungkin akan habis dimakan dalam tempuh sebulan dua hatta bertahun pun mungkin boleh terjadi.
Jadi apa kata kita baca perkongsian daripada Khaulah Alazwar mengenai petua simpan belacan yang dipraktikkan oleh nenek suaminya. Jom semak.
Suka makan belacan?
Mama suka makanan,mama memang makan je.Tapi alahan dan beberapa faktor lain. Memang tak simpan kat rumah.
Kebetulan papa tak makan belacan,makanya idok le ada belacan di rumah kami. Tapi ada jiran bagi mama belacan.Satu bungkusan besar jugak lah.
Terus teringat arwah nenek sebelah baba, beliau orang asli Melaka.
Berdarah kacukan baba dan nyonya.
Beliau sangat suka dengan belacan Melaka,kemana sahaja beliau akan bawa belacan Melaka. Belacan lain tak sedap katanya.
Cara nenek simpan belacan agak unik pada mama.
Nenek akan pecahkan belacan sampai hancur dan nenek sangai sehingga kering dan ringan.
Selepas itu, nenek simpan dalam botol,dan nenek gunakan serbuk belacan ini dalam semua masakan nenek.
Dah macam perencah secukup rasa tu dah ha.
Makanya begini lah cara mama simpan belacan.Kalau jiran tanya ada belacan, memang udah jadi serbuk dah mama bagi.
Terasa rindu dengan arwah nenek.
Sumber : Khaulah Alazwar
Boleh cuba resipi buat sambal belacan di sini
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Jujur Terkedu Sebab Juna Bukan Sejenis Kisah Mummy Dia Nangis.” Fynn Jamal Terharu & Sebak Anak Sapu Air Mata Di Wajahnya!

Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan Fynn Jamal dan suaminya Triz yang ke 10 tahun. Mungkin ada yang mengetahui suami Fynn Jamal kini tidak sihat. Namun tidak diketahui apakah penyakitnya.
Semalam, Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin dalam satu program live bersama Fara Fauzana dan Faizal Ismail dikejutkan dengan panggilan dari suami Fynn.
Dalam perbualan tersebut, Fara sempat menitipkan nasihat supaya Triz menjaga diri dan cepat sembuh. Di sebalik niqabnya, Fynn dilihat tidak mampu menahan tangisan manakala Fara pula dilihat cuba berlagak biasa.
Sedar akan kesedihan yang dialami insan yang disayangi, Arjuna dilihat menyapukan air mata yang mengalir di wajah ibunya itu.
Momen tersebut nyata mengundang kesedihan di hati Fara yang dilihat terus menunduk kerana tidak dapat menahan tangisannya.
Arjuna merupakan anak angkat kepada Fynn dan suami. selain Arjuna, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Sakti Kencana Fitri.
A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on
Fara dan Faizal turut meraikan ulang tahun perkahwinan pasangan ini dengan menyediakan sebiji kek. Para pengikut yang menyaksikan video tersebut mengakui cukup sebak dan tersentuh hati dengan keprihatinan Juna.
ellymedinaazhanAllah, sedih pulak tgk juna lap air mata kak fynn ??? sebak dan tros rasa terpanggil nak comment, mcm dia memahami je ape mommy dia rasa ?
mommiezaraIts ok Fynn. Ujian yg hebat adalah utk org yg hebat. Terus kuat ok. Didoakan Triz disembuhkan dari ujian sakitnya dan Fynn dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Aamiin
fasraisna._Omggggg! Junaaaaa ?????????????? im cryinggggggg! Kak @fynnjamal i felt youuu! ❤❤❤? nasib takda saya, maunya bah banjir kat situ. ??????????
fara_abdrahmankak fyn. u r a strong women.. Semoga kak fyn dan keluarga sentiasa di jaga dan dilindungi.. Allah permudahkan segala urusan akak dan abg triz cpt sembuh.. aminn.
nurulfakriahJuna …bahagianya Ada anak sepertimu juna… Sekali sis Tak rasa air mata terkeluar…Kau anak yang jujur juna…semoga Kau terus manjadi anak yang soleh…aamiin..
nadirahridzuanSemoga kak fyn dan abg tri kuat dalam menempuh dugaan yg Allah bg. As what u said, Allah knows the best whether you are strong enough to face it or not. Be bless in this dugaan because you keep on getting reminders from Allah.
aieda_azri83jsHappy Anniversary @fynnjamal ???semoga berbahagia hingga ke Jannah Allah. Dgn 2 bdk comel. So touching d video. Allahuakhbar?
mrseyzaaasubhanallah kak fyn. in the firstime mengalir airmata tengok reaksi juna . psemoga keluargaa kak fyn bahagia sentiasa . we all love youuu ❤️
Fynn dalam pada itu turut memuat naik satu catatan kisah perkahwinannya sehingga mampu bertahan seperti sekarang.
A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on
Semoga Triz cepat sembuh dan mendoakan semoga pasangan ini dipermudahkan dalam segala urusan.
Sumber: IG fynnjamal
Mak & Ayah Sibuk Suruh Anak Berpuasa, Tapi Lupa Didik Solat 5 Waktu! Deep Perkongsian Ustaz Ni, Jadikan Iktibar!

Melatih anak-anak kecil untuk berpuasa bukanlah mudah, dan sebab ini juga ada sebilangan ibu dan ayah membuat tindakan dengan terus memaksa anak-anak untuk berpuasa sehari penuh walaupun mereka sudah seakan tidak larat lagi.
Sungguh, tidak ada salahnya kita mendidik anak sedari kecil sebagaimana kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, dan kita juga percaya bila anak dapat lakukan berpuasa setiap hari, lama kelamaan ibadah ini tidak membebankannya sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut alah bisa tegal biasa.
Pun begitu, dalam menilai wajar atau tidak tindakan kita itu, ayuh kita fahami perkongsian daripada seorang ustaz yang mengajar anak-anak di pra sekolah. Jom semak.
Saya teringat kepada peristiwa beberapa tahun lepas yang telah berlaku di sekolah kami.
Tamat sahaja kelas prasekolah jam 12.00 tengah hari, keluarlah anak-anak kecil pra kami dari kelas menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang. Mak dan ayah semua dah tunggu. Dari dalam bilik, boleh dengar riuhnya suara budak-budak kecil ini bertanya kepada kawan masing-masing tentang puasa ke tidak.
Kami yang di dalam pejabat, melayan ajelah dengan melihat dan mendengar jawapan serta gelak ketawa sesama mereka. Sedang kami perhati, lalulah di luar pintu pejabat kami seorang anak prasekolah. Berjalan perlahan dan duduk betul-betul depan pintu pejabat kami.
Muka dia sayu. Nampak macam menangis. Saya buka pintu dan bertanya,
“Kenapa awak ni? Ada orang usik ke?”
Dia menjawab dalam sendu “Nak minum air, nak minum air. Penat”.
Kawan saya, Amirul pun datang menghampiri kami, lalu berkata “Lah minum ajelah. Pergi kat water cooler tu. Ambil air dan minum”.
Budak tadi menjawab lagi “Mak tak kasi. Nanti mak marah. Mak cubit. Mak suruh puasa. Mak tak bagi minum. Tak nak minum. Tapi haus. Nak minum air, nak minum air”.
Kasihan.
Kemudian datanglah kawan-kawan kami yang lain memujuk. Puas pujuk, dia tak nak juga. Akhirnya, kami sepakat bagi dia sebotol air mineral, paksa dia minum.
Saya gunakan nama saya dan bagitahu “Kalau mak tanya atau marah-marah cakap siapa suruh minum air ni, bagitahu mak, Ustaz Wan yang kasi minum”.
Dia pun minumlah air tu. Adalah dalam 2-3 teguk. Tak nak dah. Bimbang sangat dia kalau-kalau maknya tahu.
Inilah yang kita alami sekarang. Mak dan ayah sibuk suruh anak berpuasa. Bangga sangat anak kecil mereka sudah boleh berpuasa penuh dan ada juga yang berbangga anaknya hanya tinggal beberapa hari sahaja tak berpuasa.
Habis satu kampung dijaja pasal anak kecilnya hebat berpuasa, dimasukkan juga berita tentang anaknya itu ke dalam grup whatsapp minta pujian.
Kalau anak yang tak puasa pula, siaplah diugutnya dengan berkata lebih kurang kalau tak puasa tak dapat beli baju raya, tak dapat duit raya, tak dapat main game dalam telefon dan macam-macam lagilah.
Kawan-kawan,
Sama ada kita mak atau ayah, guru, pengusaha tadika, pengasuh kepada anak-anak kecil ini, pastikanlah kita tak memaksa mereka berpuasa.
Kalau ya pun nak didik dan ajar anak-anak ini berpuasa, tidaklah perlu sampai menyeksa mereka. Tak pasal-pasal pahala yang kita patut dapat berganda di bulan mulia ini, hilang begitu sahaja.
Bagi mak dan ayah, bekalkan anak dengan makanan dan minuman bila dihantar mereka ke sekolah, rumah pengasuh, tadika dan lain-lain tempat yang seumpamanya. Ini kerana memang banyak tempat kita hantar anak tu yang sibuk memaksa anak-anak kita berpuasa. Suruh anak kita puasa, dalam bilik dia ada bau maggi boleh aje kan.
Eh nak termembawang pula.
Anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan itu adalah bonus bagi mereka. Itu pun tetap kita kena tanya dia daya ke tidak untuk berpuasa. Yang tak mampu, yang tidak berpuasa, tiada masalah.
Didik anak dengan solat dahulu. Bila dia jaga solat, pandailah dia jaga semua tu.
Lihat mana keutamaan yang perlu kita buat kepada anak-anak dalam mendidik hal-hal agama kepada mereka.
Dahulu, Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dah sebut pasal ini. Boleh cari dalam Youtube atau mana-mana sumber dalam media sosial yang lain.
Pahala puasa kita tak akan terjejas apabila kita didik anak-anak dengan cara yang betul dan tidak menyeksa mereka dalam bab puasa.
Bayangkan, andai kita menongkah arus, memaksa mereka, menyeksa mereka dengan menyuruh berpuasa sampai habis, tak bagi mereka makan dan minum apabila lapar sedang mereka masih budak-budak, masih anak-anak kecil,agak-agak kita ini masih diberi ganjaran pahala atau tidak?
Semua dah besar panjang. Boleh berfikir secara waras. Tahu jawapannya.
Sumber : WS Adli W Muhammad,
Didik anak dengan cara yang betul, bukan ikut membuta tuli.