Jika penat memandu salah satu lokasi yang menjadi tumpuan untuk berehat adalah Hentian Rehat dan Rawat atau R&R.
Lokasi tumpuan ramai ini sudah tentu memerlukan persekitaran yang bersih dan selesa untuk kemudahan awam. Selain itu, gerai buah-buahan dan makanan disediakan bagi yang ingin menjamu selera.
Apa yang menarik perhatian, baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang wanita Nurhidayah Jaafar yang memuji R&R Tapah. Katanya layanan penjual buah di sana bagaikan hotel bertaraf lima bintang.
Dalam pada itu, perkongsiannya itu turut mendapat sokongan wargamaya lain yang pernah mendapat layanan yang serupa.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Tadi saya berhenti makan di RnR Tapah, Perak. Di situ banyak gerai buah sepanjang laluan pejalan kaki menuju ke tandas dan surau.
Saya berhenti di satu gerai buah ini. “Beri nanas. Satu lagi, ermm honey Dew.”
“RM6 ya kak!” kata penjual itu.
Perkara yang menawan hati saya pada ketika itu, bukan pada buah yang dijualnya, tetapi adab dan budaya halusnya.
Sewaktu menyerahkan wang baki kepada saya, ini yang beliau lakukan.
1. Beliau menyusun 4 keping not satu ringgit dengan kemas dan sama aturannya.
2. Wang kertas itu menghadap ke arah mata saya. Seperti kita membaca. Tidak terbalik.
3. Beliau memegang wang dengan kedua-dua belah tangan.
4. Sambil menundukkan sedikit badan dan berkata, “Terima kasih.”
Wah! Saya beli buah je pun di RnR. Rasa macam dilayan oleh staf restoren hotel lima bintang.
Jika orang memberi kad bisnesnya supaya diingati, bagi saya penggerai buah itu sudah mempunyai ‘kad bisnes’ yang tersendiri.
Iaitu adab dan budaya halusnya melayan pelanggan.Dalam pada itu ramai wargamaya memuji penjual buah itu. Ada yang menyatakan adab begini perlu dididik dalam keluarga terutama kepada anak-anak.
Sumber: Nurhidayah Jaafar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club