Tak dinafikan sekarang ramai yang suka menanam pokok bunga. Ada yang membeli pokok yang siap tapi pening memikirkan ruang yang terhad.
Jadi, untuk ibu-ibu yang tengah plan nak jaga pokok tapi ruang di halaman rumah sempit, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Abdul Hadi menerusi grup Kelab Kaki D.I.Y
Salam semua KKDIY.
Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kn ke paip.
Next time nak adjust tinggi atau extend mana2 bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kt shoppe saiz 3/4 inchi.
Semoga bermanfaat.