Ruang Belajar Agar Nampak Selesa & Cantik Boleh Buat Begini. Bajetnya Pun Murah Je!

Share

Ada sebabnya mengapa kita sebagai ibu ayah teringin sediakan ruang belajar yang selesa untuk anak-anak di rumah. Selain untuk memanfaatkan ruangan kediaman yang ada, besar juga harapan kita agar anak-anak dapat belajar selesa dan lebih fokus di sudut yang ditetapkan.

Namun keinginan mewujudkan ruang belajar untuk anak-anak kadang-kala terbantut juga  hasrat murni itu disebabkan bajet yang terhad untuk direalisasikan.

Pun begitu, percayalah tidak semestinya bajet yang mahal itu cantik dan sempurna bahkan jika kena gayanya, produk serendah RM2 sekali pun mampu memberi impak ruangan belajar yang punya elemen wow nya yang tersendiri.

Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh Puan Nor Faizalina ini. Jom lihat hasil kreativitinya mencipta ruangan belajar yang selesa dan bergaya. Diharapkan ilham ini dapat dijadikan inspirasi untuk anda.


#RuangBelajar

Dah lama buat. Saja nak kongsi idea. Sebab ruang ni sesuai bagi mereka yang ada ruang terhad dan nak budget fulusnya.

Kebanyakan barang yang Kak Izah guna beli di ECO dan DIY. Kecuali rak beli di Tesco, set meja kerusi beli di Nilai. Semoga bermanfaat.

 

 

Dinding guna wallpaper foam.

Separuh putih separuh grey sebab asyik habis stok je di ECO

Lampu – DIY, Bakul letak barang – ECO, Bakul – ECO, Alas, frame, bakul – ECO

Sumber : Nor Faizalina Wati Rahman via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY