Setelah 37 tahun berlalu, baru-baru ini pelakon Gila-Gila Remaja ‘bersatu’ kembali Dalam satu reunion.
Pastinya ia meninggalkan memori indah buat semua pelakon apabila dapat berkumpul bersama. Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi akaun Instagram Dato’ Rosyam Nor yang berkongsikan video pertemuan mereka.
Menurut Rosyam, reunion mereka ini membuatkan semua orang gembira. Manakan tidak, masing-masing masih dengan perangai yang sama Sepertimana dulu, gila-gila mereka.
Riuh rendah jadinya dengan gelak ketawa semua apabila Dato’ Rosyam memperkenalkan nama samaran setiap orang dalam filem tersebut.
Antara yang hadir termasuklah Liza Burung Hantu, Roy, Fuzi , Suzi Chin dan Ravi. Pelbagai aksi termasuklah usikan antara satu sama lain dapat didengar dalam video ini.
Rosyam turut mengharapkan semoga pertemuan seperti ini dapat dilakukan secara berterusan pada masa akan datang.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi Wargamaya. Rata-rata meluahkan rasa gembira dan teruja. Tak kurang yang mengatakan kerinduan mereka terubat melihat bintang-bintang lagenda ini.
Ads
faizal_vf3i dato…alang2 dh bertemu tu pe lagi dato..wat gila2 remaja 2022👍👍👍👍👍👍👍
mamatlah21Assalamualaikum… Wow… Meremang bulu roma saya datuk … Dan rasa sayu pun ada… Filem idola ni bhooo…
fakhriharithPergghhhhh 37 tahun..masa cepat berlalu Datuk @iamrosyam .zaman 80an..tak boring tengok movie ni👏👏👏🔥🔥🔥
azna7186Waahh.. aunty @nikmarinikamil paduhal ada dlm gila2 remaja… Boleh ulang tengok lagi aunty melakon .. 😍😍😍😍
amyzairyBoleh buat sequel Gila2 Remaja atau Gila2 remaja kembali tu Dato @iamrosyam.. Yg mana dulu watak nakal2 kini jadi mentor utk memperbaiki watak2 BBNU..
Sebut sahaja mengenai Piala Dunia, pasti yang berada difikiran adalah mengenai perlawanan bola sepak yang paling ulung berlangsung 4 tahun sekali ini. Peminat-peminat bola sepak sememangnya ternanti-nanti akan acara ini dan seluruh dunia meraikannya.
Walaupun pasukan Malaysia tidak tersenarai dalam acara ini, namun ramai yang tidak tahu bahawa seorang pemuda bernama Jeshurun Vincent telah membawa nama Malaysia di pentas Piala Dunia Qatar yang berlangsung pada tahun 2022.
Siapakah Jeshuran Vincent? Pasti nama ini agak asing di halwa telinga. Tetapi inilah pemuda yang telah memperkenalkan Malaysia di Piala Dunia Qatar.
Beliau telah bermain muzik instrumental di tempat yang dipanggil Corniche dan di luar stadium, selama lapan hari.
Menurut Jeshurun Vincent atau lebih mesra dengan panggilan Jesh, dia telah mengambil bahagian dalam program pengaktifan budaya yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tertinggi untuk Penyampaian Dan Warisan.
“Saya sangat gembira kerana saya dapat membawa Malaysia ke Piala Dunia melalui muzik saya. Ia satu rahmat yang besar.”
Bercerita mengenai penglibatannya dalam muzik, menurut pemuda berusia 35 tahun ini,
“Sebenarnya ini bukan karier saya, music adalah “passion” saya. Setelah kehilangan deria pendengaran sebelah kiri pada usia 19 tahun, saya mengalami kemurungan dan pada waktu itu saya telah mengunakan muzik sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut.
“Pada waktu itu juga, saya merasakan mungkin terdapat lebih ramai orang seperti saya yang mungkin mengalami masalah yang sama dan mungkin memerlukan kata-kata semangat.
“Bermula dari itu, saya memulakan perjalanan muzik saya ke satu negara ke negara yang lain.
Pada awal penglibatannya, dia akan ke luar negara selepas waktu kerja setiap hujung minggu. Kadang kala Jesh akan berada di luar negara selama 4 hari dengan 4 negara yang berlainan.
Namun apabila perkara ini diketahui oleh majikannya, mereka telah memberi kelonggaran untuknya memasuki pejabat dengan syarat-syarat tertentu.
Bercerita mengenai pembabitannya dalam Piala Dunia Qatar, Jesh berkata;
“Bulan September lepas , saya dalam proses perancangan ke Africa Barat dan disebabkan itu saya mempunyai transit 3 hari di Doha, Qatar.
“Kebetulan sewaktu di sana, Malaysia Qatar Association mengadakan Majlis Gala Dinner dan saya juga turut diundang untuk bersama dan membuat persembahan.
“Selepas itu, saya telah mendapat DM di Instagram daripada seorang yang bernama Mr Jerry yang amat tersentuh setelah mengetahui cerita saya. Beliau memberitahu saya tentang “FIFA World Cup Cultural Activation” dimana ada pertunjukkan budaya, muzik dan banyak lagi berdekatan stadium dan sekitar kawasan-kawasan fanzone dan meminta saya menghantar kertas cadangan.
“Pada mulanya, mereka mengatakan peluang agak tipis memandangkan terlalu banyak permohonan dari seluruh dunia untuk mengikuti acara ini.
Selepas itu, saya mengambil inisitif untuk menghubungi pihak penganjur bagi mengetahui status permohonan saya dan dimaklumkan bahawa kertas cadangan saya telah ke peringkat rundingan terakhir dan keputusan akan diketahui.
Beberapa minggu selepas itu, saya mendapat email rasmi yang mengatakan permohonan saya berjaya untuk ke Qatar bermain muzik di FIFA Cultural Activation. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk uniti melalui muzik dan pelbagai aktiviti seni, dalam masa yang sama membawa Malaysia ke pentas Piala Dunia.
Bercerita mengenai persiapannya untuk menghadapi acara ini, pada awalnya dia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tiket ke Qatar akibat harga tiket yang melambung naik.
“Mujurlah isteri saya membantu sedikit. Penerbangan saya ke sana 2 hari sebelum persembahan saya dijadualkan.
“Sampai disana saya amat kagum dengan Qatar dan berkenalan dengan ramai artis dari seluruh dunia.
“Pada hari pertama saya excited sangat sampai nervous tetapi penganjur memberi sokongan dan saya berjaya bermain 5 lagu instrumental di sana.
Mengenai sambutan dari para pengunjung, Jesh berkata;
“Mereka sangat tertarik dengan persembahan ini kerana salah satu lagu instrumental yang dimainkan adalah lagu Hayya- Hayya iaitu lagu Tema Piala Dunia Qatar. Mereka juga tertarik dengan style persembahan yang disampaikan. Walaupun berbeza bahasa, muzik saya menjadi jambatan perhubungan saya dengan mereka .
“Saya benar-benar tidak sangka apa yang saya persembahkan sejak tahun 2014 ini dapat membawa saya bermain di acara antarabangsa kerana ramai yang mengatakan peluang ini memang agak mustahil untuk didapati.
“Sejak hari pertama membuat persembahan di sana, saya merasakan ianya seperti satu mukjizat besar dalam hidup saya. Cuma ibu saya yang banyak mendorong saya dari kecil tidak ada di sisi saya untuk melihat pencapaian ini.” ujar Jesh, ibunya telah meninggal dunia pada tahun 2020.
“Saya rasa amat bertuah kerana secara langsung dan tidak langsung telah membawa Malaysia ke Piala Dunia melalui muzik. Ia sesuatu yang bermakna bagi saya.
“Sepanjang membuat persembahan di sana, saya sentiasa mengikat bendera Malaysia bersama. Orang Malaysia yang menetap di sana mahupun yang datang berkunjung telah berhenti untuk menonton persembahan saya dan memberi kata-kata sokongan.
“Apa yang saya tidak dapat lupakan apabila mereka berkata , ‘Dari Malaysia pun ada juga wakil kita.’ Rasa bangga apabila bahasa Melayu digunakan di negara orang.
“Saya mengambil peluang untuk berkongsikan tentang Malaysia kepada para pengunjung dan ramai rakyat asing yang datang bergambar dengan saya bersama bendera Malaysia serta Guitar case saya yang mengandungi bendera-bendera negara yang pernah saya kunjungi. Qatar adalah negara yang ke 123 saya kunjungi untuk mempersembahkan muzik.
Mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Jesh berkata;
“Salah satu lagi pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila sedang membuat persembahan, ada sekumpulan pelajar dari Kaherah yang datang menonton. Mereka berkata, ‘Bukan hanya muzik sahaja tetapi cerita saya juga menyentuh mereka.’
Mengakhiri perkongsiannya, Jesh berkata dia amat bersyukur melalui pengalaman 8 hari di Qatar lebih-lebih lagi dapat membawa nama Malaysia ke Piala Dunia.
Fahrin Ahmad melahirkan rasa gembira dan bersyukur bila mana sang isteri memilih untuk berhijab sepenuhnya awal tahun lalu.
Ketika ditanya mengenai penghijrahan isterinya, akui hos Wanita Hari Ini, dia tidak pernah memaksa atau meminta isterinya Elena Eleas berbuat demikian.Sebaliknya Fahrin selalu menitipkan pesanan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.
Walau bagaimana pun, Fahrin mendoakan isterinya akan terus istiqamah dengan keputusan tersebut.
“Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.“Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.
“Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah…semuanya berlaku naturally,” katanya kepada mStar.Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul Khilaf Asmara terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin.
Fahrin dan Elena Hani Eleas mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.
Rata-rata netizen memuji akan kecomelan anak sulung pasangan ini. Malah tak kurang yang mengatakan si kecil ini mirip ayahnya. Tak kurang juga yang mengatakan Rayyan mirip ahli keluarga Elfira.
Kanak-kanak yang tercekik gula-gula 'gummy mata' yang meninggal dunia, Allahyarham Mohamad Fahmi pergi dalam keadaan cukup senang selepas bisikan syahadah ibunya serta reda ibu dan ayahnya.