Roti Kukus Cheese Kaya Meleleh, Amboi Terliurnya, Rugilah Kalau Tak Nak Cuba!

Share

Amboi terliurnya tengok resipi roti kukus meleleh macam ni. Serius..kalau tengah lapar, boleh habis tiga biji roti sekaligus. Resipi simple macam ni bukan sahaja anak-anak suka, kita yang dewasa pun boleh tahan juga kalau ada depan mata. Sekali ngap sahaja. Sedap!

Resipi yang dikongsikan oleh Resipi Sedap di facebook ni memang menarik. Paling pentingbahannya tak banyak, jimat kos dan sedap. Jadi jomlah cuba petang atau malam ni buat anak-anak kita.

Tengah malam macam ni kalau lapar mesti nak cari masakan yang simple selain maggi kann. Serius..resipi ni memang sedap. Nom nom nom.

Jom kita buat roti kukus cheese leleh ni. Resepinya pun senang je.


ROTI KUKUS CHEESE KAYA MELELEH

Bahan-bahan:
Roti bun
Beberapa keping Cheese
Inti kaya
Sedikit buttercup atau marjerin

Caranya:


1. Belah dua roti di tengahnya.

2. Kemudian sapukan butter atau marjerin, sapukan kaya dan letak cheese.

3. Sapu sedikit butter atau marjerin di atas bun sebelum dikukus. Kukus selama 5 minit dan siap.

Kredit: Resipi Sedap


Ada Apa Dalam Sepotong Keju?
Orang kita memang tersangatlah suka makan cheese atau keju. Lagi meleleh lagi nampakmenyelerakan.

Sebenarnya keju memang banyak khasiatnya namun janganlah diambil berlebih-lebihan. Lebih-lebih lagi yang ada masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi dan sebagainya. Tak baik makan selalu.

Di pasaran terdapat banyak jenis keju yang buat kita jatuh hati. Keju Parmesan, Mozzarella,Cheddar, Cream Cheese, Ricotta dan banyak lagi, semua ini punya khasiatnya yang tersendiri.

Walau apa pun jenisnya, keju memang diperbuat daripada susu segar manakala peringkat memadat dan pemeraman sepanjang proses pembuatannya semakin meningkatkan nilai khasiat keju. Kalau nak tahu keju mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding susu segar.

Selain kandungan nutrisi, keju juga tinggi dengan kandungan kabohidrat, lemak, zat besi dan fosdor. Dengan pengambilan 100 gram keju, keperluan kalsium anda adalah sekitar 20 hingga 25% daripada keperluan kalsium sehari.

Mengambil keju dalam menu harian boleh mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuatkan tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi dalam keju juga sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies kerana unsur yang terdapat di dalamnya mampu memperkuatkan kekuatan kalsium gigi. Hebat kan?