Roti Yang Dah Nak Expired Lagi Sedap Dimakan Kalau Buat Puding Ni. Buatnya Pun Senang!

Share

Andai ditanya, cara bagaimana paling mudah dan cepat yang biasa ibu-ibu lakukan jika roti hampir tamat tempoh, tentu pelbagai jawapannya.

Mungkin ada yang biarkan sahaja, dan bila luput tarikh roti tersebut terus dibuang. Atau ada yang lebih kreatif akan segera memasak menggunakan roti tersebut dengan pelbagai menu.

Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Puan Lizz ini, jom semak.

Selamatkan roti yang dah nak xpired..jadikan dia dessert..makan sejuk-sejuk…emmm memang sedap!

Itulah yang sering dilakukan oleh Puan Lizz Hassim bila roti yang dibeli tidak habis dimakan.

Menurutnya, bila dimasak sebegini roti yang hendak tamat tarikh luput lebih mudah dan cepat dapatddihabiskan.

Nak tahu apa resipinya, jom semak terlebih dahulu bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan :

4 keping roti

3 biji telur

1/2 cawan susu pekat

2 cawan air suam

1 sudu kecil esen vanila

3 sudu besar gula

1 sudu besar air

Cara masak :

1. Masukkan gula dalam kuali, masak sampai jadi perang. Kemudian masukkan 1 sudu air. Bila jadi karamel, tuangkan do loyang dan biarkan sejuk.

 

2.  Masukkan semua bahan lain ke dalam pengisar dan kisar halus.

 

3. Setelah itu masukkan adunan ini ke dalam yang berisi karamel tadi.

4. Kukus selama 40 minit dan siap. Pun begitu sejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dimakan.

Sumber : Lizz Hashim