Setelah 37 tahun berlalu, baru-baru ini pelakon Gila-Gila Remaja ‘bersatu’ kembali Dalam satu reunion.

Pastinya ia meninggalkan memori indah buat semua pelakon apabila dapat berkumpul bersama. Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram Dato’ Rosyam Nor yang berkongsikan video pertemuan mereka.

Menurut Rosyam, reunion mereka ini membuatkan semua orang gembira. Manakan tidak, masing-masing masih dengan perangai yang sama Sepertimana dulu, gila-gila mereka.

Riuh rendah jadinya dengan gelak ketawa semua apabila Dato’ Rosyam memperkenalkan nama samaran setiap orang dalam filem tersebut.
Antara yang hadir termasuklah Liza Burung Hantu, Roy, Fuzi , Suzi Chin dan Ravi. Pelbagai aksi termasuklah usikan antara satu sama lain dapat didengar dalam video ini.

Rosyam turut mengharapkan semoga pertemuan seperti ini dapat dilakukan secara berterusan pada masa akan datang.


Perkongsian tersebut mendapat reaksi Wargamaya. Rata-rata meluahkan rasa gembira dan teruja. Tak kurang yang mengatakan kerinduan mereka terubat melihat bintang-bintang lagenda ini.
faizal_vf3i dato…alang2 dh bertemu tu pe lagi dato..wat gila2 remaja 2022👍👍👍👍👍👍👍 mamatlah21 Assalamualaikum… Wow… Meremang bulu roma saya datuk … Dan rasa sayu pun ada… Filem idola ni bhooo…
fakhriharith Pergghhhhh 37 tahun..masa cepat berlalu Datuk
@iamrosyam .zaman 80an..tak boring tengok movie ni👏👏👏🔥🔥🔥
amyzairy Boleh buat sequel Gila2 Remaja atau Gila2 remaja kembali tu Dato
@iamrosyam.. Yg mana dulu watak nakal2 kini jadi mentor utk memperbaiki watak2 BBNU..
Sumber: iamrosyam
ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!
ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!
“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!