
Roti sering dijadikan pilihan menu sarapan paling ringkas dan mudah untuk dimakan oleh seisi keluarga.
Pun begitu, jika roti dan coklat digabungkan ia tentu akan menjadi hidangan sarapan yang digemari oleh anak-anak.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Masriza Basri, mencipta menu berasaskan roti yang digoreng rangup berinti coklat leleh di dalamnya.
Andai ingin mencuba untuk dihidangkan kepada keluarga, ini resipinya. Jom semak!
Roti Goreng inti coklat cadbury in the house today!!! Rangup diluar melting di dalam… fuhhh!!!
Cepat, mudah dan semestinya sedap.
Resepi mudah guna dua bahan jer…
Roti Gardenia
Coklat cadbury
Cara-cara :
1. Ambil sekeping roti gardenia
2. Gelek guna penggelek bagi nipis(tak gelek pun boleh)
3.Letak dua coklat cadbury kat tengah-tengah roti. Saya pakai mini cadbury (Nak ganti dengan cadbury bar pun lagi boleh )
4. Lipat roti jadi tiga segi pastu tekap guna cawan
5. Dah siap tekap boleh ready panaskan minyak untuk menggoreng.
6. Minyak dah panas bolehlah goreng roti tadi sehingga kekuningan.
7. Siap! Boleh la ngapppp.
*** Nak letak coklat lagi di atas roti pun boleh… kasi terangkat lagi.S Selamatmencuba…
Sumber : Masriza Basri via MAHN
Pokok Daun Sup Serikan Laman Rumah. Ni Cara Keluarga Ni Semai Benih!

Menariknya pokok daun sup ini jika ditanam dilaman rumah selain boleh digunakan di dalam masakan sup, malah pokoknya diatur rapi boleh dijadikan tanaman hiasan dilaman rumah.
Apa tidaknya, bentuk daunnya yang berlekuk-lekuk memang nampak cantik. Malah jika ditanam merimbun daunnya.
Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd Farhan Yang dikongsikan diakaun fbnya. Dimana dia selesa menjadikan tanaman daun sup ini sebagai pokok hiasan yang ditempatkan secara menarik ditiang-tiang rumahnya. Ini sekali gus menjadikan lanskap kediamannya cukup istimewa.
Dan disini turut dikongsikan langkah-langkah penanaman daun sup dengan menggunakan biji benih. Jom semak perkongsian bermanfaat ini daripadanya.
Assalamualaikum..Sedikit perkongsian ilmu cara mudah saya semai pokok daun sup. Semoga bermanfaat..
Langkah 1 : Tebuk bahagian bawah bekas minuman.
Langkah 2:Isi 1/2 cawan dengan cocopeat dan bahagian atasnya dilapiskan dengan peatmoss. Boleh juga Guna 100% peatmoss.
Langkah 3 : Tabur biji benih agak-agak secubit di dalam satu bekas.
Langkah 4 : Spray dengan air hingga basah.
Langkah 5 : Kemudian tuliskan tarikh untuk memudahkan kita mengetahui tempoh betcambah.
Langkah 6 : Biji benih akan betcambah dan begini keadaannya selepas 24 hari hari dari tarikh biji benih disemai.
Ini keadaannya setelah 3 bulan dan telah beberapa kali dituai hasilnya.
Selain ditanam untuk kegunaan sendiri, Mohd Farhan juga selesa menjadikan tanaman daun sup ini sebagai pokok hiasan yang ditempatkan secara menarik ditiang-tiang rumahnya.
Sumber : Mohd Farhan Razali via Laman Lanskap Keliling Rumah
“Kerja Masak, mengemas, Cuci Buat Sendiri. Itu Exercise & Terapi. Penat Tapi Puas Hati.” Demi Anak, Eja Gembira Urus Rumahtangga!

Lama tidak melihat susuk tubuh ini muncul di kaca televisyen. Kalau dulu, lakonannya cukup dinantikan sementelah apa jua watak yang diberikan dibawanya dengan cukup baik sekali. Tidak hairanlah apabila dia menjulang anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 menerusi filem Janin.
Namun dunia glamor dan lakonan sudah ditinggalkan sejak enam tahun lepas. Kini, pelakon Eja atau nama penuhnya, Siti Sharizah Saifuddin lebih selesa menumpukan perhatian pada rumahtangga lebih-lebih lagi anaknya.
“Kalau diikutkan ini tahun ke 6 kak Eja meninggalkan dunia seni. Tumpu kepada keluarga, buat masa sekarang, rasa rindu nak kembali berlakon itu belum ada. Kak Eja sekarang gembira menjadi ibu rumahtangga sepenuh masa. Di rumah Kak Eja pun sudah tiada pembantu. Jadi Kak Eja yang menguruskan semua. SUPERMOM!
‘Membesarkan anak dengan tangan sendiri dan di depan mata, memberi kepuasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata – kata. Kerana Nur Eishal, kerana anak, Kak Eja rela jadi ibu rumahtangga sepenuh masa. Berkorban demi satu – satunya anugerah dari Allah ini. Moga Allah permudahkan semuanya,” ungkap isteri kesayangan Silahuddin Jamaluddin ini lagi.
Jujur mengakui masanya dihabiskan dengan mengaji namun kerana pandemik Covid-19, Kelas terpaksa ditangguh dan pengajian di Masjid tiada. Justeru, masanya banyak untuk melayari sosial media di instagram.
“Kak Eja memang duduk di rumah sahaja tetapi mengikuti perkembangan terkini. Jadi semua pun sakan dengan media sosial ni, Kak Eja pun join juga la. Tahu juga apa yang berlaku dengan pantas.
‘Waktu PKP pada kak Eja tiada masalah kerana sudah biasa di rumah. Cuma sedih tidak boleh meneruskan pengajian dan pergi majlis ilmu. Pergi masjid.
“Satu perkara besar yang Kak Eja belajar masa bermula nya PKP dan seterusnya dekat satu tahun setengah ni ialah MEMASAK. Macam – macam cuba. Layan YouTube. Lebih banyak masa di dapur. Kak Eja suka mengemas dari memasak sebenarnya.
“Semua perkara buat sendiri sekarang. Memasak, mencuci, mengemas, membasuh,menyidai, mengosok, mengemop, siram pokok. Semuanya. Tiada satu pun yang tertinggal. Itu semua exercise dan terapi. Penat tapi puas hati. Kumpul pahala katanya. Mudah – mudahan,’ ujarnya lagi.
Ditanya mengenai pembabitan anak tunggalnya Eishal dalam satu program televisyen sebelum ini, jelas Eja itu adalah satu program menagji untuk TV Al – Khadeem, khas untuk bulan Ramadhan.
“Al Furqan yang memilih Nur Eishal untuk kategori bawah 12 tahun bagi menyertai program khas Ramadhan untuk TV Al Khadeem. Itu merupakan program pertama dan juga sebuah program amal.
“Buat masa sekarang kami belum terfikir pun Eishal untuk ke arah itu (bidang seni). Biar lah belajar dulu, habiskan yang utama dulu.
“Kemudian baru lihat, di mana rezeki Eishal dalam pekerjaan. Moga Allah beri yang terbaik. Dunia dan Akhirat,” ulas Eja lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Berkat Doa Ibu Mertua, Termakbul Tunai Haji Sebelum Usia 40 Tahun! Wanita Ni Kongsikan Kisahnya.

Saat membaca kisah-kisah daripada saudara Islam kita yang pernah menjadi tetamu Allah, benar pasti terdetik dihati seakan tidak sabar pula menanti bila masa untuk kita berada di bumi barakah itu.
Apa yang pasti, semua perkongsian cerita itu cukup menarik dan cukup menginsafkan.
Ini sebagaimana cerita yang dicoretkan oleh Puan Siti Nadzrah atau lebih mesra di sapa Ummi, berkongsi kisah menjadi tetamu Allah berkat doa ibu mertua.
Ini perkongsiannya
Alhamdulillah Allah swt telah memberi kemudahan untuk Ummi melaksanakan ibadah haji pada tahun 2002.
Kalau diikutkan kemampuan, memang Ummi dan Abah belum boleh ke Mekah sebab kekangan kewangan dan anak-anak masih bersekolah agama swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi setiap bulan.
Pernah kami perlu survive dengan baki negatif dalam bank. Pernah bercatu makan, pernah miss bayar sewa rumah beberapa bulan dan pernah mengekang nafsu berbelanja mana yang tidak perlu.
Namun ada peristiwa yang menjadi pencetus keupayaan kami berjaya melaksanakan rukun islam ke-5 ini.
Abah anak kedua dari tiga beradik lelaki rapat-rapat selang setahun. Setiap kali Mak Mertua pergi ke Mekah, dia tidak pernah tinggal mendoakan agar kesemua anak dan menantunya dapat buat Haji sebelum usia 40 tahun.
Doa yang bersungguh-sungguh, ikhlas dan tidak lekang itu didengari Allah swt dan dimakbulkan, alhamdulillah.
Akhirnya Along dan isteri berjaya buat Haji di usia 32 tahun dan Usu serta isteri di usia 34. Ketika itu belum nampak bayang kami dapat ke Mekah untuk buat Haji.
Di usia 39+ tiba-tiba kami terima surat jemputan dari salah sebuah universiti di Saudi Arabia untuk menjadi tetamu mengerjakan haji. Tawaran dibuka untuk 2 calon sahaja dari Malaysia (suami dan isteri). Tawaran ini juga dibuka kepada calon dari negara-negara lain. Surat diterima sudah agak suntuk dan amat memeranjatkan sekali. Persediaan belum dilakukan dan tiada kursus haji bermakna kami perlu cepat belajar sendiri cara-caranya.
Bila difikirkan balik, memang tidak dapat brain langsung. Tiada perancangan, tiada lintasan niat, tiada kewangan yang mencukupi.
Tapi tiba-tiba kami sedang prepare untuk ke Mekah mengerjakan haji. Betapa besarnya keagungan Allah swt. Bila dikatakan jadi maka jadilah ia.
Pakej yang kami terima ialah Pakej VIP. Semua dilayan dengan begitu baik sekali. Tiada masalah langsung. Dari awal jejak kaki di airport sehingga berangkat pulang semuanya bak tetamu khas yang sungguh istimewa. Dua bas penuh tetamu dari serata dunia seperti Jepun, Turki, Amerika, Brazil, Cina, Indonesia dan lain-lain. Kami berdua saja dari Malaysia. Setiap perjalanan ada outrider yang melancarkan urusan, so takde lah jem atau penantian lama dalam sebarang urusan haji. Semua kosnya PERCUMA sejak keluar dari rumah sampai balik semula ke rumah.
Hotel yang dipilih di Mekah dan Madinah memang 5 star hotel. Di Arafah, khemah kami asing. Selesa siap dengan aircond dan ada tandas khas, tak perlu campur dengan orang ramai. Di Mina juga setiap khemah sangat selesa, peralatan cukup, baru dan bersih. Makanan enak dan buah-buahan sentiasa tersedia. Rasa macam dalam syurga pulak. Baik kata semuanya perfect dan amat menggembirakan. Kami juga sempat menikmati jamuan makan malam di istana raja.
Ummi dan Abah berada di sana lebih kurang dua minggu saja. Bila selesai mengerjakan haji dan balik ke Malaysia, dua tiga hari lepas tu Hari Jadi Abah yang ke-40. Sebelas hari kemudian Hari Jadi Ummi yang ke-40 pula.
Ini bermakna kedua-dua kami berjaya mendapat gelaran Haji dan Hajjah sebelum usia 40 tahun, seperti dalam doa Mak. Terima kasih Mak sebab tolong doa dan syukur alhamdulillah ya Allah kerana telah memperkenankan doa Mak.
Di sebalik peristiwa ini, Ummi bertambah yakin akan kekuasaan Allah swt. Kalau ditinjau balik, Ummi tak nampak apa-apa keistimewaan kami untuk terima semua ini. Ummi selalu berkata….”Ya Allah, aku tak baik mana pun. Sebagai manusia biasa, aku masih banyak lakukan dosa kecil dan besar. Kau selalu tutup aibku ya Allah. Tapi, kenapa sampai macam ni sekali Kau hidangkan aku dalam dunia ini. Layakkah aku mendapat anugerah yang hebat ini, ya Allah?”
“Aku amat mensyukuri setiap nikmat dan ujian yang Kau berikan. Doaku moga Kau uji aku, anak cucuku dan semua umat muslimin muslimat dengan sesuatu yang lebih baik. Selamatkan kami di dunia dan akhirat. Satukan kami di Jannatul Firdaus. Amin ya Robb. Thank you Allah….”
sumber : Siti Nadzrah Sheh Omar